Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 12 Julai 2014

Anak yatim ajak aku ‘bergaduh’ !

 

Alhamdulillah.. Apa yang aku 'risaukan’ , dah pon berlalu dengan jayanya ! Terima kasih team KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menyokong dari mula hinggalah tamatnya program Titian Serasa Ramadhan anjuran Yeo’s Malaysia.

 

Satu kenangan yang takkan aku lupa.. Oh ya , nanti aku cerita pasal pengalaman seharian aku bersama rakan rakan sukarelawan yang menyertai program ni..

Untuk entri ni , aku nak ceritakan gelagat budak budak lelaki penghuni asrama anak yatim yang aku pergi ni .. Hahaha .. Melucukan jer.. Tapi kasihan pon ada .. Hurm..

Kenapa lucu ? Kenapa kasihan ? Bayangkan mereka teruja tengok aku ! Siap ada sorang adik tu tegur.. Tak  tahan agaknya mulut dia nak bersuara..

“ Abang.. Abang taff eh ? “.

Aku dah tau sebenarnya apa yang buat mereka teruja gitu. Dulu masa aku mengajar kat sekolah rendah pon , gitu gak anak anak murid aku. Hahahaha .. Adehh..

Di satu sudut yang menempatkan penghuni senior .. mereka memandang aku semacam jer.. Pastu salah seorang bersuara .. Nak ajak aku lawan gusti lengan ! Geram kot tengok muscle aku ! Hahahaha.. Muscle dah kecut dah.. Sebulan tak workout ! Heeee..

Aku ketawa je la.. Dan bila program di situ dah abis, semua penghuni dan sukarelawan berkumpul .. impian adik adik tu tercapai !

Bersungguh-sungguh la dia nak kalahkan aku. Kawan kawan dia pon ada yang memberi sokongan dan ada juga yang membakar bagi kalah ! Hahahahha …

Setelah dia bersungguh sungguh berusaha untuk mengalahkan aku , akhirnya aku pun ‘kalah’ … Dia macam tak percaya.. Aku senyum jer..  Tau perasaan dia ..

Seronok melayan anak yatim ni ..

Bila entri blog dicetak rompak !

 

Hurmm … nak buat blog tapi guna entri orang ? Dari awal hingga terkini , segalanya copy paste tanpa beri kredit atau backlink ? Eh , ok ke ? Pastu pasang banner ? Jana pendapatan dari situ.. Wow !

Ada orang tak kisah dengan berperangai gitu.. Selagi mana memberi pulangan yang lumayan , dia tak amik peduli soal berkat , halal haram ! Asal dapat duit dah !

Hurmm… Kesian pada blogger yang terlibat tu.. Aku tau , payahnya nak menulis sebuah artikal yang berkualiti dan berinfomasi. Kemudian diambil bulat bulat dan buat seperti hak sendiri ! Iskh iskhhhh… Serupa lanun dah gitu !

Sungguh tidak molek laa  berperangai gitu ! Ingatlah , kita mungkin lepas hari ni.. lepas di dunia .. tapi di akhirat ? Jenuh nak menjawab.. Kalau nak amik bulat bulat , mintaklah izin ..

Kalau malas mintak izin , buatlah rumusan ke.. kesimpulan ke.. Atau amik sebahagian info dan berikan kredit.. Maksud kredit tu , dari mana sumber kita amik .. Biar sahih skit ..

Zaman ni , ramai nak jadi blogger .. tapi diorang sendiri tak tau apa tujuan mereka jadi blogger dan apa itu blogger ! Hurm..

Ben , Qhaliff dann Zahra di Inspirasi Magazine !

 

Yer , majalah online. Kita support majalah online juga yang memberi inspirasi kepada pembaca pembaca di dunia maya .. Takkan asyik majalah top je kan.. Eh , Inspirasi Magazine top apa ?? Haaa…

Inspirasi Magazine

Sewaktu dihubungi oleh wartawan IM ni , aku .. terus terang rasa bersyukur la.. Bukan apa.. aku ni bukanlah model hijab atau model catwalk yang melayakkan muka aku dipacakkan dalam majalah tu atau mana mana majalah yang lain .. kan ? Jadi , seronok tu tetap ada la..

Setelah diberi soalan , maka aku pun jawablah dengan seikhlasnya..

Akhirnya , semalam .. terbitlah kisah aku bertiga di SINI .. Terima kasih INSPIRASI MAGAZINE atas peluang ini .. hehehe … Nanti bulan September , tunggu lak kemunculan aku di majalah PA & MA lak eh.. hehehe .. rezeki anak anak .. Sebab tu nak marah diorang pon , tak leh.. diorang ni punca rezeki aku ..

Hurm… nak besarkan anak anak ni bukanlah mudah.. Sangat mencabar.. Kalau sekecil ini pon kita dah terteka , bayangkan nanti bila mereka dah mampu berfikir dengan sendirinya ditambah dengan pengaruh luar ! Camana nak tangani mereka ?

Hurm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI