Isnin, 7 Julai 2014

MAN vs WOMAN : Spritzer + Fibre Contest !

 

Lelaki dan Perempuan , punya karenah tersendiri ! Keunikan ini menjadikan perhubungan itu samada berkekalan atau setengah jalan !

 

Fibre_26-5-2014

SPRITZER + FIBRE telah mengadakan contest MAN vs WOMAN yang mana bertujuan mencari perbezaan sikap dan pemikiran terutama bila gi melancong.. Haaaa .. Apakah hadiahnya  ?

Hadiah utama - 3x iPad mini 
Hadiah kedua  - 5x Olympus Tough Camera Series 
Hadiah ketiga  - 10 luggage bag

Menarik ? Heeee …

Ok .. Camana nak join ? Memula , sila tonton video  ni terlebih dahulu kerana jawapannya ada di dalam tuuuu ..

Dah tonton video tu ? Nak kena buat lagi ek ? Haaa.. Susah ke ?? Tak laa .. Mudah jer .. Sila klik LIKE Fan Page SPRITZER + FIBRE ini dahulu . Kenapa ? Bukan sbb nak kumpul juta juta LIKE ..Tapi sebab nak kena guna app di dalam fan page ni haaa … Klik  Spritzer+Fibre FB app ni lak !

Untuk menjawab soalan yang diberikan , korang kena key in dulu serial number yang mana hanya boleh didapati pada botol Spritzer + Fibre yang dikeluarkan April 2014 ke atas..

Soalan akan dikeluarkan setiap minggu bermula 1st June 2014 , selama 6 minggu ! Bererti akan tamat pada - 13th July 2014 ! Pastikan tidak terlepas setiap soalan kerana setiap soalan akan dapat point !

Apa jadi jika terlepas soalan ? Boleh kembali mencari soalan yang lepas tapi ! Tapi markahnya sedikit berbanding jika kita menjawab pada tepat masanya !

SpritzerFibre_CoverPhoto

Lelaki , jangan ingat kita je letih !

 

Bila aku nampak komik di atas ni , aku terdiam. Ketawa ? Tidak sama sekali ! Sebab aku sedang merasainya walaupun hanya 50% !! Tu pon dah tersangat penatnya !

Kalau dulu , aku gi kerja .. balik .. Aku bagitau mak atau wife aku , aku penat ! Banyak keje kat opis ! Kalau duduk rumah , mesti rileks jer.. Nak jaga anak pon bukan susah !

Setelah ada Qhaliff , aku masih boleh lagi la bernafas ! Tu pun dia belum jejakkan kaki ke usia 2 tahun.. Tapi sekarang ni ? Perghhh !! Seriusss wehh .. memang boleh mendatangkan geram dan marah jika tidak dikawal betul betul ! Sangat mencabar ketika mereka baru dapat kaki dan akal !

Tambah sorang lagi ? Huhuhu.. Aku boleh tidur bila semua dah tidur ! Selagi diorang tak tidur , aku tak boleh nak tidur atau buat kerja ! Nak tengok bola ? Hurm.. Boleh tu boleh.. tapi aku kena kejam la ! Biar wife yang amik alih semua !

Tapi kesian laaa .. takkan nak biar dia buat sorang sorang pastu kita tengok bola yang tak melibatkan negara kita langsung ! Sorak negara orang ! Bila diorang juara , kita mintak cuti !! Hahahaha .. Buang karan jer .. Tengok suka suka boleh la..

Kawan , sebagai lelaki .. sebagai suami .. kena bantu la isteri kita. Kalau dia sakit , kita jugak susah ! Kita kena jaga anak.. kena jaga dia lagi ! Jadi , kena la sama sama pikul tanggungjawab. Jangan ingat kita gi kerja kat pejabat tu dah memadai. Isteri kita pon keje gak .. balik sambung keje kat rumah.. Pakat pakat la bantu !

Tu belum lagi kalau si suami tu suri rumah sepenuh masa dan pada masa sama , mencari rezeki untuk keluarga ! Haaa .. masa bila nak buat kerja ??

Bila kita letih , kita jangan ingat kita je letih dan orang lain tidak ! Kalau kita kejam , boleh la pikir gitu dan jangan la hairan bila satu hari nanti , kita diperlakukan begitu ..

Zahra Nur Iman , 2 bulan !

 

Betullah kata orang .. Anak perempuan ni cepat benar matangnya ! Zahra dah pandai dah nak ‘membebel’ kat bapak dia terutama sekali bila dibiar keseorangan ! Hahahaha .. Marah dia wehhh ! Menjerit dengan suara nyaringnya pastu ‘membebel’ !

Payah senyum ! Tapi sekali senyum , cair ! Tengah mood tak best pon jadi best ! Cam bapak dia .. heeee…

Esok , genap dia 2 bulan. Nak kena gi suntik. Tengah pikir ni.. Nak gi suntik bawah kerajaan atau swasta.. Hurmm.. Gi An Nur ? Apa pendapat korang ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI