Ahad, 6 Julai 2014

Suka spagetti !

 

Nasi ? Tamo dah dia sekarang ni ! Pening wife .. Kelmarin , dia buat spagetti untuk aku berbuka. Saja kasi Qhaliff gak dalam jumlah yang sedikit..

Pergh.. nak pulak dia makan ! Nak makan sendiri haaa … Pastu dia suka yang panjang panjang tu… Letak kat hujung bibir dia pastu , sedut tarik ! Hahahahah .. Bermuncung muncung laaa haaa..

image

Hurm.. budak ni , sampai satu tahap .. mmg dia akan bosan dengan makanan dia.. Maka sila pelbagaikan .. Nak sebut nak makan apa , tak reti sangat .. Dok main ‘ tuuu.. tuuu’ jer .. Hahahaha .. Jawabnya , makan apa yang ada je ler !

Wahai isteriku sayang ..

 

"Abanggg.. Ni ada anak kala jengking ni.. dalam periuk ! Camana nak bunuh ni.. "


Huh.. kala jengking ? Anak ? Wowww..tangkap bela pun best ni..
Aku pun dgn pantas berlari ke dapur..Dan tgk dlm periuk yang dimaksudkan wife aku..


" Mana ?? "


" Tuuuuuu... "


" Huhhhhh.. Ni ulat gonggok laaaa.. Adoiii .. Tak kenal ke kala jengking camana ? "


Gelak besar wife aku.. Iskhhh.. Aku tanya dia sekali lagi ..

“ Tahu tak camana rupa kala jengking ? “ .

“ Tak.. tak ingat laaa .. “ .

Aku rasa rumah aku ni kena pasang 24 channel National Geography la pasni .. Iskhh.. Ulat gonggok dan Kala Jengking tu , jauh laa beza ! Tau kat si Jengking tu , confirm diorang mengamuk ! Sikit punya hensem dan ganas , boleh tak kenal ???

Kenapa susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ?

 

Sehari sekali.. Samada pagi atau malam , aku akan bagi dia minum susu kambing Nutri Goat Miracle 8. Kenapa ? Saja je ke atau ada sebab lain ?

Photo: Tukar susu utk malam ni .. Kasi susu kambing Nutri Goat Miracle 8 kt Qhaliff.. Mmg sampai licin la dia minum ..

#NGM8 #kakiminumNGM8 #goatsmilk #nutrigoat

#kelabbloggerbenashaari

Aku tak berani la nak kata disebabkan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni laa Qhaliff dah jarang sangat nak demam atau selsema tapi mmg itulah yang terjadi.. Alhamdulillah , mmg ada perubahan sejak aku bagi dia minum susu kambing ni dan aku juga ! Aku sendiri lama dah tak selsema dan demam !!

Kalau dulu , aku mudah sakit kepala disebabkan stress dan juga mudah dijangkiti demam tapi .. dengan izin Allah , atas kerajinan aku minum susu ni setiap malam .. aku jarang dah rasa semua tu ..

Terus terang ketika pertama kali aku dihubungi oleh Pengarah Pemasaran Nutri Goat Miracle 8 ni , aku macam tak endah je sbb bagi aku , sama jer dengan produk yang lain tetapi setelah aku membaca kelebihannya , aku nak sangat mencubanya termasuk wife yang sedang mengandung ketika tu ..

Dan , aku jadi peminat no 3 susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni ! Heeee… No 1 mesti la tokey dan isterinya kan .. hahahaha ..

Aku ‘jarum’ orang tua aku lak  dengan susu kambing ni.. Dia suka minum jenama X tapi selepas rasa yang ni , hahahaha.. aku punya stok pon dia nak ! Termasuk jugak adik aku .. Heee..

Aku cuba ‘jarum’ rakan rakan blogger kenalan aku dan juga blogger masakan .. mereka yang liat nak minum pada awalnya , akhirnya akui pendapat aku ni adalah benar .. Lalalalalla …

Dan tengok laaa .. Mat Gebu dah menambah rasa susu kambing ni ke rasa yang lebih menarik !

Photo: ....Berbuka tadi che mat minum Nutri Goat Miracle 8 Bandung Selasih...mengancam okeh...ehemmm....pstt, nanges Ben Ashaari tengok ai tell you!!!...
#NGM8 #kakiminumNGM8 #goatsmilk #nutrigoat (kata orang 'hashtag" biar yang ada manfaat, bukan menunjukkan ke bangangan diri sendiri...sekian terima kasih)...

Nutri Goat Miracle 8 Bandung Selasih !! Hahahaha .. ADeh….

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI