Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Jun 2014

Susah la nak makan !

 

Hurm.. Aku ingatkan , dia ok jer .. Bukan apa , ada kawan mintak tips anak berselera makan ! Aku bagitau masa tu , Qhaliff takde masalah makan..

Tapi sejak cecah usia 2 tahun ni , dia mula liat nak makan. Bukan takde selera tapi tamo makan aatah lagi buah buahan.. Huhuh.. Jenuh la memaksa..

Sudah bosan dengan makanan sedia ada ? Hurm.. Atau bagi suppliment ? Dah.. Tamo gak ! Siap bawak lari muka tu haaa .. huhu ..

Ada kes anak kawan tak makan.. sampai perut masuk angin dan muntah muntah. Mujur Qhaliff ni jenis tak nak makan nasi jer.. Lain lain , dia makan !

Aku rasa la.. dorang ni dah terasa makanan berasa cam makanan yang ada garam , ajinamoto , manis cam aiskrim dan sebagainya. Sebab tu dah tak nak makan makanan yang dikhaskan untuk mereka .. Hurm.. Aku rasa laa ..

Tapi bila dia gi umah mak aku.. selera je dia nak makan ! Dan popcorn DailyFresh yang sedap ni , suka diaa ! Satu demi satu masuk mulut dia.. Hurm…

Salah ayahkah manjakan anak ?

 

Terbaca di timeline kawan kawan FB .. Ayah memaki hamun anak di Twitter dan ianya menjadi berita laris terutama di blog.. Hurm.. Kesian.. Mungkin ayahnya dah cukup malu dengan perbuatan anak perempuannya.. Dah terlewatkah untuk menegur atau mendidik ? Teringat aku pada cerita Anakku Sazali ..

Qhaliff.. Hurm.. Sejak kebelakangan ni , rajin gak kena marah ngan aku. Macam macam perangai pelik dia buat.. Kreatif ! Tapi merbahaya… Berkali tegur tapi dia tetap buat..

Nak biar , risau makan diri sendiri nanti ! Takut menyesal belakang hari .. Nak tak nak kena la ajar sikit supaya dia kenal erti takut. Aku tak nak spoilkan dia ..

Caranya ? Aku letak dia dalam bilik tidur … sorang sorang.. selama 10 saat ! Menangis meraung dia .. Aku bukak pintu dan dukung dia.. Pujuk dan bagitau dia kesalahan dia ..

Mungkin ada yang anggap aku keterlaluan tapi dia semakin pantas belajar dan buat macam macam ujikaji .. Ada yang merbahayakan dia sendiri ! Aku tak nak menyesal hanya kerana nak biar dia explore .. Sikit skit boleh laa..

Tak nak dia membesar terlebih manja.. Ayah mana tak sayang anak kan ? Risau nanti dia besar , dia salahkan aku kerana manjakan dia hingga dia dah tak boleh ditegur ! Hurmm …

Kereta berdesup laju , tapi saman tetap sama !

 

Hurmm.. Tertengok berita kat TV3 tadi.. Ada satu part yang menarik perhatian aku..  Kereta sport bernilai berjutaan ringgit akan dipasarkan di Malaysia ! Cantik giler koooo !! Aku kagum woooo .. Rasa macam nak beli 10 gitu ! Rasa je laaa . Mampu rasa jer..

Tapi kalau mampu pon , aku terfikir gak.. Nak bawak keta tu gi mana ? Kalau di highway Malaysia ni , paling laju pon leh gi 120km/j jer.. Jalan bandar baru 80kmj.. Putrajaya yang 3 lorong pon 80 gak.. Dah tu nak gi mana ?

Tapi aku mampu beli kereta tu , takat nak bayar saman seciput tu .. apa la sangat kan ? Janji boleh memecut ! Apadahal kan ? Hehehehe..

Sayangnya aku cuma mampu pandu kereta biasa jer .. Nak pergi 120kmj pon dah gegar kereta .. Sesekali nak cepat , terlebih la skit kelajuan tu.. Dan depan tu ada laaa kamera ! Nasib tak baik , kena saman !

Jumlah saman aku dengan pemandu tadi , sama kan ? RM300 kan ? Aku pandu kereta biasa.. RM300 tu besar wooo ! Nak laju tu bukan sebab suka suka tekak nak laju ! Kekadang tertekan skit je pon pedal tu… dah terlaju di tempat tak sepatutnya ! Nak tak nak , kena bayar la kan ?

Persoalannya .. adil ke ?? Kereta mewah tu pandu laju , kena saman .. sama dengan kita yang terpaksa pandu laju skit atau tak sengaja nak laju !

Ok.. tak kisah la .. Bayar tetap bayar ! Tapi aku harap la kan.. Kerajaan buat la perubahan skit tang saman tu.. Kalau kereta tu , kereta mewah , dan kelajuannya tu melampau .. kasi saman mahal laaaa ! Takkan RM300 gak kan ? Adoiyai..

Saman ikut insuran atau harga kereta tu… Haaaa ! Baru la adil ! Sapa suruh beli kereta mahal mahal pastu pandu laju kan ? Haa…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI