Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 Jun 2014

NGM8 : Stok untuk Ramadhan ..

 

Esok , kita akan mula berpuasa .. Aku , standby dah stok aku dan famili aku.. Aku kasi kat mak aku 4 kotak , dan baki untuk aku dan wife .. Heeeee.. Qhaliff , sesekali dia layan…

InshaAllah .. Nak kata mampu tahan lapar dan dahaga tu bohong la kan.. Tapi kalau untuk menambah kesegaran di sebelah siang setelah mengambilnya sebelum tidur , untuk bangun sahur dengan lebih riang tu , inshaAllah ..

Ini kali ke .. hurm.. rasanya dah 10 kotak aku amik susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni dan ianya amat serasi sekali dengan aku.. Aku test gak jenama yang satu lagi tu.. Tak sesedap yang ni .. huhu ..

Dan ramai kawan kawan blogger , aku dah suruh diorang test cuba try Susu Nutri Goat Miracle 8 ni.. Kesannya ? Hehehehe .. Nanti korang akan nampak diorang bercerita la kat Facebook mereka.. hehehe ..

Photo: Stok ramadhan..utk parents gak.. Nutri Goat Miracle 8..Heee..

#NGM8

Adik aku sendiri dah order untuk dia sekeluarga .. Menurut mak aku , adik ipar kata susu kambing yang ni bagus lepas dia baca kandungannya.. Aku tak nafikan !

Tak mahal mana pon .. nak cuba boleh jer .. Kiranya kalau tak serasi pon , tak de la terkilan mana pon membelinya sbb tak mahal sangat ..

Kalau serasi ? Lebih baik beli banyak skit sbb stok terhad.. Huhuhuh..

Selamat berpuasa .. Jaga hati .. Jaga perut .. heee..

Lupa lak.. nak order kat sapa ? Sila sila sms / call : 019349 7868 .. Puan Sha .

Tips tidur nyenyakan bayi ..

 

Setiap kali wife gagal tidurkan Zahra , aku jadi penyelamat .. Hehehe.. Cara ni aku pernah gunakan pada Qhaliff dan ianya mujarab !

Heeee.. I likeeeee …

Kalau ada buaian , mmg sedap laaa .. Aku malas nak letak dalam buaian.. Maka aku duduk atas bola gym ni jer .. Pastu ? Haaa.. Melantun lantun laaa .. Buat perlahan lahan.. Memang kejap je lena !

Buffet Ramadan @ PICC MALAYSIA

 

Yer ! Serius sedap !! Heeee.. Aku dah gi dahh ari tu.. Preview Buffet Ramadhan di Picc , Putrajaya . Macam macam makanan ada .. Itu baru preview jer .. Nanti masa Ramadhan nanti , lebih 200 hidangan akan disajikan buat pengunjung.

Antara hidangannya ? Antara hidangan utama adalah Gulai Tunjang , Briyani PICC , kambing panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dan hidangan berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.

Bufet menampilkan hidangan mengikut tema seperti “ Pembuka Selera” , “ Sup Masyuk Berasap “ , Gerai Utama PICC , “ Mangkuk Panas “ , “ Kawah Berapi “ , “ Sejuk Badan “ , “ Kebun Buah Pak Rusmie “ dan “ Dahaga “ .

Hurmm .. Jom layan dulu ..

Selain dari apa yang korang nampak , nanti akan ada Bubur Lambuk PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Bubur Pulut Hitam , Pengat Labu , Pengat Pisang , Bubur Cha Cha dan Bubur Gandumm.

Tamo makan hidangan melayu ? Boring dah ? Ok .. Ada hidangan lain seperti pasta , spagetti , Fettucine , Penne , Linguine , Aglio Olio dan banyak lagi !!

Chef yang terlibat dalam pembikinan makanan yang sedap sedap belaka ini !!

Amacam ? Berapa harga ? Pakej berbuka ini bermula pada 30 Jun hingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran sebanyak RM80 utk dewasa dan RM40 utk kanak kanak. Bagi kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah , percuma jer ..

Bufet akan bermula dari jam 6.30 ptg hingga 10 malam. Pada minggu pertama pengenalan ( 30 Jun – 6 Julai 2014 ) , diskaun 10% diberikan. Bermakna , dewasa cuma RM72 dan kanak kanak RM36 saja.

Sambil makan , akan persembahan dari Rosma .. Heee.. Sambil layan persembahan , akan ada cabutan bertuah khas untuk pengunjung bertuah !! Heeee ..

Surau ? Jangan risauuu .. PICC menyediakan ruang untuk solat Maghrib dan solat Terawih.

Amacam ? Menarik ? Heee.. sila tempah sekarang ! Sila hubungi  03-8887 6000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my . Laman web rasmi , www.picc.com.my atau ke Facebook mereka iaitu di , www.facebook.com/piccmalaysia.

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak !

GENOVASI mengubah cara pemikiran aku !

 

Baru-baru ni , aku dan beberapa orang rakan blogger dijemput ke GENOVASI yang terletak di Petaling Jaya. Tujuannya adalah untuk pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh mereka iaitu DESIGN THINKING ! Sangat menarik !!!

GENOVASI adalah dari perkataan GENERASI INOVASI. DESIGN THINKING ni secara umumnya mengajar dan mendidik para peserta menyelesaikan masalah dgn mencipta (inovasi ) dengan cara yang betul.

Sememangnya aku cukup tertarik dengan konsep mereka di sana ! BEBAS !! Tapi berdisplin .. Cara begini mmg membuatkan kita mampu berfikir di luar kotak dengan lebih teratur.

Ruang legar yang boleh berubah dalam sekelip mata atas permintaan mereka yang hadiri kelas atau kursus di sini. Sangat cool !!

Bayangkan jika gelengang bolasepak ni ada dalam pejabat anda ada … Hee.. Cool kan ?

Selepas selesai ‘tour’ di GENOVASI , kami diberi penerangan oleh salah seorang tenaga pengajar di situ .. Dan seterusnya cabaran yg sangat menarik dan menduga minda ! Cabaran yang nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan daya pemikiran dan kreativiti ..

Bloggers dipecahkan kepada beberapa kumpulan . Kes diberi ..

“ Encik Ismail, seorang bekas peninju yang telah bersara menghidapi arthritis. Dan penyakit ini menyebabkannya sukar untuk menulis bahkan untuk mengambil pen yang diletakkan atas meja juga sudah cukup menyukarkan. Blogger perlu memikirkan cara untuk memudahkan Encik Ismail menulis seterusnya mencipta prototaip idea mereka dengan bahan terpakai .. dalam masa beberapa minit  saja yer  ! “ .

( Kaitkan dengan blog ! Blogger nampak ‘ masalah ‘ . Apa yg perlu mereka buat ? Monolog saja ? Update ke FB atau blog saja tanpa ada mencari jalan penyelesaian ? )

Diberikan 5 langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap langkah ada beberapa minit saja. Beberapa blogger dapat siapkan prototaip mereka. Disini boleh nampak kreativiti dan daya pemikiran blogger sebenar ! Heeee ..

Ok .. Seharian berada di sini .. secara jujurnya  ianya mengubah cara pemikiran aku yg selama ini berfikir dan menyelesaikan masalah dengan tidak teratur kepada lebih teratur ! Dan ilmu ini sangatlah berguna buat semua orang terutama yang bekerja dengan melibatkan orang ramai !

Jadi , aku syorkan korang .. korang syorkan bos korang untuk buat kursus ringkas kat sini .. Santai ! Tapi bermanfaat !!!

Untuk lebih lanjut , korang leh ke :

Dan buat mereka yang inginkan cabaran dengan join contest anjuran GENOVASI .. Ada hadiah menarik menanti anda !

Name the Genovasi Blog Cont:  23 Jun 2014 hingga 27 Jun 2014

12 Commandments Contest: 26 Jun 2014 hingga 3 Julai 2014

Q&A Contest Week 1: 1 Julai 2014 hingga 4 Julai 2014

Q&A Contest Week 2: 7 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014

Content Sharing Contest: 14 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014

Favourite Quotes Contest : 18 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014

Q&A Contest Week 3: 28 Julai 2014 hingga 1 Ogos 2014

 

Bagi pengumuman pemenang pula, berikut adalah tarikhnya :

Name the Genovasi Blog Contest : 5 Julai 2014

12 Commandments Contest: 11 Julai 2014

Q&A Contest Week 1: 5 Julai 2014

Q&A Contest Week 2 : 11 Julai 2014

Content Sharing Contest : 30 Julai 2014

Favourite Quotes Contest : 31 Julai 2014

Q&A Contest Week 3: 2 Ogos 2014

 

SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA BERJAYA !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI