Rabu, 9 Julai 2014

Membeli Persiapan Raya

 

Alhamdulillah.. Dah beberapa hari dah kita berpuasa. Tak lama lagi umat Islam akan sibuk membeli belah untuk persiapan Aidilfitri. Pastinya aku antara orang yg malas nak beratur panjang atau berasak-asak di pusat membeli belah dan sebagainya… kan ? Aku tau korang pon ada yang malas kan ?

Zaman ni ada pilihan.. Tak perlu keluar rumah. On laptop atau komputer jer dan bukak mana mana online shopping websites. Pilih barang dan sila bayar. Tunggu beberapa hari , tadaaa.. Sampai !

Aku memilih NILE.COM.MY untuk mencari barang keperluan aku. Kat situ ada banyak pilihan untuk aku dan juga keluarga. Pilih mana yang berkenan di hati ..  Harga pon murah ! 

Aku kena cari baju yang sesuai dengan aku yang bersize XL ni .. Ada ke ? Ok .. Ada ..  Murah ! Memang aku jenis suka cari baju yang murah sebab boleh jimat ! Hehehee ..

Selain baju , aku beli cap , jaket , topi dan baju kurung untuk wife . Ada byk pilihan … Semua warna adalah warna pilihan aku. Harga pon menarik ! Murah gitu..

Selesai memilih barangan , masa untuk membayar ! Mudah sangat laa prosedur pembayarannya ! Takkan pening punya laaa.. Jap jer settle..

Menariknya , sempena Aidifitri ni .. penghantaran adalah percuma ! Kan dah jimat lagi.. heeeee.. Maka jumlah barang yang aku beli cumalah RM100++ jer ! Lor.. Kalau aku melangkah keluar dari rumah , RM100++ aku cuma dapat sehelai baju jer.. Ni aku dapat 4 items lagi !

Sehari selepas itu ! Tadaaa.. POS LAJU sampai depan rumah aku ! Qhaliff sibuk nak gi amik barang tu ! Aku tak sempat nak amik gambar .. Hahahaha ..

Dan Qhaliff pass kurier tu pada aku .. Cepat dan pantas gitu !

Tak sabar nak tengok kandungannya ..

Tadaaaa ! Tu diaaaa … Aku pun try semua laa .. Kecuali baju kurung je la aku tak try.. Aku suruh wife try..

Waaa.. Topi muat .. Baju pun sedap dipakai .. Best best !! Aku tanya wife , camana baju aku pilih untuk dia tu.. Dia kata ok ! Takde masalah .. Cantik katanya.. Legaa..heee ..

Ok.. Qhaliff pon nak try topi aku tuu.. hahaha ..

Amboi.. Ok , nanti daddy beli satu kat Qhaliff yer ? Murah niii .. huhu ..

image

Murah je kan ? Heee.. Aku biasa beli RM30 ke atas .. huhuhu.. Ni baru berapa je .. adehh .. Ada macam macam pulak tu ..

Nak tau berapa harga barangan yang aku beli tu ?

  1. Cap – RM12
  2. Polo T- RM19.90
  3. Jacket – RM45.50
  4. Jubah – RM39.9

Murah kan ???? Haa . Aku kata dahhh ..

Cara yang mudah untuk berbelanja kali ni dan menjimatkan ! Jangan lupa ye , penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM48 .. Tengok lagi ?

image

Sempena Ramadhan ni , korang akan menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan minimum pembelian sebanyak RM48 sahaja di nile.com.my. Lihat lagi promosi yang sedang diadakan di >>SINI<<

Gi la survey kat www.nile.com.my ! Pasti akan ada yang menarik di hati korang …

Lena diulit mimpi ..

 

Mula mula aku ingat nak beli portable rocker kat blogger Diya Nadia yang mana menjual peralatan untuk baby ni , murah murah ! Serius murah !!

Yang rocker ni , aku tengok kat Jucso .. mmg mahai laa… Kat Toy’s R Us pon mahal.. Kat dia , murah .. Baru 100++ !! Haaaa.. Murah kan ? Macam macm lagi ada dia jual .

 

image

 

Tapi wife kata tak perlu dah sebab dah ada dah .. Nanti rumah penuh dengan barangan baby jer .. Huhu.. Redha je laa..

Macam aku cerita tempoh hari , gi ke Jusco Maluri .. aku beli car seat yang dua dalam satu..

Tadaaaaa … Zahra suka duduk dalam ni.. Lenaaaa kooo.. Kenana ajar dari sekarang sbb pasni nak kena travel sana sini , bertiga ! Harga aku beli , RM299 .. Aku rasa yang ni lebih elok dari aku beli kat Qhaliff 2 tahun lepas.. yang mana harga lebih mahal hari yang ni .. Tapi ok gak la mahal.. tahan lama.. heee ..

Dan yang aku beli ni , jenama Sweet Cherry. Tak tau la buatan mana dan ada sijil HALAL ke tak.. heee .. Aku tengok Zahra selesa duduk .. Qhaliff pon boleh tumpang sekaki , ok laa..

image

Car seat ni leh jadi rocker dia di rumah dan jadi car seat bila di dalam kereta .. Malah boleh usung ke hulu ke hilir lagi.. heee.. Ada tangkai !

‘ BATOOK ori ‘ untuk anak anda !

 

Kelmarin , aku gi amik satu produk yang diberikan pada aku untuk direview ( pengiklan di blog aku ni ) . Sememangnya aku mencari produk ini untuk digantikan dengan minyak yuyi atau minyak cap kapak !

Menurutnya , dia sendiri menggunakan minyak Batook ori ini untuk ketika diserang asma dan Alhamdulillah , ianya amat berkesan sekali ! Dan dia telah menjadi agen jualan secara rasminya. Huhuh..

Apakah kelebihan minyak ini dan apakah boleh digunakan pada kanak kanak ?

Photo: Assalamualaikum.. Mudah cara pakai... Cuma sapu saja.. sapu saja... sapu saja...Tak perlu minum.. Batuk, selsema, sakit perut, senak perut,pening kepala, sakit urat, sendi, dan otot, PEDIH ULU HATI, perut kembung, dan gatal2 di Bulan puasa ni.. Tak perlu makan ubat. Cuma sapu saja di tempat yg perlu...Sesuai digunakan oleh baby dari peringkat umur 2 bulan sehingga warga tua.. TIDAK PERLU MAKAN, SAPU SAHAJA... ALLAH PEMYEMBUHNYA, KITA PERLU BERUSAHA!!!

Ok.. aku post di Facebook aku dan lihat apa kata rakan rakan yang pernah menggunakan minyak Batook ori ini ..

image

image

Tertarik aku bila membacanya. Aku bagitau wife .. dia kata dia dah sapu pon kat perut Zahra malam semalam.. Sapu dalam jumlah yang kecil jer .. Bukan banyak.. Gantikan minyak yuyi yang guna selama ni.. Hurm..

Menurutnya lagi , dia memerlukan agen di area Lembah Klang dan kawasan lain.. Minyak ni dah dikenali di kawasan utara.. Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , boleh baca di Pati Batook Ori atau hubungi terus Puan Fazillah di 0122973964 .

Brazil , Juara Piala Dunia 2014 ?

 

Perghhh.. Serius.. Jangan mimpi laaa .. Terus terang , aku peminat pasukan Brazil sewaktu zaman kegemilangan 3R. Selepas kekalahan Brazil pada Perancis di Perancis , aku tak minat dah sebab kekalahan tu mmg nampak ‘ pelik ‘.

Brazil vs Germany

Dan kali ni , Brazil selaku tuan rumah .. gagal layak ke final setelah dimalukan oleh pasukan yang bermain dengan 11 orang iaitu Germany !

Dari awal lagi aku dah ramal Brazil mmg payah sebab terlalu bergantung pada NEYMAR ! Sikit skit NEYMAR ! Bila dah dok seru nama dia , confirm la yang lain terasa .. Hahahaha… Orang main bola , satu pasukan.. Kalau harap sorang je , haaa.. ko je la main !

Inilah yang terjadi pada pasukan yang harapkan ‘star’. Portugal , contohnya. Awal awal lagi dah bungkus.. Heeee.. Tak pe la.. Cuba lagi selagi boleh cuba kan ?

Aku harapkan final kali ni , biar Germany dengan Argentina. Ulang final tahun 86. Pastinya menarik , jika Germany tak main kasar dan bertahan 11 orang kat bawah bila dah dapat sebijik gol ! Hahahaha…

Tapi pastinya sukar juga buat Argentina yang harapkan Messi jer .. Kenapa bukan Belanda atau Holland ? Ok jugak sebenarnya kalau Belanda ke final cuma boring je laaaa.. Dua dua team Eropah. Kan lagi best kalau dua benua berlainan jumpa di final. Apatah lagi bayangan Maradonna ada di atas padang.. Messi ! Apakah mampu Messi jadi seperti Maradonna ? Perghhh… Classico tuuu .. heee..

Ops.. sejak bila aku update pasal world cup ni ? Hahahaha.. Alang alang dah bangun sahur.. Layan je la jap .. Bukan fanatik pon.. Zaman fanatik dah berlalu.. Rasanya benar benar fanatik tu , masa 3R laa.. heeee ..

Pastinya rakyat Brazil tak boleh terima kekalahan yang cukup mengaibkan ni.. Peliknya , rakyat Malaysia pon ada kecewa abis ? Hehehe.. Kalah sbb sokong atau kalah sebab ? Wallahualam.. heee..

Sapa juara kali ni ? Neh.. tak kisah la.. asal game best , puashati dan jaringan besar ! Baru celik mata tengok.. Kalau takat 1-0 jer , hhurmmm … penat berjaga laa.. Kesian yang sanggup bersengkang mata kat kedai mamak tu .. hahaha .. Tak rela ai ..

Apa pun , selamat berWorld Cup. Cuba lagi Brazil .. Heee.. Diorang pon dah boring… Banyak dah World Cup ada .. hahaha..

Sementara itu …

image

Semoga Allah lindungi saudara saudara kita di dunia ini .. Aamin.. Hurm..

Kena gigit la pulak !

 

Haihhh .. Bangun pagi tadi , nampak bintik merah ! Hurm… Pulak ! Kena apa lak tu ?? Aku check.. Bukan nyamuk … Semut ? Hurmmm ..

Merah bawak mata tu , memula takda.. ni dah ada pulak ! Harapnya esok hilang laaa .. Kalau tak hilang , esok gak kasi jumpa doktor ! Hurmm..

Usia 2 tahun ni mmg mencabar laa bagi aku. Dia paham kita cakap tapi kita tak paham dia cakap ! Abis keluar bahasa jerman dia.. Walhal dia boleh je cakap elok elok.. Saja dia je nak kasi daddy dia tensen ! Iskh..

Tapi yang pasti, diusia gini dia suka diberi kerja.. Sungguh sungguh la dia buat .. Hahaha… Seronok rupanya bila anak tolong mak ayah ni .. Baru aku tahu perasaan ni ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI