Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 Julai 2014

Kala Jengking vs Pereka Fesyen !

 

Terasa nak terjun dari KLCC je bila dengar kenyataan dari wife aku ! Macam tak percaya ! Dia ni bukanlah kaki dok baca buku fesyen atau layan rancangan hiburan melainkan drama yang dah dia terjebak tengok petang petang tu..

Bila dia kenal pereka fesyen tempatan dari kala jengking , rasa macam nak kena overhaul balik je famili aku ni ..Hahaha.. Adeh ! Kala jengking tak kenal tapi pereka fesyen , dia tengok sipi sipi dari belakang pon dia dah kenal ! Huk alohh…

Cerita apa ni ? Gini ceritanya.. Semalam singgah isi petrol kat Shell BTP, Cheras.

Pastu aku ternampak la sebuah kereta Mercedes putih berenti berhampiran .. Aku pandang lelaki yang keluar dari kereta tu.. Kenal ! Tapi terkejut gak la sebenarnya. Takkan dia ni bawak kereta ni kot ? Perghh … Dasat ! Patut la mampu guna gym instructor yang mahal harganya tapi berbaloi la..

Kemudian aku bersuara kat wife ..


" Nampak tak kereta Merc putih tu..Nak tgk owner dia tak ?? Tuuu .. kt dlm tu..halus kecik je.. Sempoi.. Dia member kt gym..Kenal gitu gitu je la..".

Aku bgtau kt wife sewaktu kereta aku melintasi kereta Merc putih yg besar tuu..


Wife berpaling dan terus menjawab..


" Eh , Macam Rizman Ruzaini jer . Dia la byk reka baju utk artis popular kita.."


" Haaa laa.. Dia ada  intructor gym .. Sejam RM150 wooo . Hari tu ada la borak ngan instructor tu .. dia bgtau salalh seorang client dia pereka fesyen.. Manaaaa laa abg kenall sapa Riezman tu..

Keesokkan hari tu , ada la si Rizman ni .. Gi je la berborak gitu dan cerita pasal blog..  Dia diam je la.. Senyum senyum gitu je .. Kiranya takde la berlagak .. Nampak low profile abis ! ".

 

Pastu wife aku sambung cerita pasal fesyen yang dia pernah buat.. Maka tak hairan la dia boleh bawak kereta mewah gitu.. Aku geleng kepala jer !

Apasal aku leh tak kenal ha ????

Bila jumpa geng !

 

Berubah sungguh la dia sekarang ni.. Makin lasak dan .. hurmmm leh tahan ganasnya ! Adeh.. Tak leh jadi ni.. tak leh jadi ni.. Nampak je comel dan cute.. Jangan terpedaya dengan rupanya ! Boleh berubah dalam sekelip mata.. Suka mengigit pulak tuu.. Sakit giler dia gigit ! Macam membaham pon ada ! Arghhhh …

Photo

Berbuka di rumah mak aku semalam.. Bila selesai berbuka , anak anak buah aku berkumpul dan layan bunga api ! Main sekejap je sebelum di halau masuk ke dalam rumah ..

Di dalam rumah , sambung berWWE pulakkkk ! Qhaliff jadi chief de mission pulak tuuu ! Adeh.. pening kepala .. Ajak balik , tak nak ! Hurmm…

Nak kena beli congkak , konda kondi , gasing la pasni .. Huuh…

Car seat dan stroller untuk anak ku !

 

Hurmm… Lama dah nak plan beli satu stroller yang bersize kecil untuk Qhaliff dan car seat untuk Zahra , persediaan untuk berjalan jauh selepas ini !

Destinasi nak gi membeli barang yang diperlukan ialah Jusco Maluri .. Ke dah dipanggil Aeon skang ni ? Hurmm.. Tak kisah laa .. Nak gi sana sebab aku ada baucer RM100 yang dimenangi baru baru ni dalam cabutan bertuah ! Semakin bernasib baik aku skang ni.. Alhamdulilah.. Rajin rajin la solat Dhuha yer.. hee..

Dalam kereta , Qhaliff yang tak nak makan nasi sejak pagi ni .. angkut sebalang keropok goreng mak aku punya .. ke dalam kereta ! Nak makan dalam kereta ! Pergh.. kereta , baru basuh lak tuuuu .. Redha je laa ..

Dalam kereta ..

Dia lena , dari 5 minit selepas diletakkan di dalam kereta !  Hingga sampai Jusco dan shopping sedikit barang dia dan adik dia.. Dan kembali ke dalam kereta .. Hingga sampai rumah semula , baru dia jaga !

Sewaktu dia tidur .. mak bapak dia , belikan dia satu stroller dan terus letak di dlm tu.. Sakit belikat aku dok dukung dia yang sedang lena tidur tu..

Dua dua jenama Sweet Cherry.. Tak la mahal mana pon.. Kalau tengok di Alamanda , mmg telan air liur gak la harganya.. Huhuh.. Kat sini , terus sambar jer.. Tak yah pikir panjang. Nak datang , setahun sekali. Aku bukan gemar nak gi Aeon Jusco ni. Jalan jammed koooo … huhu ..

Test power Zahra dalam tu sewaktu berbuka di rumah mak aku. Suka dia ! Mau tak sukaaa.. barang baru koooo.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI