Jumaat, 6 Jun 2014

Bila bawak anak ke panggung wayang !

 

Hahahaha .. Adeh.. Sian aku ! Dua movie yang best aku tonton sejak wife balik ke Kelantan.

Photo: Layan sowang jer.. Lagi 10 tahun baru leh ajak kawan baik ..

Yang pertama , EDGE OF TOMORROW ! Best giler citer ni ! Aku punya citarasa .. Hahahaha.. Walaupun ada persamaan dengan The Matrix dan satu cerita lama tu.. Aku tak ingat .. Tapi sama la cuma bukan aksi yang tu.. Love story gitu.. Hahaha .. 

Cerita yang best tapi dirosakkan oleh dua situasi ! Hurmmm .. Aku pelik gak camana si parents leh bawak anak kecilnya tonton filem gini ? Apakah dia harap anak dia akan tonton filem gini ? Kecil la tu tuuu.. Aku rasa dalam usia 4 tahun gitu.. Bapak dia pangku .. Dan kaki dia asik kena peha aku ! Haihh.. Sabar je la.. Tak marah tapi konsentrasi aku terganggu .. Bayar tu tiket ! Kang aku beli cetak rompak , kata tak support perfileman Hollywood ! Haaa !

Yang kedua punya situas. Ada satu ‘couple’ duduk sebelah kiri aku.. Masa masuk tu , si awek ni nak duduk sebelah aku .. Tapi bila nampak aku ni lelaki , dia tukar dengan pasangannya yang sejantina tapi gaya cam aku ! Haa.. Paham tak ? Haaa.. Pastu borak ‘ saya awak ‘ .. Lor , sejantina pon gitu ke ? Hahaha.. Lantak la.. Aku malas nak pk bukan bukan..

Filem belum start , dia dok galak layan hp sambil borak.. Ok , tu biasa la.. Tapi gaya dia macam .. kali pertama je masuk panggung ? huhuh..

Filem dah start ..  Dia dok sibuk bercakap ! Huk alohhhhhh ! Tenseh wehh .. tensen !! Cerita best tapi dia tukang alih bahasa !! ARghhhh..

10 minit kemudian , dia berdengkur ! Hahahahahha !! Adehhhh … Malu ‘awek’ dia.. Terus dia dikejutkan .. Lantak korang laa ..

Dan tadi , aku tengok MALEFICENT. Sebelah aku , pasangan ni bawak 3 orang anak dia .. Ok la.. Tak kisah gak laa..Anak perempuan yang aku rasa usia 7 tahun duduk sebelah aku.. Huhuh.. Nasib baik la tak buat perangai sangat ! Ok je la.. Dan sebelah aku , ada couple gak.. Nasib baik disiplin.. heeee…

Terpk gak camana la nanti aku bawak Qhaliff ke panggung ? Ke beli je tv 80 inci ! Heeee..

Durian Belanda anti kanser !

 

Dulu kaannn .. aku tak amik kisah langsung pasal kanser ni ! Aku ingat , kanser ni biasa biasa je la.. Sama cam penyakit penyakit lain .. Heee.. Merbahaya terutama dah sampai peringat tahap 4 gitu tapi cara perubatan dan cara nak cegah tu .. aku tak peduli .. Sebab ? Sebab ilmu cetek ! Hee.. Aku akui ni !

Tapi bila ayah aku dah kena .. Tu diaaa ..Baru aku tau ! Rupanya nak mengubat kanser ni , memang laaa sukar ! Dah kena tu , memang penat laaa jawabnya. Naik turun hospital , sebelum.. semasa dan selepas ! Tak kira kita yang sakit malah ahli keluarga pon kesian gak.. Hurmm ..

Baru baru ni , ayah aku dimasukkan ke hospital gara gara kanser lidah ! Sebulan dalam hospital gitu ! Aku pon dah hafal dah nama nurse kat hospital.. Eh , silap.. hafal kat mana nak parking .. Heee..

Dipendekan cerita .. cegah lebih baik dari mengubat ! Sebelum kena , kita cuba elakkan kanser ni dengan mengambil makanan atau minuman yang ada anti kanser ! Contohnya .. Durian Belanda !

Tadi , aku gi Pasar Tani Putrajaya .. Ternampak dua orang lelaki muda ni siapkan booth jualan dia .. Aku baca poster yang ada di kotak bekas air produk jualan mereka .. ‘ Durian Belanda – Anti Kanser’ .

Ok ok.. aku gi beli nasi ayam dulu.. cari bihun untuk ayah aku.. pastu sedikit kuih dan kembali beli air Durian Belanda yang sememangnya lama dah jadi pujaan aku .. Heee..

Dan , siapp shopping kat situ.. Giliran beli air Durian Belanda lak .. Aku malas nak beli air air manis yang lain.. Sememangnya aku nak jaga kesihatan sekarang ni.. Dah nak cecah 40 tahun wooo walaupun nampak muda 20an.. Aku redha..

  

Haaa.. Ada yang tanya , kat mana nak beli ? Situ ada no tel dan juga alamat.. Leh je tanya diorang.. Sedap tak ? Macam yang tertera kat situ , ‘ Less Sugar ‘ .. mmg kurang manis tapi aku sukaaa ! Heeee..

Aku beli dua botol.. Satu untuk aku dan satu lagi untuk ayah aku .. Hurmm.. Harga , RM4 seboto masa aku beli..

Maleficent

 
Photo: Best tak ? Heee.. baca kutukan aku di www.benashaari.com
 
Huhu.. pasti ramai dah tengok movie ni kan ? Tarikan utama , Angelina Jolie.. Ok , lakonan dia dari dulu mmg buat aku duduk tenteram.
Awalnya aku malas nak tgk movie ni sbb dia pegang watak jahat. Tapi memandangkan aku dah tgk Edge of Tomorrow ari tu , maka ini film yg aku pilih utk relakskan otak aku yg semak ni.
Hurmm. Best ?? Ok laaaaa.. aku nyaris keluar setitis air mata tadi .. Part mana ? Errr... aku rasa mereka yg dah tgk pasti tahu part mana kan ?
Aku kasi 5 bintang utk Maleficent !! Patut tonton 3D !! Nak repeat sekali lagi  , sementara bujang .. heeee..
Owh.. aku tgk sorang je.. Layaannnn ... hahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI