Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Jun 2014

Eksperimen demi eksperimen !

 

Memang dok tengok je apa dia buat ! Tengah kreatif sangat skang ni .. Abis semua menda dia dibuat eksperimen ! Termasuk apakah yang akan terjadi terhadap Nutella apabila kelima lima jari dimasukkan ke dalam tu !

Perghh … Jadi apa ? Bapak dia jadi Hulk laaa !

Dan bila aku suruh dia pegang tuala dia bila ke tandas untuk mandi .. Dalam sekelip mata je kau berubah !

Terkedu aku tengok apa yang dia buat .. Adoiyaii .. Jangan risau yer , tandas dalam keadaan kering .. Aku mmg tak biar kalau tandas dalam keadaan basah.. Bahaya woo ! Dan ajar dia tutup tudung jamban dulu sebelum mandi …

Dan eksperimen dengan baldi lak .. Test suara  lak ..

Photo

Adehh.. saja nak suruh adik dia yang sedang lena tuuuu , bangun ! Huhuhu…

Baru plan nak gi tapau burger kambing bakar kat Lava Grill ! Tak jadi sebab Zahra dok tidur .. hurm..

Maaf la yer , En. Wartawan ..

 

Kelmarin , aku ada up status yang ‘pertikaikan’ etika kewartawanan wartawan sekarang apatah lagi dengan isu terkini yang mengundang rasa geram dan ketidakpuashatian pada masyarakat di negara kita .

Aku sendiri pun terkedu masa membaca berita tersebut dan kongsikan artikal tersebut di TimeLine Facebook aku ! Maka , berduyun duyunlah komen di perongsian dan juga ruangan asalnya iaitu di fan page media tersebut. Komen ? Hurm.. jangan cakap laaa .. Macam macam ada ! Sedih dan geleng kepala je membacanya. Bukan salah wartawan yer  !

Dan selepas tu , banyak la artikal pasal tu diterbitkan lagi dengan tajuk tajuk yang .. hurm… Memang mengundang orang nak gi baca dan komen ! Macam macam komen ada kat situ.. Manusia la katakan..

Bagi aku la kan .. Nak bagi maklumat dan berita tu , ok dah .. Memang aku respek laa .. Kerja mereka ! Tapi bila satu demi satu dibongkar terlebih dahulu tanpa ada penyiasatan dari pihak berwajib , tu masalah gak tuu .. Maklumlah , siasatan dibuat sendiri jer ..

Aku tahu.. Tu mmg kerja wartawan la kan ? Tapi bila di up media sosial apatah lagi berita tu lom sahih..  Ramai dah pakat kongsi berita tu dan bagi pendapat di ruangan komen. Apakah berita tu dah disahihkan oleh pihak berkuasa cam JKM atau PDRM ?  Kebelakangan ni , banyak berita dah dispin kan .. Cam cerita MH370 .. Akhirnya , pengguna internet gak pening kepala ..

Aku bukan cakap pasal OKU tu jer.. pasal politik yang mengelirukan , hiburan yang banyak mendedahkan aib … Berapa banyak yg benar benar nak berkongsi maklumat atau nak dapatkan ‘traffic ’ jer ? Kasi berita panas gitu ! Orang dok cari dan baca ! Tapi berapa peratus berita tu tepat ? 

Hurm.. Bila sebut wartawan , jangan sangka ‘awak’ jer wartawan.. Ramai lagi wartawan di luar sana yang dah lupa kenapa dia nak jadi wartawan atau nak dptkan pujian !

Maaf jika terasa tapi rasanya aku dah lama tak baca suratkhabar sbb beritanya .. hurm… Entah laa .. Korang pon sedia maklum.

Tak perlu nak melenting pendapat aku yang amatur ni. Ada blogger mencontohi anda ! Kalau wartawan boleh , kenapa blogger tak boleh lak ? Sebab ada lesen ? Tu je ?

Wartawan perlu ‘didik’ blogger secara tidak langsung agar menulis dengan lebih berhemah dan jujur ..

Aku ingat lagi bapak aku sering bawak balik suratkhabar dan belajar membaca dari situ ! Suruh baca berita untuk tambahkan ilmu pengetahuan dan tonton berita !

Sekarang ni ?? Apakah anak kita nanti , tak kenal dah suratkhabar sbb banyak berita tabloid dan sensasi je ? Dan rujuk pada internet untuk dptkan maklumat ?

Rezeki kita dari Allah..

#Teringat Cerita SpiderMan

Kalau abang long bangun tidur !

 

Tidur lewat ! Qhaliff tertidur awal semalam.. Pastu kul 1 pagi dia jaga.. Aku pulak , sakit kepala ditambah lagi dengan kepenatan seharian di hospital semalam ..

Bila dia tak tidur , dia buat bising. Bila dia bising , Zahra turut sama join kebisingan tu. Dan wife , tak leh dah nak kawal.. Dia sendiri pun dah pening pala akibat cuaca panas .

Akhirnya , hampir jam 2 pagi .. baru dapat tidur semua. Aku kena pura pura tidur , baru Qhaliff tidur .. Zahra ? Aku tidur kan dulu dengan guna bola gym tu.. heee ..

Dan awal pagi ..

Photo

Photo: Adik dok sedap lena..

Abang bangun..

Dia gi kejutkan adik dia !! 

Grrrr..

Dua dua tidur sebelah menyebelah.. di halang dek bantal dakap yang besar.. Wife tidur sebelah Zahra..

Bila Qhaliff jaga.. dia terus gi kejut adik dia ! Aku yang berusaha tak kasi Zahra jaga supaya dapat bersiap siap untuk gi event , terpaksa batalkan hajat tu !! Argghhhh ..

Dah dua dua bangun .. dua dua mintak perhatian ! Kalau nak tinggalkan bersama wife yang masih tak beberapa segar tu , melampau la kan !! Hurmmm..

Daddy sayang dua dua !

 

Suruh duduk depan ngan daddy , dia merangkak ke belakang.. Nak duduk ngan mak dia yang dok dukung Zahra Nur Iman.

Hurm.. akhirnya tertidur.. Nasib baik la tak jauh jarak perjalanan .. Hurm..

Bila tengok muka Zahra , aku sering terfikir untung nasib dia nanti ..

Photo

Qhaliff lak .. Hurm.. Aku yakin dia akan ikut jejak mak dia .. InshaAllah.. Jangan ikut jejak daddy yer .. Jejak daddy , jejak misteri ! Heeee …

Redakan kepanasan di kepala !

 

Dua hari dah aku sakit kepala ! Rasanya sebab cuaca .. Bila aku letak cool gel ni , barulah terasa lega dan tidur lena ! Kalau tak ? Macam nak pecah kepala woo !

Aku pernah cerita pasal cool gel ni dulu kat blog.. Rasanya berbaloi kalau kat rumah ada satu ni.. Kena senantiasa kasi sejuk dalam peti ais .. Pastu leh terus pakai jer ..hee ..

 

Pergh… rambut pon dah kurang .. nampak sangat makin hensem kebelakangan ni .. Hahahaha .. Rilekssss .. Aku gurau jer ..

Bestnya SOFT COOLING GEL PILLOW kalau letak atas kepala.. Kalau tengah stress , confirm terus tenang jer .. ahaha .. Tak caya , cuba laa.. Kalau takde , guna je kiub ais tu jer .. heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI