Sabtu, 14 Jun 2014

Rezeki bergelar SURA RUMAH !

 

Dah 3 tahun berturut turut aku keluar kat tv , hanya kerana HARI BAPA ! Hehehehe.. Rezeki anak anak dan juga blog ..Kalau bukan sebab blog , aku pon tak nak la keluar kat tv.. Wat pe  kan ? Bukannya leh box office pon .. hehehe ..

Tahun ni , sempena Hari Bapa .. aku bertuah muncul di majalah PA&MA dan juga di TV9 , rancangan Saffiyah ! Esok akan ke udara untuk episod Hari Bapa tu.. Jam 11 pagi. Jangan kata aku tak bagitau pulak yer.. Heee ..

Photo

Masa rakaman di rumah aku ni , Qhaliff dan Zahra pon ada .. Tapi dua dua tak sihat .. Huhuh.. Tak nampak seri la kedua dua tu.. Nasib baik aku sihat .. maka , aku je la nampak berseri seri walaupun kepenatan.. heeee ..

Alhamdulillah.. Kerana aku seorang blogger , pelbagai pengalaman telah aku rasai . Satu impian yang menjadi kenyataan kerana aku mmg bercita cita menjadi seorang penulis ..

Buffet Ramadhan di Las Vacas

 

Las Vacas ? Kali pertama aku mendengarnya dan terus menarik minat aku untuk mencuba juadah yang disajikan di sana… Heee..

Alhamdulillah , petang tadi .. Aku dan blogger , Razzwey selepas selesaikan kerja di PJ , terus memenuhi undangan pihak Las Vacas yang terletak di Wisma Winbond , Jalan Yap Kwan Seng. Hee , senang je nak cari bangunan ni .. Boleh nampak tepi jalan jer.. Dekat dah ngan KLCC ..

Photo

Bila masuk ke restoran ni , aku rasa cam .. Wowww ! Selesanya ! Haaa.. Gitu laaa.. Pastu terus buat kerja selepas beramah mesra dengan staff di situ.

Hurmm…

Susun atur makanannya dengan mana aku rasa pengunjung tak perlu berhimpit atau berebut untuk memilih makanan kerana keluasan restoran ni ..

Aku tak suka makan nasi bila gi mana mana buffet ! Nanti cepat kenyang. Entah mengapa , hari ni aku terasa nak makan nasi hujan panas ni .. Nampak sangat menyelerakan ! Dan , mmg benar ! Sangat sedap sehingga aku tambah 2 kali ! Razzwey mengakuinya walaupun aku kurang yakin dengan jawapannya sebab bagi dia , semuanya sedap ! Huhuh..

Ke bahagian feveret aku yang mana dulu , bila aku makan , pasti sakit kepala ! Rupanya.. aku ditipu hidup hidup ! Kambing sangat sedap okeeh dan bukanlah penyebab kepada penyakit darah tinggi !

Hurm… Banyak pilihan makanan dan semuaya menyelerakan. Huhuh..

Photo

Air oren dia.. Aku minum dekat 5-6 gelas ! Tapi tak puas puas gak ! Aku baca Bismillah ok ! Rasanya campuran air tu yang buat rasanya ‘menarik’ sangat ! Macam nak tapau je bawak balik rumah.. Hahahah ..

Ok ok .. Pastinya korang nak tau berapa harga buffet Ramadhan kat Las Vacas ni kan ? Haaa .. Untuk pengetahuan korang , Las Vacas hanya di cawangan Yap Kwan Seng saja dibuat buffet Ramadhan ni .. Paham ? Bagus..

Harganya , RM100 untuk dewasa dan RM50 bawah 12 tahun.. Ok pe ?? Antara hidangannya nanti Australian steaks and New Zealand lamb segar dibakar l! Tambahan nanti , akan ada  plethora of canap├ęs and salads .. Smoked beef with mustard, tuna mayo egg teriyaki, black olive tapenade, chicken with creamy pesto, smoked turkey salad with balsamic, salad with beef strips, grilled vegetables and red cabbage slaws, creamy potato salad, spicy tomato and tea leaves with mixed nuts salad, mixed green salad. ( Sori , copy paste yang ni.. Kang terjemah , buruk pulak rupa juadah tu )

Selain tu Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Beef Rendang, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar, Asam Pedas, Kuih Seri Muka, Karipap, Kuih Talam  dan byk lagi .

Surau disediakan . Jangan risau .. All ala-carte menu tetap ada seperti biasa .

Untuk tempahan meja , sila hubungi 03-2181 5586. ASAP ! Lambat , telan air liur je.. heee .. Oh ya.. Kalau nak ada persembahan , sila booking hari Sabtu dan Ahad jer ..

Lokasi ?  Las Vacas, Yap Kwan Seng, No. 33 Lot 5, Ground Floor, Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Bertukar hak milik !

 

Hurmm… Aku nak beli baru kat Zahra tapi wife kata membazir. Basuh je kain rocker tu pastu , tadaaaa… dah leh guna ! Huhuhuh..

Dan untunk Qhaliff.. Semalam terjumpa sewaktu nak turun dari Cameron Highland. Kerusi malas rotan .. Aku lama dah cari untuk dia ni.. Asyik dok tarik kerusi merah tu jer.. Huhuhuh..

Photo

Tapi nampaknya… dia belum dapat sesuaikan diri dengan kerusi rotan dia tu.. Huhuhuh.. Jangan nanti berebut dengan adik dia dah .. Tapi rasanya macam tak je..

Makan Banyak Makin Kurus Dengan Idola

 

- Iklan Berbayar -

 

PERHATIAN!!!!

Siapa yg nak turun berat badan dan mengidam saiz badan yang cantik?? Nak cantik masa lebaran tahun ini?? Nak tengok perubahan berat badan yang memuaskan hati anda?? Memperkenalkan IDOLA yg menjadi idola anda sehingga mencapai berat badan yg diidamkan. Idola merupakan makanan tambahan berasaskan botani formulasi dari seorang doktor pakar nutrisi dan aesthetic iaitu Dato` Dr Ng Kuak Ping bagi membantu orang yangg belum pernah merasa kejayaan dalam turun berat badan walaupun telah mencuba pelbagai jenis produk pelansingan serta bagi yang ingin mengekalkan kecantikan bentuk badan.

IDOLA bukan sekadar menurunkan berat badan tetapi membentuk badan lebih cantik, mengenyangkan, detoks dengan cara yang selamat serta menyihatkan badan anda kerana idola kaya dengan anti oksida dan nutrient yg lengkap.

Anda tidak perlu risau kerana IDOLA tiada kesan sampingan, tidak cirit birit dan tidak membahayakan. Yang paling penting produk ini satu-satunya produk pelansingan yg ada insurans RM3,000,000.

Jadi, produk ini dijamin berkesan kepada sesiapa sahaja yang mencuba!!! mengenai kelulusan pula, ada tak perlu risau kerana, ada KKM, HALAL, HACCP, bertaraf GMP dan paling penting penaung syarikat ini merupakan Presiden Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) iaitu Prof Datuk Seri Dr. Shaharuddin Awang Yahya.

Jadi, sudah tentu produk IDOLA ini boleh dipercayai tiada bahan beracun, halal dan selamat untuk digunakan. IDOLA bukan sahaja untuk memenuhi impian bagi yg ingin mendapatkan bentuk badan tetapi untuk tujuan detoks bagi memudahkan usus anda menyerap nutrisi makanan dengan sempurna. Jangan tak percaya, ada yang turun 8kg seminggu, 5kg seminggu dan yang kelakar tapi benar, dah boleh pakai seluar adik.

Selain anda dapat berat badan yang ideal, anda juga akan mendapat hadiah paling gempak dan hebat bagi sesiapa yang terawal.

Tawaran sangat terhad, sepenuhnya ditaja oleh Ireenmiashoppe. Bagi yang ingin mencari Duit Raya ini peluang anda kerana keuntungan adalah melebihi RM100 sekali jual. Harga yang ditawarkan pula, jangan terkejut ye. 1 Kotak RM280. 2 Kotak RM290. Ya!! Tambah RM10 sahaja untuk dapatkan kotak yang kedua serta hadiah yang menarik.

Dan tak lupa juga, pembelian seterusnya atau ulangan anda layak untuk mendapat diskaun sehingga 30% bagi setiap kotak. Dropship, Dealer dan Stokis juga diperlukan bagi setiap negeri dan daerah. Rugi tau tak grab peluang ni awal-awal kerana produk ini baru sahaja dilancarkan pada 24 Mei 2014.

Bagi yang ingin menjadi Stokis, tawaran paling hebat hadiah dari syarikat iaitu anda berpeluang untuk melancong ke Brisbane dan Gold Coast selama 7 hari 6 malam bagi sesiapa yg berdaftar sebelum 30 Jun ini. Jadi, cepat2 rebut peluang keemasan ni sekarang!! Nak lebih yakin, anda juga boleh lihat sendiri bagaimana produk dihasilkan, dan tak lupa juga sijil-sijil yang sah untuk tatapan umum.
Hadiah dan info produk boleh lihat di

Blog : http://ireenmiashoppe.blogspot.com/

Instagram : Ireenmiashoppe

Hotline : 019 246 2128

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI