Isnin, 16 Jun 2014

Zahra tak boleh pakai gelang emas lagi ?

 

Masih belum cukup 40 hari ! Ada beberapa hari je lagi .. Apakah dalam pantang , bayi perempuan tak boleh pakai rantai emas lagi ? Selepas pantang , nak pakai rantai kapal pon boleh !! Haaa.. Ada dalil tak ? Sat google ..

Photo

 

Takde ! Bayi lelaki ada la .. tak leh pakai gelang emas.. Heeee .. Ada yang bertanya ke ? Er , takde la pulak setakat ni tapi rasanya macam adaaaa je nak bertanya .. Maka sebelum bertanya , aku bg je la jawapan..

Gelang ni , nenek Zahra Nur Iman yang hadiahkan. Memang dah niat mak aku gitu .. Kalau dapat cucu perempuan , dapat la gelang emas satu.. Heee ..

Buli daddy !

 

Zahra tak leh tidur , dia nangis ! Qhaliff yang sedang lena tidur pasti akan terjaga pastu tak leh tidur dah ! Huhuh.. Bila Qhaliff dah bangun , pasti aku akan turut bangkit dari tidur gak !

Ok… Bila Zahra dah tidur , Qhaliff lak wat bising .. Zahra pasti akan terjaga dan menangis ! Huwaaaaaaa … Daddy tak leh tidur ! Ibu dia lagi laaa tak leh tidur kalau dua dua dah jaga .. Huhuh..

Adeh… Qhaliff pon dah pandai dah nak tarik perhatian orang tua dia .. Hurmm..

Nasib baik laaaaaa cuti wife sampai lepas raya ! Huhuhuh.. Sempat aku nak tune balik segalanya.. Payah woooo .. ingat semudah tu kee !! Huhuh…

Terima kasih Saffiya dan TV9 !

 

Hari yang ditunggu , dah pun berlalu. Sokongan hangat dari rakan rakan membuatkan aku rasa terharu sangat ! Ada rakan sanggup downloadkan rakaman penuh dan berikan pada aku.. Ada juga kenangan .. heeee ..

Bagi aku , ini rakaman terbaik buat aku. Malah susun atur serta penerangan juga tidak mengelirukan ! Terima kasih Saffiya ! Terus terang , ini kali pertama aku menonton Saffiya ! Menarik kandungannya..

 

Mesti korang nak tau , apa reaksi Qhaliff bila tengok gambar dia dan aku di tv tadi ? Hahahahaha …

“ Baaa.. baaaa.. “ .

Berusaha dia panggil aku sambil panjat belakang badan aku  ! Dia nak terangkan pada aku , dia tak reti nak cakap.. Akhirnya .. Tahu apa dia buat ?

Dia tarik kerusi dan duduk depan tv sambil sengih ! Waaahhh .. baru aku perasan yang dia paham ! Dia paham yang dia sedang ke udara di kaca tv.. huhu …

Photo

Sayangnya… dah habiss ! Hahahahha .. Tak pe tak pe.. Daddy ada rakamannya ! Hehehehe .. Dah siap download untuk kenangan .. heeee..

Nak tengok ? Korang leh tengok kat TONTON atau tengok kat SINI. Bahagian aku , di minit ke 18.43 .. hehehee …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI