Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Julai 2014

Apa la nak jadi …

 

Hurm.. Sebenarnya kan , aku takut nak masuk Bukit Bintang malam malam .. Menakutkan ! Mungkin ada bagi sesetengah orang , tempat tu tampak ‘hot’ dan ‘cool’ ! Tapi bagi aku , ianya menunggu ‘masa saja ‘ .. Semoga Allah lindungi Malaysia dari bala bencana.

Kes terbaru.. Dulu pasa Hard Rock Cafe di Putrajaya.. Alasan dia ketika tu , mmg buat rakan rakan di Facebook mencabut bulu ketiak masing masing .. utk berhenti ketawa..

Skang ni timbul isu baru lak ..

Photo: Nak berjoget.. nak minum arak sampai ke pagi .. tak pe.. Okeh jer..

I like..

Makin pelik pelik laaaa ..

Apa ni ? Takkan nak buat kebaikan pun tak boleh dah ? Aiseyman ..  Alasannya tu kan .. aishh .. Aishh .. Korang gi la baca sendiri ! Aku nak cerita pon , buat terasa macam .. Hurmm..

Sepatutnya cari jalan penyelesaian. Bukan buat cara begini. Nak ‘bersihkan’ Kuala Lumpur ? Yeke ?? Cehhh .. Yolaahh tuuuu .. Aku membesar kat Kuala Lumpur.. Duk main area Bukit Bintang sejak sekolah lagi.. Bersih mendanya.. Makin ‘kotor’ dengan maksiat ! Huhhh..

Kekadang aku tak paham cara dia ni berfikir. Patutlah masa aku keje dibawah dia , yang nampak lebih ‘berjaya’ adalah timbalan dia .. Dia ? Huhhh.. Malas citer ! Bosan !!

Nak kasi orang susah makan pon susah .. Dah la orang senang , senang nak makan !

Qhaliff terselamat lagi !!

 

Aku pandang Qhaliff .. Hurmm.. Ok , aku nekad ! Aku ajak wife keluar gi Bangi tengahari nanti ! Tak kira dah ! Bukanlah nak dera dia pon .. Tapi terpaksa !

Sampai Bangi .. Sukaaa dia … Dapat jenjalan sana sini ..

“ Qhaliff jangan nangis yer .. “ . Aku bagitau dia .. Dan dia jawab dalam bahasa Jerman .. Ok je laa.. Asal dia paham dan aku tak paham dah ..

Hurm.. Masuk satu demi satu tempat yang dikehendaki tapi sayangnya … Semua tak nak ! Haihhh .. Masalah pulak ! Tempat biasa gi tu , dah tak de ! Iskh.. Takkan dah bankrupt kot ?

“ Kita gi Alamanda je la .. “. Ajak aku dan wife setuju.. Naik je kereta , Qhaliff mintak makanan yang dia amik sendiri tadi.. Nak sangat makan ..

Photo

Bersungguh dia makan.. Pastu minum air milo kegemaran dia .. Tak lama kemudian ? Cer teka apa berlaku  ? Yerrrrrr !! Dia tidur !! Dia tidur hingga aku dan wife abis shopping beli barang dapur !

Photo

Hingga sampai ke rumah ! Masuk je rumah , dia jaga dan ceria !! Sekali lagi dia berjaya menyelamatkan rambutnya ! Hiskhhh …

“ Daddy ke Ba ? “

 

Aku suruh dia panggil aku ‘daddy’ .. Tapi dia dok sebut ‘ Ba ‘ ! Huhu.. Apakah dah memang sah keturunan dari Penang ?

Huhuh.. Sebabnya , aku sendiri panggil ayah aku , ‘ Ba’ .. Sepupu sepupu aku di Penang pun panggil ayah mereka , ‘Ba’.. Dan ini sorang lagi ..

Photo

Hurmmm.. Ba pon Ba laaa .. Jangan ditambang Ngang dah …

Lasak sangat !

 

Aku nampak tenang padahal , dalam kepala aku sejuta menda nak pikir ! Hurmmm .. Pening ! Dan Qhaliff , di usia dia gini .. semain nak explore pelbagai menda ! Ditahan , menjerit .. dibiar , risau datang masalah ..

Dan .. dia belajar sesuatu hari ni !

Photo: Haih.. makin lasak laaaaaa dia ni.. Kan dah lukaa..

Nasib kena kat kening dia .. Luka sikit jer ! Hurmm.. Terus tak berani dia nak gi main sana lagi .. Haihhhh ..

Nak tidur , pon dia masih aktif lagi ! Dok melompat lompat kat mak dia .. Risau kena adik dia . Daddy bertukar jadi Thor.. Thorbalek terus dia .. lena terus pastu .. Hurmm..

Bila semua dah lena .. aku baru leh korek idea nak update apa.. Tapi sebelum tu , dah janji ngan wife nak mop rumah dulu.. Macam macam perisa ada atas lantai .. Hurm…

Baru 2 orang anak .. huhu .. Tak mengeluh.. Sekadar nak bagitau kat mereka yang anggap jaga anak ni senang jer.. Ingat yer , jaga sendiri tau.. Takde maid mahupun orang tua tolong jagakan .. Celik mata jer , dah mula tanggungjawab !

Hurm.. Bila Allah belum kurniakan rezeki buat kita , pasti bersebab.. Bila dah kurniakan pada kita , pasti bersebab juga !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI