Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 26 Jun 2014

Sesungguhnya TRANSFORMER membosankan !

 

Bukan kata aku tapi kata mereka yang dah tengok terlebih dahulu , awal pagi semalam ! Kiranya mereka yang terawal tengok di Malaysia laaa .. hehehe .. Jeles ai okeehh !

Dan pagi tadi , aku gi tengok kat Alamanda dengan blogger Ujang. Aku ingatkan tak ramai waktu tu .. Sebab waktu keje kan .. Hehehe .. Sangkaan aku salah sama sekali. Ramai wooo .. Majoriti lelaki .. hahaha .. Kipas susah mati ni ! Sama cam aku laa eh..

Oh ya… Waktu keluar dari rumah , Qhaliff dan Zahra lom bangun  tidur lagi.. Wife pon baru je tidur semua dengan diorang .. Aku belikan makan pagi siap siap .. Pastu cabut !! Heeeheh…  Bukan selalu .. Wife bukan minat cerita robot robot ni ..

Di Alamanda , aku jumpa Ujang kat GSC. Dia belum beli tiket manakala aku dah beli  , minggu lepas lagi  dengan menggunakan guna app GSC .. Dapat la pilih seat best best .. heee ..

Ujang bagitau aku tempoh masa filem ni adalah 160 minit ! Apaa ???? Lamanyaaa … 2 jam 40 minit tuuu .. Mau kematu punggung lama gitu .. Harap cerita ni tak mendatar cam sebelum ni .. Agak romantik la pulak ..

10.50 pagi.. Masa untuk masuk panggung .. Dan bermulakan cerita yang ditunggu tunggu sekian lamaa… Hero feveret aku nih !!

transformers age of extinction poster 570x889 Transformers: Age of Extinction: New TV Spots & Poster

Ceritanya mengisahkan… bla bla blaa.. pastu si ketua jahat tu bla bla bla … akhirnya mati jugak bla bla bla .. Haaa ..

Hampir kul 2 petang , baru abis ! Perghh.. Kul 3 petang aku ada event kat PICC Putrajaya lak ! Sempat kee ??? Aku pun memandu seperti Bumble Beee ! Lajuuuu kooo !! Cecah laa 80kmj !!

Ok .. kenapa aku kata membosankan ? Aku pernah alami keadaan ni .. Kalau tengok sebelah malam terutama lewat malam .. cerita yang panjang gini ditambah dengan aksi gaduh meleret leret ni , pasti akan mengantukkan penonton ! Yelah , dengan mata mengantuk , badan penat .. pastinya cerita yang best ni , tampak membosankan !

Tapi kalau tengok sebelah siang , confirm tak duduk tenang punya . Cerita yang berjam lamanya ni , jadi singkat jer ! Heee .. Maka , nasihat aku .. Kalau nak layan Transformer ni , sila layan waktu anda tidak keletihan dan mengantuk .. Kalau tidak , rugi duit anda !

Bagi yang bukan peminat film kartun , anda akan dapati film ni tak logik ! Hahahah .. nak logik , gi tengok berita ! Nama pun film apatah lagi ianya kartun.. Confirm la tak logik kan ? Heee ..

Ikut daddy gi bekerja !

 

Balik dari Alamanda ,terus solat Zohor dulu.. pastu keluar semula ke PICC ,Putrajaya. Ada review buffet Ramadhan kat situ.Untuk kali pertama ,aku bawak semua sekali. Wife teringin nak makan ‘kambing’ setelah abis pantang ni.. Ok je aku.

Qhaliff yang dah mencari aku sejak dia terjaga dari tidur , bersungguh nak ikut.. Masuk dalam kereta  , terus lenaaa ! Huhuhuh.. Sehingga sampai PICC ..

Begitu juga dengan Zahra.. Huhuh.. Daddy pon ngantuk woo.. Bangun awal tidur lewat ..

Kalau Qhaliff tidur dalam stroller ni , Zahra mana lak ?

Sehinggalah Qhaliff jaga , tukar giliran tidur dalam tu lak ..

Dan Qhaliff , menceriakan suasana … Layan kek keju dan coklat …

Makanan , sedap sedap wooo ! Antara yang sedap , nasi beraini kambing dan bubur lambuk.. Lain , aku tak sempat rasa sebab bersuai kenal dengan chef kat situ .. heee .. Tambah network !

Berbuka puasa di Kafe DailyFresh

 

Baru-baru ni , aku dan ramai lagi rakan blogger dijemput ke outlet Kafe DailyFresh di KL City Festival yang terletak di Setapak untuk mencuba menu di situ.

Lokasi yang menarik , strategik , mudah parking untuk pergi membelah belah ketika Ramadhan nanti . Hehehe.. Penting ni nanti ! Macam macam ada kat sini.. Mudah nak bershopping dan juga berbuka !

Bayangkan , tengah sedap sedap bershopping , tau tau dah nak masuk waktu berbuka ! Pasti kelam kabut nak cari tempat berbuka kan ?? Hee.. Aku biasa dah kena gitu ! Pasti nak cari juadah yang ringan , sihat sebab pastu nak kena balik rumah pulak. Kalau terlalu kenyang , masalah gak tu ..

Ok ok .. Aku tau .. Sebelum nak berbuka puasa pasti nak tau apakah DailyFesh ni ada sijil HALAL ?

image

Ada kan ? Ok.. boleh aku terus bercerita ?

Hehehehe .. Jadi apa yang menarik sangat DailyFresh ni ? Hurmm.. Kalau dulu la kan .. Aku mmg tak singgah outlet ni sbb tak tau sangat pasal DailyFresh ni. Apa yang aku nampak cumalah cupcorn yang aku mana aku berpendapat sama je cam cupcorn yang lain.. heee ..

Dan peluang ini aku gunakan sebaik mungkin .. Aku nak rasa semua yang ada kat sini ! Hehehehe ..

Rakan blogger , RZ .. founder blog www.razzwey.com turut sama menemani aku di sini ..

Kan sini ada pelbagai pilihan sewaktu nak berbuka. Nak minum air panas ada .. nak air sejuk ada .. Haaa.. Pilih jer ! Jangan segan segan ..  Janji bayar .. Heee..

Murah ! Takde la mahal mana pon kan ? Antara pilihan yang aku syorkan kat sini ialah semua ! Hehehe .. Sedap ok ! Apatah lagi bila tengah lapar sangat ! Tapi jangan la gi order semua.. Makan skit skit .. Nikmati juadah dengan disiplin.. Baru enak rasanya ..

Pastinya ada anak kecil yang ikut sama kan ? Untuk diamkan mereka , apa kata bagi Gelato Tempo yang sedap ni ! Sedap ok !! Aku siap tapau bawak balik rumah lagi.. Tak sempat masuk kereta , dah abis sewaktu berjalan kaki tu.. heee ..

Tak nak kasi Gelato Tempo , leh kasi Ice Kimo ! Hurmm.. masih terasa di hujung lidah kesedapnnya.. Aku syorkan cuba perisa strawberi tu.. Yang merah tuuuu .. heee..

Cupcorn ! Memang terbaik rasanya ! Segar dari ladang !! Meletup letup di dalam mulut setiap kali butiran jagung ni masuk ke dalam mulut aku .. Huhuh.. Sedap !

Cupcorn kat sini bukan satu jenis je ada .. Ada  5 jenis ! Haaa ..

Aku suka Garlic Cheese dan Sweetened Milk.. Aku tapau kasi kat wife .. dia pon suka ! Siap tanya mintak lagi ! Huhhhh…

Kalau nak berat skit .. Leh makan Wafito. Takde la berat mana pon.. Nampak je cam tebal tapi bila ada di depan mata , dan rasa .. Hurmm… ringan je masuk ke dalam perut ! Sedap pon sedap .. Kiranya menyihatkan la kan ? Takde la sampai nak mengah bila makan ..

Ada  perisa .Coco Deluxe, Pandan, Coffee dan Mocha. Semua menyelerakan !

Dan ini ! Ini haaa .. Serius haaa .. Pastikan korang beli dan bawak balik ke rumah !

POPCORN !! Sila beli lebih sebab nanti berebut ! Tak caya ? Sila la percayaaa ..

Ada perisa Caramel, Spicy Curry, Seaweed, Black Sesame dan Honey Dew . Tiada MSG yer !!

Haaa.. Kan dah kata ! Qhaliff makan sorang dia je !! Abis tak kasi bapak dia ni ! Huhhhh..

Ok , sempena Ramadhan nanti , DailyFresh ada buat promotion untuk korang nanti  ..Ini promosi terhad tauu .. Kena cepat dapatkan ..

Ramadan Promotion Virtual

Dan khas untuk pembaca di blog aku ni , sila print vaucher ni ! Pastu gunakan bila gi ke DailyFresh ! Untung sihhhh … Sedap wooooo cupcorn ni ..

Print

Senarai outlets DailyFresh di Malaysia , boleh rujuk di SINI . Ok ? Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak !

Semakin bersemangat berblogging !

 

Sebagai penulis blog , aku tak tau sapa yang follow dan baca tulisan kita setiap kali aku update .. Yang pasti aku berusaha menulis dari hati dan sejujur yang boleh. Mana yang boleh aku elakkan , aku cuba elakkan .. Berkat teguran rakan rakan pembaca , yang prihatin terhadap isi kandungan terutama bila ada isu yang mampu mengaibkan orang lain maka aku akan padam dan elakkan ..

Semakin hari semakin berusaha mematangkan fikiran. Hurm..

Dan aku dapat satu mesej di Facebook yang menaikkan lagi semangat menulis aku !

" Salam Tuan Ben, semlm saya ada baca status tuan ttg wartawan dan baca komen2 menarik yang "menhentam" pendapat tuan. Saya sendiri seorang wartawan dan kini editor majalah xxxxxxx
bahasa Inggeris.... dan saya sokong apa yang Tuan katakan. Tu aje... entah mana silapnya mereka yang tak paham apa yang tuan hendak sampaikan. Dan ya.... mmg ramai wartawan, nak2 yg muda, yang perasan bagus.
"

Bla bla bla .. dan sahabat tu membalasnya ..

Betul... dan saya bersyukur amat kerana saya bukan wartawan dlm bidang sensasi.... pening lihat tingkah laku mereka akhir2 ini...maaf ckp.. nak2 pulak dr cabang hiburan... saya yg dah lbh 25 tahun dlm bidang hanya lihat dgn rasa kecewa. “.

Dan ..

“ bla bla bla … terima kasih juga dr kami pembaca blog tuan yang sering terhibur dgn entri2 menarik “.

 

Terharu gue ! Serius ! Tak perlu buat duck face dah aku untuk tarik pembaca ke blog aku ! Hahahahhaha .. Gurau jer ..

Memadailah menulis dengan hati .. Pasti ada yang terhibur !  Satu penghormatan buat semua rakan blogger yang menulis kerana minat !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI