Ahad, 8 Jun 2014

Zahra Nur Iman , sebulan usia !

 

Terbaca satu artikal berita di sebuah portal rasmi sebuah agensi berita , membuatkan aku tunduk sayu. Pastinya aku memahami perasaan itu ..  Cuma tindakannya mengambil jalan singkat itu , adalah haram disisi agama Islam. Semoga Allah ampuninya.

Sejak aku balik ke KL , Selasa lepas .. aku amat rindukan ke dua dua anak aku tu.. Qhaliff dan Zahra. Qhaliff , walaupun adakalanya mampu buat aku menangis tak berlagu tapi bila berjauh begini , aku amat sekali rindukan gelak tawanya tu..

Aku tak pernah berpisah lama dengan dia. Bila berpisah gini apatah lagi dengan line Maxis wife di sana serupa ‘sampah’ , buatkan aku lagi bertambah rindu pada mereka.

  

Zahra dah genap sebulan , esok .. Daddy masih ada di KL .. Tak dapat nak tengok rupa usia sebulan .. huhu..

Makin lama , makin nak menyerupai wajah abang dia .. hurm.. Tak pe la .. Balik KL nanti , segalanya akan berubah .. Daddy tak leh bersenang lenang ( kononnya ) macam sekarang ni .. huhu ..

Mampukah aku jaga dua dua sekali ? Confirm berpeluh aku nanti..

Buka Puasa di Bangi Golf Resort

 

Kelmarin , aku dan rakan rakan blogger dijemput ke majlis Media Testing Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Tak susah nak cari tempat ni kalau guna Waze.

Photo

Hurm… Lokasi strategik. Ruang solat , selesa .. Dan dewan makan pon , santai .. Berbuka puasa sesekali di tempat gini , rasanya berbaloi terutama bersama rakan rakan mahupun ahli keluarga.

Harga ? RM50 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak kanak ! Berbaloi tak ??? Aku tau korang nak tanya gitu.. Heeee.. Terus terang la kan , selepas aku menikmati juadah yang dihidangkan .. aku rasa tak nak balik woo !!! Semua sedap sedap ! Ada lebih 100 hidangan gitu ! Berbaloi jika bayar RM50 !

Antara hidangannya ? Heee.. Sila sila tengok sendiri ..

Photo

 

Ok ok … ni part paling dinantikan ramai ! Sedap woooooo !! Lembut je daging kambing ni ! Huhuhuh..

Ada banyak lagi juadah yang tak sempat aku nak amik gambar sebab dah terlalu lapar.. Heeee..

Muka muka sebelum menikmati juadah dan bawah ni , selepas makan ! Tengok la perbezaan muka… dan juga perut ! Hahahha..

Heee.. Aku puas makan kat sini ! Huhuhu.. Untuk bulan Ramadhan nanti, sila pastikan dah booking awal awal sebelum ke sini ! Kalau tak , anda kerugian .. Memang takde tempat punya !

Untuk menempah , sila hubungi Luliy Shalwani ( 016 267 8284 ) atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) , atau terus call 03 – 8925 3728

Alamat : Bangi Golf Resort  , No 1 . Persiaran Bandar. 43650 , Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan.

Websites : www.bgrrest.com

Oh ya , mereka juga menerima tempahan untuk majlis majlis khas..

Bestnya SOFT COOLING GEL PILLOW !

 

Sakit sangat kepala semalam. Nak tidur tak boleh ! Ubat makan dah..  Bila terdedah pada kepanasan seharian , aku pasti akan sakit kepala ! Hurmm.. Dah tua.. bukan manja ! Dulu , layan 7 sebelah seharian pon selamba jer.. Tapi tu zaman muda la.. Heee..

Teringatkan Soft Cooling Gel Pillow yang dipinjamkan kepada aku .. adik aku beli .. hee.. Masa tu Qhaliff demam. Suhu tinggi.. Suruh gunakan pada Qhaliff..

Aku pun try la pakai malam tadi.. Letakkan kat kepala sambil baring. Tak sampai 5 minit , terasa lega dah .. Dan , buat kali pertamanya sejak aku balik sini .. aku lena sangat tidur ! Huhuhu…

Camana nak pakai ? Beli kat farmasi berhampiran pastu masukkan ke dalam peti ais. Kasi sejuk gitu.. Jangan risau , dia takkan mengeras punya ! Tapi dia punya sejuk , mmg best ! Bila demam atau badan sengal sengal terutama selepas bersenam , boleh guna menda ni ..

Harga ? Tak la sampai seratus pon.. Tak cecah pon RM50. Murah jer.. Rasanya mmg patut ada satu di rumah ..

Selamat Pengantin Baru wahai blogger !

 

Dua orang sahabat baik yang juga penulis blog di dunia maya ni .. heee.. Dua dua sahabat baik aku ! Alhamdulillah.. Kebetulan nikah pada minggu yang sama. Plannya nak gi dua dua tapi sayangnya .. kudrat tak mengizinkan.. Dah tua dah ..

Yang aku mampu pergi , dekat dengan aku jer.. Founder Fuh.My, MK Syahir selamat bernikah dengan pasangannya semalam di Negeri Seremban .. aku dan beberapa orang rakan sempat pergi semalam ..

Photo: Selamat Pengantin Baru MK SYAHIR @ founder fuh.my

Alhamdulillah .. sebuah majlis yang meriah sangat ! Makanan pon sodap wooo …

Photo

Sempat jugak dua blogger ni berkaraoke .. Fatin Funtabella dan Razi.. Heeee… Padan eh ? InshaAllah giliran mereka lak pasni .. Lalalalala…

 

Dan seorang lagi sahabat , selamat diijabkabulkan sebentar tadi di Kuala Terengganu..  MaT Yie .. Blognya ? Dia suruh rahsiakan.. Hahahhaha.. Tapi popular blognya..

Sayangnya aku tak dapat pergi.. aku dah tak larat sangat nak bergerak jauh .. Huhuh.. Nak kena simpan tenaga skit untuk uruskan kerja kerja mencari rezeki aku.. Hurmm..

 

Apa pun.. tahniah buat rakan rakan yang telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dimurahkan rezeki..

Best kan nikah.. Macam .. er.. macam nak je lagi eh ? Takde la.. Cukuplah apa yang Allah beri sekarang. Tapi kalau dah jodoh.. lalalala…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI