Selasa, 24 Jun 2014

Abang long mula menyibuk ..

 

Umur dia baru 2 tahun 2 bulan .. Dan dia dah mula sibuk nak jadi abang yang benar benar abang .. Nak tolong dukung Zahra , nak tolong kutip baju .. Nak tolong menyapu rumah ..

Photo

Adik dia menangis pon , dia tolong panggilkan ibunya .. Haaa.. Main jerit jer .. Nak bagitau adik dia menangis .. Huhuhuh…

Photo

Dah mula faham dah sekarang ni dan dia pun dah reti faham maksud bila daddy dia jegilkan mata .. hehehe.. Ada masa boleh main , ada masa.. kena tau menda tu salah ! Haaa ..

DAddy jegil mata , macam ikan emas ! Besar tapi tetap comel.. lalalal …

Anda penggemar Tat Nenas ???

 

Sebelum nak baca sehingga abis , pe kata baca dulu review BEN ASHAARI mengenai TAT NENAS MAMA ni .. Baca di entri ini , Tat Nenas Mama sedap untuk dimakan !

Kepakaran kami ialah menyediakan tat nenas yang gebu, rapuh, lemak sempurna. Cair di mulut melekat di hati. TAT NENAS MAMA menyediakan 2 variasi untuk di nikmati.

Dengan mengekalkan rasa keaslian tat nenas tradisional tapi diberi sedikit sentuhan moden dengan tambahan cheese di dalam pastri, inti dan taburan cheese di atas sebagai hiasan.

Sebiji TAT NENAS CHEESE MAMA anda akan merasai pengalaman yang LUAR BIASA. Gabungan doh yang unik, lembut, manis, masin dan masam bergabung mesra di dalam mulut


Mengekalkan rupa bentuk tat nenas yang tradisional. Rasa yang lembut, rapuh sempurna di janjikan pada pelanggan kami. Jem nenas yang manis dan banyak di gulung dengan bancuhan doh yang sempurna untuk dinikmati.

TAT NENAS MAMA telah menggembirakan ramai penggemar tat nenas dan telah berjaya MENAWAN hati ramai yang tidak menggemari tat nenas sehingga mereka juga menjadi penggemar tegar tat nenas.

KAMI MENJANJIKAN kelainan keenakkan rasanya. NAK TAHU RAHSIA NYA ?? TAT NENAS MAMA menggunakan 100% butter sebagai bahan utama dan di tambah sesenduk kasih sayang buat anda.

Boleh didapati bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu musim perayaan. Kami juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, hamper dan sebagainya.


PROMOSI HURU HARA AIDILFITRI UNTUK FOLLOWER BLOG BEN ASHAARI

BELI 5 balang PERCUMA sekotak kurma ATAU
BELI 10 balang dengan harga rm 250 sahaja.

CARA NYA :

Step 1 : LIKE page TAT NENAS MAMA - Admin

Step 2 : private massage (pm) kami dengan menyata kan ‘ SAYA PEMBACA BLOG BEN ASHAARI ‘ .

Step 3 : inbox kami nama < jarak > kawasan <jarak> no telefon <jarak> promosi A/B <jarak > nak acc maybank/cimb <jarak> tarikh pick up

Berminat boleh hubungi Pn Atie Baharain ( 017 2011 185 )

Secawan susu kambing sebelum tidur !

 

Kelmarin , keluarga aku datang rumah. Pakat meriah laa rumah aku. Sebelum balik tu , mak aku tanya aku ..

“ Kat hang ada lagi susu kambing ? “

“ Ada .. dua kotak.. Sat .. “

Aku gi amik kat dapur dan bagi kat mak aku..

“ Dah turun 10kg dah .. Sedap la skit badan la ni .. “

Waahhh.. Mak aku mmg ada masalah berat badan sejak kebelakangan ni.. Hari tu , seharian dia sakit ulu hati gara gara tak makan. Dia tak lalu nak makan sangat ..

Aku call dan paksa minum susu kambing yang aku dah letak kat rumah tu dua tiga hari sebelum tu .. Aku suruh dia campurkan dengan oats jer .. Pastu minum ..

Dan dia pon buat.. Sebelum tu adik aku ada la beli nasi bungkus dan sebagainya.. dia tak nak makan ! Aku call baru dia nak makan .. Hurmm..

Alhamdulillah , selepas tu .. dia suka minum susu kambing dengan oats setiap pagi.. Hari tu nampak dia kembali cergas la.. Takde la slow skit pergerakkan dia sebelum ni..

Nampaknya , aku kena bekalkan susu kambing Nutri Goat kat rumah aku dan rumah orang tua aku selepas ni .. Huhuhuh.. Tak pe la , selagi diorang masih ada kan ? Berjasa selagi boleh ..

Aku memang amalkan sebelum tidur secawan dan secawan lagi seawal pagi ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI