Selasa, 1 Julai 2014

Perlukah buaian automatik ?

 

Photo

Hurm… kalau dukung , dia diam.. dan lena ! Kalau letak atas tilam dia .. mata mula terbuka disusuli lagu Intan Ku Kesepian .. Dan daddy pon kembali dukung dia .. Lantas .. krik..kkrik..krikkk…

Perghh… boleh bentan tulang belakang dan pinggang kalau nak dukung je gini .. Keje pon tak leh nak buat gak wooo ..

Maka .. aku usulkan pada wife ..

“ Belikan buaian elektrik tu jer laaa . Confirm lena .. “

Tapi Qhaliff tak kacau kah ??

Photo

Hero Malaya ni pon kena waspada dengan dia .. Dah pandai cemburu skang ni .. Nampak dah dia mula nak berebut barang dengan adik dia .. Hurmm …

Macam best je kan ? Huhu ..

Zahra oh Zahra ..

 

Setiap malam , masalah sama menjelma.. Qhaliff asyik tidur lewat. Kul 12 malam baru nak dapat lena. Selagi tak lena , dia akan kacau semua orang ! Dan kesannya .. Budak bawah ni , tak dapat lena ..

Photo

Dan aku jugak laaa kena gi selesaikan masalah ini .. Guna bola gym , berzikir sambil ‘buaikan’ dia .. Baru dapat lenaaa …

Dah lena diorang , barulah aku dapat buat kerja aku .. Hurmm… Idea pon dah banyak lari .. Sebelum nak menaip , tau nak update apa.. Dah pegang laptop , idea lari entah kemana ..

Akhirnya … aku join sama tidur .. Huhhh…

Jangan ditanya mereka !

 

“ Bila nak kawin ? “

“ Bila nak ada anak ni ? “

“ Bila nak tambah anak ni ? “

Soalan soalan gini kekadang sememangnya mengundang bala pada diri sendiri ! Jika salah tanya , maka makianlah dapat ! Segalanya bergantung pada cara bertanya dan situasi ..

Photo

Aku pernah rasa.. Baru setahun kawin , dah tanya macam macam.. Siap nak ajar la camana nak dapat anak lelaki , perempuan .. Ada yang siap berlagak kononnya ‘ sharp shooter ‘ laaa.. Iskhhh..

Semua tu , kerja Allah. Kita mampu berusaha ( pastikan berusaha yer ) , Allah yang menentukan .. Jangan la sombong dan berlagak yer ..

Dan kalau ada cadangan yang bernas tu , boleh la syorkan pada mereka.. Pastikan tidak menyalahi Islam dah la .. noooo .. Kang ada suruh bukan bukan lak.. Macam macam gak tips dan petua ngarut aku dengar.. hurmmm…

Hidup mati kita , Allah yang tentukan.. Segalanya adalah ujian untuk kita..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI