Rabu, 2 Julai 2014

Tips Bayi : Panas tanda demam ?

 

Hari tu , balik dari Kelantan singgah sat Cameron Highland. Tapi tak la tidur situ. Sekadar singgah jumpa orang tua aku yang sedang bercuti dengan adik beradik aku yang lain ..

Bertolak awal pagi dan sampai lewat malam ! Satu kesilapan yang tak patut aku buat tapi bak kata orang , ditelan mati anak .. diluar mati la aku ! Nak tak nak singgah la juga sbb dah dekat .. Er , dekat tak dekat la gak.. makan  2 jam gak kalau dari Gua Musang tu.. hurmm..

Sampai rumah , dia meragam .. Tak nak tidur ! Badan pon panas .. Qhaliff pon gitu gak .. Periksa suhu badan , normal.. Tak la demam .. Jadi ??

Puas la tidurkan dia .. Menangis.. Qhaliff pon liat la nak tidur ! Tapi bila dah dapat tidur , tu diaaaa… Lena giler ! Berpanjangan !! Bangun , tidur balik .. Seharian ..

Selepas tu , badan tak panas dah ! Alhamdulillah ..

Ada yang terlupa .. budak kecik ni , tak macam orang dewasa ! Tenaga mereka ni , tak sama cam kita.. Baru berjalan beberapa langkah pon dah penat ! Apatah lagi kalau duduk dalam kereta untuk perjalanan yang jauh .. Pastinya akan jadi sangat penat.. Bila penat dan tak cukup tidur , badan akan panas .. Perlukan air yg secukupnya.. Sayangnya budak kecik ni bukan nak paham yang diorang kena minum air dengan jumlah yang banyak !

Jadi , ibu bapa cam aku ni kena la alert .. Budak kecik size Zahra ni , nak jalan jauh , pastikan selepas tu dapat rehat atau tidur lena yang secukupnya ! Jangan dibawak berjalan pulak keesokkan harinya.. Memang laa akan demam budak tu nanti !

Ini pengalaman aku la.. Kalau korang , aku tak pasti ..Heee.. Sila berkongsi ..

Zahra Nur Iman dilarang keluar malam !

 

Hurm.. Asal balik je lepas Maghrib , mesti dia akan menangis teruk punya ! Kalau duduk rumah seharian , dia ok jer.. Lepas Maghrib , confirm lena je tidur ! Apakah sebab masih lagi baby ?

Berapa umur dia ? Lagi 6 hari , genap 2 bulan .. Hurm..

Photo

Semalam , gi berbuka umah mak aku.. Dalam kul 10 malam baru sampai umah aku gitu … Kalau dia tak leh balik lewat malam , bermakna pasni tak leh la gi sana dah ? Atau kena tidur sana je .. Pagi baru balik .. Hurmmm ..

Kalau dia menangis tak henti , apa aku buat ? Hurm.. Aku azankan kat telinga dia dan zikir di telinga dia .. Alhamdulillah , menjadi setakat ni .. Dengan izin Allah ..

Aku harap , nanti dah besar pon gini gak laa.. Tak leh keluar lewat malam ! Sebelum Maghrib , mesti ada rumah ! Kalau tak … daddy jadi IRON MAN ! Siap !!

Tak sesuai rambut panjang !

 

“ Ben , tak nak gunting rambut Qhaliff ke ? “ .

Hurm.. tahukah anda , aku cemburu tengok rambut dia tu ! Haaa.. Idam woo aku dengan rambut dia tuuu .. Tapi kalau sekarang ni aku berambut cam tu , nampak sangat la aku ni buang tebiat ! Dah tua gini nak wat style gitu.. Mana sesuai dong ! Buruk banget !!

Ramai kawan kawan aku malah isteri aku suruh potong rambut Qhaliff ! Aku tamoooo .. Apasal lak ? Terikat sungguh kita dengan , anak lelaki berambut pendek dan anak perempuan biar panjang mengurai !

Aku nak wat rambut Qhaliff cam budak ni .. Haaa .. Comel peee ..

Haaa.. Dari aku puji anak orang comel .. Dan anak sendiri , rambut digonjengkan .. Baik aku buat anak aku kelihatan comel kan ? Haaaa ..

Cam isteri  / laki orang kita puji cantik / hensem tapi laki / isteri kita sendiri , tak kasi comel atau kacak bergaya ! Takut kena kebas alasannya .. Haaa ..

Photo

Tak selesa ? Tak kemas ? Alaaa.. Semua tu atas kita sendiri ! Kasi sikat dan letak la minnyak skit kasi kemas ! Panas ? Yang suruh berjemur tengah panas tu apahal ? Duduk dalam rumah je pon .. Sesekali je keluar !

Dah sekolah tu , lain cerita laaa .. Kena la pendek kan ? Bukannya suruh panjang sampai ke tua tu haaa..

Lelaki boleh berambut panjang .. tapi sebaik baiknya janganlah menyerupai perempuan .. Kemas , bersih dan rapi.. Rasulullah s.a.w sendiri berambut panjang .. Tapi kalau kita nak berambut panjang , biarlah kerana nak mencontohi Rasulullah s.a.w… bukan kerana nak ikut mana mana artis atau selebriti.. kan ? ( Rujuk SINI )

Dalam kes Qhaliff sebenarnya , dia tamo potong haaaa.. Asal masuk salon , dia menjerit ! Asal nampak gunting , dia menjerit ! Menjerit sampai kuar anak tekak lak tu ! Kang orang ingat aku dok dera anak lak ! Haaa ..

Camana pon , nak kena gunting rambut tu sikit terutama belakang tu ..

Photo: Haitttt..

Sebelum raya ni , kita kasi pendek sama ini rambut haaa !! Tapi tamo la pendek sangat ! Nampak bulat pulak dia nanti .. Pendek , tunggu zaman sekolah nanti ! Buat masa sekarang , biar kasi nampak comel… Heeee …

‘ Jual organ ‘ tidak berasas ?

 

Dinafikan ! Tapi mengapa cerita begini tersebar luas ? Satu demi satu kes penculikan berlaku dan disebarkan di media sosial .. Hurmm… benarkah ianya cuma cerita dongeng yang sengaja disebarkan ?

image

Hurmmm … Kalaulah ianya cerita palsu , harap pihak berwajib silalah buat siasatan  dan tangkap la dalang yang cerita palsu ni .. Haaa.. Buktikan yang ianya cerita palsu.

Bukan apa.. Sekarang ni nak lepas anak depan rumah .. malah dalam halaman rumah sendiri pon tak brani dah ! Takkan nak keluar jenjalan depan rumah sambil pegang kayu besbol atau parang kot ? Yelah , nak usung pistol .. takde kan ? Kita bukan anak VVVIP leh upah bodyguard bersenjata api ..

Hurm.. Nak tidur dalam rumah sendiri pon dah takut sekarang ni !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI