Selasa, 10 Jun 2014

Tanda rindu Qhaliff pada daddy ..

 

Hurm.. Dia tak reti nak lafazkan tapi dia ‘tunjukkan ‘.

Port biasa dia bila bersama dengan aku ..

Bila aku tiada di sisi dia .. Dia rindu ? Dia tunjukkan ..

Photo: Cara dia nak sampaikan ' rindu '  .. Dok main car seat yg berkaitan dgn daddy dia ..

Makin kuat rindu aku pada dia sekarang ni.. Tengok dia tu.. makin kurus walaupun kuat makan ! Perut pon dah hilang ! Nanti leh buat 6 petak kat perut tu .. Pergh.. mantap..

Sabar ye sayang ..

Bila Qhaliff rosakkan radio kereta !

 

Teringat lagi ketika Qhaliff memasukkan duit ke dalam ‘ tabung ‘ peribadi dia di dalam kereta aku ni.. Sengih jer selepas tu ! Perghhh .. Aku punya terkedu masa tu..

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia .. Huhuhuh.. Nak marah ? Nak pukul ? Tak berbaloi sungguh laaaa ! Kerana radio , anak di tangan-tangankan ? Hurmm..

Radio tu tak leh main dah cd selepas tu. Aku redha. Dalam kepala , dah plan nak tukar radio ada skrin LCD tu.. leh layan kartun atau ABC dalam kereta bila jalan jauh ..

Antara syiling yang sempat aku selamatkan sebelum ‘ditelan’ ..

 

Segala perancangan ‘rosak’ bila kawan aku kata boleh diperbaiki radio tu.. Bawak gi ke kedai aksesori jer .. Bagitau suruh keluarkan duit dalam tu.. Tak mahal pon charge dia ..

Lepas workout tadi kat Bandar Tasik Permaisuri , di gym AzMass tu.. aku terus hantar kereta aku ke kedai aksesori kereta yang terletak dibawah gym tu.. Sebelum tu aku tanya dulu kos nak repair tu..

“ RM30 jer.. “ . Terus aku setuju… Dari RM900 baik, RM30 jer.. heeee…

“ Sejam je “. Jawapan yang diberikan bila aku tanya tempoh nak repair.. Ok la tu.. Tak lama.. Leh gi lepak cuci mata area tu sat..

Tak sampai sejam , aku kembali .. Tengok , kereta tu dah settle pon ..

“ Dah siap ? “ . Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian..

“ Dah… RM20 jer.. Ada 20 sen je dalam tu.. Upah bukak je.. “.

Wah.. Alhamdulillah.. Murah je pon.. hehehe ..

 

Bayangkan jika aku marah dan naik tangan pada anak , walhal kos nak repair tak mahal mana tapi kos ‘ hati tercalar’ pada anak tu .. seumur hidup dia akan ingat .. Hurmm ..

Terkedu aku di SECRET RECIPE !

 

Nak makan apa ? Awal pagi lagi ni.. Hurmmm …  Pilihan utama aku ialah SECRET RECIPE .. Sememangnya aku suka lepak kat SR ni terutama di Alamanda dan Presint Diplomatik , Putrajaya. Makanan mmg sedap sedap belaka.

Tapi di Bandar Tasik Permaisuri ni .. Hurm.. Ini kali kedua aku datang dan kali pertama ari tu , air takde .. Tapi rasanya ada dapat gak order makan ..

Aku masuk.. Dan duduk .. Datang waitress , dia kasi menu tanpa sebarang kata. Aku bukak , dan tengok apa aku nak makan.. Hurmm.. Japanese Soba ? Vietnamese Beef Noodle ? Tom Yam ? Curry ? Wowww.. semua sedap !

Ok. aku nak makan kali kedua Vietnamese Beef.. Aku ternanti waitress datang.. 5 minit gak laaa .. Walhal dalam tu ada aku dan sorang lagi pelanggan.

Aku berpaling dan panggil dia . Dia pon datang laaa ..

Photo: Alhamdulillah.. Hujan..

" Bagi saya Vietnamese Beef Noodle dan air pula , green tea ... ".

" Air takde.." . Jawab dia.

 

Air takde ? Apakah dia maksudkan air minuman ???

 

" Abis tu apa yg ada ? " .

" Kek dan fresh milk jer .. ".


Adoiyaii.. Yang ko bg aku menu kad ni wat per ???? Arghhhhh... Cuba la bagitau apa pilihan yang ada awal awal lagi .. Kan senang hidup aku dan tak de la bazir masa menunggu ..

 

" Ok la .. bg saya fresh milk.. hot punya yer..".

 

Yg sampai , ' cold ' punya.. Adeh...sabo je laaa.. Minum je la sebab dah dahaga sangat .. Hurmm ..

What’s In Your Bag ?!!

 
What's In Your Bag
 
Nak menang RM25 ribu ? Heeee.. Nak la kan ? Tak susah pon nak menang .. Cuma kena join What’s In Your Bag ?!! yang dianjurkan dianjurkan oleh klia2  di http://whatsinyourbag.my/en/ ni je ! Haaa ..
Selain dari RM25 ribu , sepanjang giveaway dibuat iaitu dari 9 Jun hingga23 Jun , seorang yang bertuah yang membeli satu barang di situ akan berpeluang menang RM5 ribu , setiap hari !! Haaaa… Setiap hari woooo ..
Apa yang kena buat  ialah login ke http://whatsinyourbag.my/en/. Kemudian pelayar anda akan keluar pop up yang memaklumkan yang anda berpeluang menang RM 5 ribu seterusnya tergolong dalam  kumpulan pengunjung yang bertuah untuk menangi hadiah RM25 ribu !!
image
image
Korang akan diberi budget sebanyak RM5 ribu ! Sila ‘pilih’ barang yang korang nak !! Di laman web utama , korang digalakkan untuk ‘bersiar-siar’ dan melihat tawaran jualan secara online.  Jika ada yg berkenan di hati , klik ‘add to cart’ sahaja ! Mudah !!
Setelah berpuashati membeli belah di situ , sila check out. Pastikan lengkap segalanya .. Jangan ada yang salah yer ! Selepas tu , korang automatik layak memenangi hadiah yang ditawarkan termasuklah cabutan bertuah yang bernilai RM25 ribu tersebut berserta barangan yang korang ‘beli’ di laman web tu pada hari pelancaran klia2 nanti !
Macam satu game laa… Korang kononnya ada RM5 ribu.. Masuk ke website tu kemudian ‘bei’ barang nak korang nak sangat beli ! Pastu checkout. Dan berdoa laaa agar korang menang ! Gitu je laa.. Senang je ponnn.. heee ..
Tu jeee .. Hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas je boleh sertai giveaway ni .. heee…. Tunggu apa lagi ? Jommmm cuba nasib !

Untuk sebarang maklumat lanjut , boleh lawati  http://whatsinyourbag.my/en/ .

FB Page : https://www.facebook.com/IndulgeMalaysiaAirports

Instagram : @indulgemyairports

Twitter - @indulge_my

Sehari lagi sayang–sayang ku ..

 

Sehari lagi daddy nak balik ke Kelantan pastu kita semua balik ke KL .. huhuh.. Rindu sangat kat mereka ..

Pastinya , mereka lebih merindui aku terutama Qhaliff yang merupakan bayang bayang aku. .Kalau nak diikutkan , sekarang jugak aku balik ke sana tapi apakan daya , aku perlu terus mencari rezeki untuk mereka .

Photo: Khamis daddy balik amik yer...

Wife bagitau , Qhaliff senantiasa terjaga awal pagi ..sekitar jam 2-3 pagi pastu tengok tv.. Hurm.. Dia nak kata rindu , tapi tak tau nak sebut. Sebab tu dia mampu lepaskan rasa tu dengan menonton tv ..

Photo

Bayangkan , anak anak kecil yang telah kehilangan ibu bapa mereka .. Huwaaaaaaaaaaaaa !!! Menitis air mata ni ..

Makan besar blogger Kelab Blogger Ben Ashaari 2014

 

Makan malam kali ni , dibelanja oleh blogger Angah Judin.. Heee.. Semoga Allah murahkan rezekinya lagi ..  Terima kasih !

Bertempat di Cerana SeaFood , Cheras .. Lokasi yang best , ditambah lagi boleh karaoke tanpa perlu beratur panjang sebab orang tak ramai malam ni .. hehehe .. Leh la dengar kengkawan punya suara .. heee.. Suara Najeeb Abdullah dan Razi jer pon .. Tapi sedap la suara diorang ..

Photo: Blogger KBBA bergathering , lagi dan lagi ..

#kelabbloggerbenashaari

Makan besar yang simple.. Yang penting , selesai ! Haahaha .. Sodap gak la makan kat sini .. Cuma.. cuma .. cuma .. Er .. Nanti nanti je la cerita .. heee…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI