Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 3 Jun 2014

Berpisah lagi esok !

 

Tetiba dapat email reminder mengenai satu event yang wajib aku kena hadir ! Adoiyai !! Patut la aku takde mood nak gi gym tadi walhal bersungguh dah aku nak lari dari Qhaliff..

Terus aku cari Qhaliff .. Ajak dia keluar jalan jalan .. Nak abiskan masa dengan dia .. Nak balik sini balik , tak tau bila.. Nak bawak dia sekali , hurmmm .. Wife tak kasi . Haih .. Keseorangan lagi aku ..

Photo: Sedih..esok berpisah lagi.. Huhu..

Nak tak nak , aku kena pujuk hati aku sendiri ! Demi mencari rezeki untuk keluarga , aku kena kembali ke KL walau camna pun …

InshaAllah .. Sabtu atau Jumaat jugak aku balik sini ! Penat ? Hurm.. Tengok la camana .. Kalau larat , aku terjah .. Tak larat .. aku tidur jer !

Doakan aku yer…

Sunatkan Zahra Nur Iman

 

Sebelum balik KL , kasi sunat dulu sama Zahra ..

Photo

Sunat bayi perempuan ni tak sama cam sunatnya budak lelaki.. Hee…

Zahra disunatkan kat sini … Kat Klinik  Dr.Alwani yang terletak di .. Hurmm.. Selising ? Ke Kadok ? Aku pon tak sure.. Aku tukang pandu kereta jer ..

Photo

Berapa lama nak sunatkan Zahra ? Hurm.. Tak sampai 5 minit pon jumpa doktor.. Tau tau settle.. Sakit ke ? Tah… Wife cakap dia tak nangis pon .. Hurmm..

Skang ni , budak lelaki sunat pon tak sakit dah .. Kalau dulu punya style , dengar tok mudim dengan batang pisang saja pon dah mengelabah.. heee..

Dari gym ke EconJaya !

 

Jam 6 petang.. aku plan nak gi gym. Tapi Qhaliff tetiba wat karenah ! Ajak keluar jalan.. Aku pun bawak la jalan sana sini dengan mendukung dia ..

Pastu bila aku patah balik ke rumah, dia meraung tak nak masuk Nak jalan lagi. Mesti otak dah tepu duduk rumah tu.. Hurmmmm… Nak balik KL , minggu depan. Dah sangap la tuu.. Siann..

Nak tak nak , aku hidupkan enjin kereta.. bawak dia jalan sana sini.. Suka la dia .. Tapi aku tak tau nak gi mana area ni.. Bukan kawasan permainan aku.. Huhuh..

Akhirnya bawak dia gi gym. Saja tengok tengok kat sana. Kat gym , aku pulak gian nak layan. Tapi bahaya kalau aku bersenam , dan dia terbiar gitu.. Aku bawak dia balik.. Tamo ! Meraung !

“ Nak tuuu .. nak tuuu .. “ . Dia tunjuk kedai makan yang pernah aku singgah dengan dia. Nak milo ais la tu. Hurmm.. Aku dukung dia ke situ dan order air ..

Air dah sampai tapi dia minum sikit jer. Selebihnya nak lari sana sini dalam kedai tu. Takkan aku nak biar kan ? Kang biar , jadi apa apa .. aku jugak dituduh cuai. Aku dukung dia meronta nak turun..

Aku bayar air minuman dan kembali ke dalam kereta. Sekali lagi dia meraung ! Aiyoookkk… Dahi mula bercucuran peluh.. Gigi dah mula bertemu gigi ! Sabar .. sabar .. sabar ..

“ Ok ok.. jommm .. “ . Ajak aku.

“ Yeaaayyyyyy .. “ . Terus ceria dia ..

Aku pandang EconJaya yang terletak 500 meter dari tempat aku parking kereta .. Dan kembali dukung Qhaliff menuju ke shopping mall tu dengan seluar track aku yang koyak sana sini dan lusuh tu ! Nampak cam ayah gelendangan je aku ni ..

Dalam EconJaya , destinasi aku ke tempat mainan budak yakni di tingkat 3 rasanya.. Dengan dukung dia , yang dah seberat 15kg tu .. aku cari sesuatu yang membolehkan dia tak nangis dah ..

ULTRAMAN ! Terbang RM20 !

Turun balik 3 tingkat .. kembali ke kereta dan dia senyap.. Sengih kat aku. Teringat nasib anak kecil yang dibunuh baru baru ni , aku bersyukur sangat.. Tak kisah la setakat kena dukung sana sini ..

Enjin kereta dihidupkan .. Balik ke rumah.. 5 minit kemudian , patung Ultraman tu , berada di lantai sudah dan dia , dok sibuk kejar kucing !

Hurmm..

Perlu ke selfie sambil menyusu anak kecil ?

 

Wow ! Panjang tajuk ! Heeee.. Tajuk yang pastinya hangat ! Confirm hangat ! Dulu aku pernah persoalkan isu ni dan menjadi bualan di satu group FB .. Aku rasa mungkin mereka salah faham dengan niat aku mempersoalkan perbuatan tu ..

Isu yang aku bangkitkan adalah sangat simple.. Bergambar sambil menyusu anak kemudian upload ke media sosial atau masuk pertandingan ! Apakah ‘ok’ bagi anda atau sebaliknya ?

Aku up isu ni di FB .. Macam macam pendapat ada termasuklah rakan rakan lelaki memberi pandangan peribadi mereka ! Pandangan dari rakan lelaki ni sebenarnya penting.. Biar ibu ibu atau wanita wanita di luar sana tahu apa yang ada di kepala otak lelaki.. Bukan mudah nak ‘jinakkan’ lelaki terutama yang masih mentah ni.. Yang dah kawin dan punya anak , mungkin dah tak kisah.. tapi yang baru nak jadi dewasa ni .. Haaa ..

Lebih banyak buruk dari baik , kerana manusia mcm kita semua ni cepat sgt menghukum . Lagi satu takut punca rangsangan kepada kanak2 dan remaja lelaki . Memanglah menutup aurat . Tp lebih elok tidak melakukan “.

Kalau nak berselfie pastu simpan je dalam hp tu ( tapi kalau hilang hp tu ??? ) atau privatekan je gambar tu ,ok la kan . Tapi kalau nak masuk pertandingan tu… hurmm .. kena fikirkan semula laa.. Tapi kalau nak masuk gak , terpulang.. Aku tak paksa pon .. heee ..

Mungkin ada yang kata ini adalah tanda sokongan pada kempen menyusu ibu.. Erk , takkan takde cara lain kot ? Contoh ..

Haaa .. Aku support 200% wooo breastfeeding atau menyusu ibu sebab aku tau kelebihan dan kebaikannya ! Contoh Qhaliff tu dah la.. Dia demam , selsema masa kecil dulu .. doktor suruh kasi susu ibu jer !

Aku bukan anti perbuatan tu .. Dah tu apa masalahnya kan ? Aku tahu ada yg nak kata gitu.. Cuba dapatkan jawapannya di SINI .. Baca dan fahamkan maksud aku tu..

Ini je la aku mampu lakukan .. Kalau rasa pendapat aku ni salah atau aku mungkin kolot , tak pe la.. Teruskan saja usaha murni anda .. heee ..

Jangan marah atau melenting aaaa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI