Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 Jun 2014

Antara sebab aku jadi suri rumah !

 

Hurm.. Penat ? Payah ? Tensen ? Memang laa ada ! Tapi bila memikirkan nasib anak anak di rumah pengasuh atau di taska , aku rasa sebaiknya aku jaga la dulu .. hingga mereka reti bercakap dan bertindak balas !

image

Aku tak paham la kenapa manusia manusia berhati binatang ni menjadikan anak anak kecik , sumber pendapatan mereka ? Apakah mereka tak yakin dengan Allah ? Tak yakin wujudnya syurga dunia ? Hurmm..

Kita semakin rasa tak tenteram bila nak ke mana mana.. Sekali pun nak berhenti di stesen minyak , kena kunci kereta dan kena dua tiga kali pandang ke belakang bagi memastikan segalanya ok.. Anak ok , kereta pon ok ! Terpaksa !! Walaupun tengah orang ramai.. Hurm..

Apakah ini semua kerja ‘orang luar ‘ atau orang kita sendiri ? Apakah ini sebab kehidupan semakin terdesak ? Hurmm ..

Hanya Allah saja tahu.. Semoga Allah lindungi anak anak kecil kita ..

Nak jugak dia buat !

 

Makin banyak akal dan permainan dia !! Dan aku dah kena berkali kali ..

Photo

Hurm.. Apa permainan dia ? Dia mintak air .. Siap bawak air dalam botol Tupperware tu .. Pastu kasi aku. Aku pun tuang la dalam tudung tu..

Kali pertama dia minum , bersungguh sungguh.. Kali kedua pon gitu gak.. Bila kita leka jer , dia ambik botol tu dan curahkan ke lantai ! Pastu main air tu !

Bukan sekali , bukan dua kali .. Berkali kali dah ! Dan tak insaf la dia selepas kena ‘kurung’ 5 saat dalam bilik .. Grrrr ..

Akhirnya !

 

Wife dah boring asik makan luar.. Aku ? Aku makin risau sebenarnya sbb sejak diorang balik KL ni , aku tak gi gym lagi .. Huhuh.. Ari tu dah nyaris nyaris nak jadi badan cam Mark Walhberg ! Huhuhuh.. Sekarang dah cam Hulk.. huhu.. Belasah je la.. Asal sihat .. ( salah pemikiran tu )

Maka hari ni , wife masak.. Tapi bukan mudah nak masak ! Yang kecik , asyik nak mengendeng.Kena kasi tidur dulu baru leh masak. Yang besar lak , suka wat bising ! Saja tak kasi adik tidur .. Huhuh..

Akhirnya berpecah. Aku tidurkan si kecik , si besar ‘tolong’ mak kat dapur.

Dan ..

Photo: Lama tak rasa air tangan wife.. asik air tangan kedai jer..

Alhamdulillah..

Tadaaaa.. Sayangnya , telur asin tu , wife tak leh makan.. Aku je la kena makan ! Tak pasal pasal , 2 pinggan .. Huhuh..

Alhamdulillah.. Simple tapi menyelerakan.

Makan tengahari di LAVA GRILL !

 

Murah .. selesa dan bersih ! Halal ? Opkos laaa .. heee.. Sedap ? Tekak manusia ni lain lain.. Jadi aku tak leh nak kata , SEDAPPNYAA atau TAK SEDAP !! Bagi aku , tekak aku leh terima laa ..

Nak demand lelebih , kena cari chef power rangers laa kan ? Heee..

Kalau nak makan burger bakar , malam ada laa.. hehee… Sedap burger bakar dia .. Huhuh..

Kat mana LAVA GRILL ni ? Ni alamat penuh dia .. LAVA GRILL BURGER, No.15-1, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor..... Landmark  , depan Pusat Pakaian Hari-hari berhampiran dengan MCD...

Apabila dua ‘Q’ bertemu ..

 

Hahahah.. aku tak leh tengok laa diorang berdua ni  ! Yang sorang , macam nak ajak bermain bersama .. tapi sorang lagi , nak main dengan teman yang lebih tua dari dia ! Hahahah ..

Qhaliff Iman , berusia 2 tahun 2 bulan manakala Qaseh menghampiri 2 tahun pada bulan 8 nanti ! Sungguhpun Qaseh lebih muda dari Qhaliff , Qaseh rasanya dah lebih petah berkata kata berbanding Qhaliff yang masih gemar cakap Jerman !

Rasanya anak lelaki gitu eh ? Orang kata , anak lelaki ni .. lambat cakap tapi dapat  kaki dulu berbanding anak perempuan , sebaliknya !

Si Qaseh , takut tengok aku. Nampak aku jer , terus lari ke ayah dia .. yakni adik lelaki aku. Qhaliff lak , lebih suka gi main dengan abang abang Qaseh..  Hingga nak keluar gi makan malam pon , dia nak naik kereta diorang ! Tak kisah dah kat mak ayah dia ..

Dan dalam kereta , dua dua tidur hinggalah sampai ke restoran idaman ramai , Lava Grill ..

Dan sehinggalah orang nak start makan.. baru nak terjaga ..

Amboi.. dah macam pakat nak tidur … huhu …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI