Isnin, 30 Jun 2014

Sidang akhbar ‘ SELUDUP ‘

 

Bertempat di restoran Serai , KL LIFE .. SELEDUP telah selamat dilancarkan dengan jayanya ! Heeee..

Drama karya dan arahan Jehan Miskin ini bakal dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri. Ianya berkisarkan isu penyeludupan haram yang berlaku di negara ini .

Sesuatu yang menarik mengenai SELUDUP ini ialah , pemilihan para pelakon tambahan nanti ! Haaaa .. Sapa sapa boleh jadi jadi pelakon dalam drama bersiri ini !

Apa syaratnya ? Mudah sangat jer  ! Hantarkan saja video uji bakat anda sekarang di bit.ly/Seludup disamping anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM15 ribu !!

Step-by-Step Facebook Contest

Jangan lupa follow :

Facebook - https://www.facebook.com/Seludup

Instagram - http://instagram.com/seludup 

Tunggu apa lagi ? Jom la cuba nasib .. Heee.. Untung untung , ada jugak rakan pembaca blog aku ni dah jadi artis .. heeee..

Perbaharui lesen memandu anda !

 

image

Alhamdulillah.. Selesai satu masalah aku.. Punya la dok pening kat mana nak gi renew lesen aku ni ! Ingatkan nak kena gi JPJ sebab dgr kata buat kad baru ala ala Mykad dan perlukan gambar terbaru ! Aku malas nak sengih dengan kamera dah skang ni .. Huhuh..

Pastu teringat kawan aku yang gi renew lesennya yang dah mati di pejabat pos  , Giant Nilai. Whatsapp dan tanya prosedur .. Bawak Mykad dan lesen jer .. Nanti diorang tau la buat camana ..

Dan , settle ! Tak lama pun tunggu .. Qhaliff gi tengok fish dengan ibunya dan aku gi tunggu jap kat pejabat pos .. Bila giliran aku tiba, tak sampai 5 minit , segalanya settle ..

Aku buat 5 tahun terus ! Tarikh lupus lesen tu , pada hari jadi aku di tahun 2019.. Bayaran ? RM152 jer .. Heeee.. Malas nak pk dah pasal lesen.. Settle !

Esok nak gi service kereta lak .. Hurmm… Jenuh menunggu ! Kalau tak puasa , boleh lantak air yang disediakan kat situ ! Ni puasa , apa aku nak buat kat situ ? Letih nak nganga lama lama ..

Maafkan saya yer , kawan !

 

Sorang menangis .. Sorang lagi dok buat ‘karenah’ . Perghhh .. Sememangnya dugaan di bulan Ramadhan ni.. Kawal diri. Ingatkan diri , orang lain lagi teruk ! Aku cuma perlu layan karenah kecil anak aku jer !

Dan hasilnya .. Aku terdelete 100 komen pada hampir 10 entri terkini aku ! Adehhh …

image

Haihh.. aku ingat aku bukak bahagian ‘awaiting moderation’ tapi .. rupanya tang Published ! Klik semua comment dan kononnya nak klik publish.. padaha , gi klik Delete ! Selamat jalan romeo ! Adehhh .. Tak leh undo pulak tuu.. Hahahaha ..

Maaf yer.. ni kali kedua terbuat dalam tempoh 6 tahun blogging.. Yearghh.. kepala tengok lain , otak pikir lain.. Jadi lagi gitu ..

Siapa sangka , kan ?

 

Serius aku tak sangka dan tak berharap sangat tapi dah inilah dinamapak rezeki ! Syukur Alhamdulillah.. Sekurangnya , ramai bukak mata .. tak semestinya kena cantik , bergaya , muda baru berpeluang nak muncul dalam Tv atau pun majalah ..

Sepanjang aku berblogging .. dari tahun 2008 hingga sekarang , rupanya dah banyak juga aku muncul dalam tv dan majalah.. Aku kemaskini semalam ruangan DALAM MEDIA MASSA di blog aku ni.. barulah aku perasan , dah banyak rupanya ! Hurm… Terima kasih la atas peluang peluang ni ..

Antaranya ? Hurmm … Bermula dari majalah kesihatan , RAPI seterusnya TV1, TV3 9 ( NONA , WHI ) dan mcm mcm lagi  majalah .. Huhuh…

image

image

[IMAG01563.jpg]

Lagi ? Huhuh.. Gi la tengok kat SINI .. Banyak nak kena copy paste .. Huhuhu ..

Siapa sangka kan ? Semuanya , kerana sokongan korang jugak .. Terima kasih yer .. Doakan agar aku terus berkarya ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI