Selasa, 17 Jun 2014

Shopping berdua dengan Qhaliff ..

 

Yeay… Daddy ada peneman dah ! Daddy tak lagi leh cuci mata bila gi mall .. heeee .. Cuci mata tengok barangan yang dijual haaa.. Bukan tengok awek awek tauuu ..

Awal pagi , dalam kul 10 gitu .. aku siapkan Qhaliff dan bawak dia ikut aku gi Alamanda. Nak beli sedikit barang dapur untuk kegunaan harian. Ikan ikan , tak beli la sebab wife confirm tak puashati punya ! Gitulaaah..

Memula cuak jap bila memikirkan tekanan yang bakal aku hadapi nanti di Alamanda memandangkan Qhaliff lama tak jejakkan kaki dia kat sini ..

Alhamdulillah.. Sesampai je Alamanda , dia nak jalan sendiri ! Tapi bila jalan sendiri tu , jawabnya banyak la pit stop dia ! Terpaksa la aku dukung kembali dan terus ke Aeon..

Letak dalam troli , cari air kotak dan roti untuk dia makan .. Baru dia diam dalam tu .. Kalau tak , confirm dia akan huru harakan aku .. heee..

Photo

Seperti yang aku plan ngan wife , pastikan dah senaraikan apa barangan yang nak dibeli atau aku angkut apa jua yang aku berkenan di hati !

Photo

Yearghhh … Amik maggie asam laksa gak dikala kebosanan tau tak nak makan apa ..

Dan jumlah barangan dibeli tak sampai RM100 pon .. Nape kalau wife beli , mau mau RM200 ?????

Ini menunjukkan lelaki lebih bijak berbelanja ! Sila jangan nafikan yer.

Jom sertai Kem Ramadhan Yeo’s bersama sama !

 

Rasai dan Menjiwai Makna Berpuasa di Kem Ramadhan Yeo’s Melalui ‘Titian Serasa Ramdhan’ yang akan diadakan nanti di Shah Alam Convention Center ( SACC ) pada 12hb Julai 2014 nanti .

Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga yang dianjurkan oleh Yeo’s , bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita.

Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk berani menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.

Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s ini nanti .

Program yang disediakan tidak sekadar memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan gajet dan hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih daripada RM 10,000 untuk dimenangi.

Antara selebriti yang akan hadir nanti untuk memeriahkan program komuniti ini nanti ialah penyanyi yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Heliza Helmi , Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh , penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan .. er , aku sendiri selaku blogger ..

“Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.

Apa lagi ? Cepat dapatkan tempat untuk sertai program yang julung julung kali diadakan ini ! Caranya ? Hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. Atau layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my

Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang !!

Kenapa bayi perempuan tak boleh pakai gelang emas ?

 

Panjang aih tajuk ! Hahahaha .. Ok , setelah mendapat pandangan dari rakan rakan di Facebook terhadap entri aku sebelum ini … aku berpendapat , ada benarnya kenapa bayi perempuan yang masih kecil lagi tak perlu dipakaikan lagi gelang emas ..

Kenapa ?

Jom baca pandangan rakan rakan aku di Facebook terlebih dahulu..

  1. Pantang larang orang tua kekadang ada logiknya. Tak bagi pakai gelang masa dlm pantang, takut2 nanti boleh mencederakan bayi. Almaklumlah, kulit masih lembut, jari jemari masih kecik. Takut tersangkut jari pada gelang.
  2. Ank saya dua2 prmpuan dlm pntang atuk nenek san mkcik dia org hadiahkn brg kemas..yg berantai say pakaikan terus tp yg keras sy smpan bmbang terkena muka..rntai plk mmg xbg pakai sbb kulit bwh leher di msh nipis.,rantai kaki mmg akak psg..
  3. kami dlm masyarakat mamak sll kata kalau dlm pntng tu mak n baby no need to wear jewels and new cloths. Mcm baby sulung kn kita bli pakaian baru tapi seeloknya pakaian dh dipakai tu diulang pakai smpai habis pantang. Same goes to the mother.

Terus aku bangun , masuk ke dalam bilik dan check gelang Zahra .. Hurm.. Aku terus bukak dan simpan ! Nanti besar skit baru pakai yer .. Heee ..

Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang ikhlas dan jujur terutamanya berdasarkan pengalaman ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI