Jumaat, 4 Julai 2014

Anak ayah ..

 

Aku tidur jam 3 pagi selepas siapkan advertorial.. Tu pun tak abis gak sebab buntu .. takde idea .. Penat minda kot ..

Sahur tadi , wife kejut.. Masak makanan kegemaran aku sejak hari pertama puasa.. Telur dan kicap .. hehee.. Aku suka gitu .. Ringan.. Dan susu Nutri Goat Miracle 8.

Plan nak tidur jap lepas solat subuh hingga jam 8 pagi. Kul 10 , aku ada meeting ngan .. heee.. Tu isu lain..

Tapi dok terdengar Zahra merengek jer .. Aku tanya wife nape .. Dia dah gitu sejak jam 4 pagi lagi ! Lorrr.. Apasal tak kejut ? Hurmm.. Sakit kepala dah dia.. Sian ..

Aku amik , dukung dan duduk atas bola gym.. 5 minit .. Lena terus ! Huhuhuh…

Anak ayahkah ??

FELIXIA oh FELIXIA ..

 

Photo: Tahniah Felixia .. ( dia nak kekalkan nama lama dia )

Pedulikkan komen  mereka yg dah confirm ' ahli syurga'..

Pernah bekerja sekali je ngan dia.. Orangnya peramah dan tak sangka la dia kenal aku.. Hahahaha .. Ok ok .. Ni bukan isu utama.. Tu lain isu..

Alhamdulillah.. Dah jadi saudara seagama aku.. Tahniah ! Semoga Allah lindungi anda..

Ok.. Apa isunya ? Hurmm.. komentar komentar di fan page dia tuu ! Perghhh… Serius , mmg macam .. hurmmm.. Ada yang gembira.. Tu normal laa.. Ada yang mengeji ! Ada yang mengkritik !

Hurm.. Ok.. paham paham je la kan kenapa dia dikritik dan dikeji.. Macam macam tohmahan dilemparkan seolah mereka tu Tuhan ! Tau segala galanya laaa !

Yang lepas tu , lepas laa.. Apa yang patut kita buat ialah doakan dia agar terus berada dalam lindungan Allah.. Semoga terus mendalami Islam. Kita yang ISLAM sejak lahir pon lom tentu mcm dia haaa.. Contoh cam Dr.Ridzuan Tee ..

Pastu la kan.. Ada satu je aku nak tegur.. Mungkin dia dalam proses nak mengubahnya tapi sepatutnya la kan.. lama dah dia ubahnya.. Header di blognya tu .. Kalau rasa belum ada masa nak ubah atau tunggu siap , sebaiknya turunkan dulu laa.. Ke ubah dah ? Sat nak tengok .. Ok .confirm sehingga jam 3 pagi ( Jumaat , 4/7 ) lom  ubah lagi.. Harap dapat amik tindakan la yer ..

Selain dari tu .. apa jua yang anda buat , hanya anda dan Allah saja mengetahui. Tak yah la nak kalut dengan orang lain .. Kan kan ? Lantak diorang la .. Selagi mana kita tak buat salah dan dosa , kita abaikan je mereka .. Ok ? Heee.. Macam bagi nasihat kat anak lak .. huhu ..

SoyFresh HERSHEY’S vs Dutch Lady !

 

Wife aku kata .. Dia dengar la orang kata .. Sedap yang ni .. Ok , fine.. Aku beli dua terus ! Untuk apa ? Untuk rasa dan seterusnya berikan pendapat aku di dalam blog aku , sendiri !

Hurmmm.. Sedap ? Aku pun rasa .. seteguk.. Hurm.. Seteguk lagi ..

Kesimpulan ! Aku suka lagi Dutch Lady punya ! Lebih pekat dan terasa coklatnya ..Hehehehe ..

Yang pasti , kalau sekotak aku minum susu coklat ni , esok pagi .. tandas adalah milik aku ! Memulas weh ! Tapi itu tidak menghalang aku untuk terus mencintai susu coklat , tak kira apa brand pon ! Semua aku suka .. Hehehehe ..

Ini bukan review produk yer.. Ini namanya cerita kosong .. Kalau review produk , kena bagi semua info penting berkenaan produk berkenaan.. Hehehehe ..

Pastu sila la bayar .. Nak free je memanjang .. Letih ar ! Blogger pon nak hidup gak ! Awak je nak kaya ?

Bila REVIEW PRODUK !

 

“ Ben , boleh tak awak review produk saya ? Saya ada menjual.. bla bla bla .. “ .

 

“ Boleh .. Produk apa tu yer ? “ .

 

“ Makanan.. Nanti saya pos dan awak cuba laa .. Nanti awak cerita la kat blog awak .. “ .

 

5 tahun dulu , ok la.. Aku seronok la sebab dapat kepercayaan peniaga online ni .. Tapi sekarang aku lagi seronok ! Cuma yang tak seronoknya , ada yang fikir memadai dengan memberikan produk pada aku ! Tanpa bayaran !!

Erk .. Kalau produk tu memberi kesan negatif pada aku camana ? Contoh sakit perut atau alahan ? Sapa nak bertanggungjawab ? Haaa .. haaa .. tak tauuu ! Salah sendiri la kan ! Sapa suruh terima tanpa bertanya macam macam !

Bila mintak bayaran ? Ada yang kata blogger ni nak demand la pulak ! Olooooo .. Sampai gitu sekali ! Dah bagi produk , mintak pulak bayaran !

Gini laa yer .. Cuba fikir .. Blogger kena dapatkan kepercayaan pembacanya bila review produk ni ! Nak kena cerita ibarat menarik tepung dalam rambut..Eh ,salah.. menarik rambut dalam tepung .. Nak kena jaga hati dua dua pihak ! Takkan la nak aku tulis gini ..

 

“ Terus terang aku kata . produk ni sampah ! Sangatlah tidak sedap dan meloyakan ! Sila jangan beli .. “ .

 

Perghhhh.. Kena saman kau nanti , Jah !! Hahahaha.. Jangan cari pasal review gitu !!

Tapi memang tak sedap pon ! Dah tu nak kata apa kan ? Kena la jujur kan ?

Hurm.. Kalau aku kan ..

 

“ Puan , saya terus terang ni .. Saya rasa tak boleh tulis pasal produk ni ..Sebabnya tak sedap. Saya terus terang ni. Kalau saya tulis sedap , pembaca saya membelinya . Bila mereka makan , saya akan hilang kepercayaan mereka . Apa saja yang saya cerita , mereka tak mempercayainya.. Haaa.. Saya untung skit tapi rugi banyak ! Camana tu ? “.

 

Atau kalau dia nak jugak cerita , aku akan mintak dia tulis sendiri artikal tu dan aku cuma upload di blog ! Pembaca blog aku tahu mana satu aku punya cerita dan mana satu iklan. Dari situ mereka membuat keputusan sendiri.

Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan pembaca ni. Pengiklan kena la ‘berhati perut’ . Ingat mudah ke nak dapatkan pembaca setia ni apatah lagi blog yang tidak melibatkan SEO.. Cerita pasal jari pun orang baca dan komen ! Haaaa .. Bukan jari Felixia aka Rania tau ! Jari blogger tu sendiri !!

Ini salah satu punca pendapatan blogger jugak .. Ada yang mintak murah .. ada yang sederhana ada yang gaji sebulan aku dulu pun ada ! Haaaa ..

Tak mudah nak review produk ni ! Kita salah cerita , atau kita menipu .. siap laaa ! Kena cerita yang benar !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI