Isnin, 14 Julai 2014

SONY Z2 tak tahan bateri ?

 

Perghhhhhhhhh !! Charge penuh semalam.. Orang tu kata , kena 8 jam charge.. Ok la.. i follow je la apa dia kata kan walaupun aku rasa aku dah kena kencing masa beli handphone ni kat dia .. Redha je la.. Malas nak bertekak ..

Aku ada tanya dia ..

“ Sony ni panas tak ? Sebab i punya HTC ni , panas wooo !! “

Dia jawab..

“ Takde .. takde .. tak panas.. Ok jer .. “.

Dah sah penipu ! Hahahahaha… Aku sengih je la.. Aku malas dah nak gi tempat lain dan mulakan sekali lagi perbualan. Harga kat situ , lebih kurang jer.. Hurmm..

Bateri..

“ Bateri mana lagi tahan ? M8 ke Z2 “

Dia pon bagi la penerangan dan aku pun pura pura ternganga laa .. Perghhh.. Dasat giler aar dia ni ! Dalam hati..

“ Kan senang cakap , bergantung pada penggunaan .. “.

Jangan bandingkan dengan Lenovo yg tahan baterinya berhari hari.. Spec Lenovo dan Z2 berlainan sama sekali.. Ahaaaa…

Dan Z2 aku , tak sampai setengah hari .. dah haus abis ! Perghhh .. Asyik kena charge je. Dah la tu , car charger aku lak tak dapat detect Z2.. Jadi tak leh la nak charge dalam kereta. Kena cari car charger yang lain lak.. Hurmm ..

Photo

Di rumah mak aku.. Aku belek satu demi satu apps yang ada.. Aku masuk ke setting dan lihat power management dia .. Akhirnya aku tau apa yang telah membuatkan bateri hp aku ni , haus dengan mendadak ! Hurmm..

INSTAGRAM !! Perghhh… kuat sungguh laaa dia makan bateri ! Aku buat keputusan .. Aku uninstall je instagram ! Aku pakai je instagram di Htc One X aku tuu.. kat situ haus tak pe.. heehehe ..

Lepas uninstall .. terus ok bateri aku ! Dan ada satu lagi app yang perlu aku remove nanti ! Sampai masa aku remove ! Buat masa sekarang , aku nak simpan dulu.. hehehe ..

Instagram oh instagram.. cun tapi membebankan ! Aiyokkk …

Dedahkan Qhaliff !

 

Hari ni berbuka lagi di Cheras .. Perancangannya ada kerja nak diuruskan di sana tapi terpaksa ditunda atas sebab sebab tertentu. Tapi berbuka tetap berbuka.. Dah beli Kenny Rogers untuk keluarga aku.. hehehe .. Belanja diorang pulak ..

Dan pastinya , sepupu Qhaliff antara mereka yang gembira bila nampak muka aku kat situ . Kenapa ? Mereka boleh keluar bermain bola di padang dan Qhaliff pon akan turun sama bermain..

Seronok dia dapat main atas padang ni.. Puas berlari.. Satu perkembangan yang sihat bagi aku selain dia berusaha berkomunikasi dengan budak budak lelaki lain yang bermain bola di padang yang sama.. Cuma , Qhaliff cakap jerman dan yang lain garu kepala jer ! Huhuhu..

Tak kisah laa… Asalkan dia berlari .. bermain .. gembira .. berkomunikasi dan berpeluh.. Hehehe… Takde la nampak muka stress jer kat rumah .. Huhuh..

Cuma plan aku nak kasi dia penat dan tidur awal tu , tak menjadi.. Jangan mimpi la kat rumah dia akan tidur lena ! Dalam kereta , dia dah recharge tenaga dia .. Maka kat rumah , dia bertenaga penuh.. Kul 1 lebi baru tidur !

Antara HTC , OPPO dan SONY !

 

Aku gi Low Yatt semalam setelah membuat keputusan untuk membeli sebuah telefon pintar yang baru untuk diri aku setelah bertungkus lumus bekerja tahun ni.. Hehehehe .. Baru nak tukar ok !! Yang ada sebelum ni semuanya adalah tajaan dari Nokia.

Ok , kenapa aku tak nak beli Nokia je ? Terus terang aku katakan , Nokia mmg best.. Tapi dia gunakan platform Windows dan aku serasi dengan Android.

Yang kedua , aku nak kena review SmartBand yang baru aku dapat , dari Sony. Nak tau apa kelebihannya ..

Photo: Nak try smartband dari Sony ni ..

#sony #smartband #kelabbloggerbenashaari

Hehehee.. Setelah aku baca review mengenai ketiga jenis handphone ni .. HTC M8 , OPPO FIND 7 dan SONY Z2 , maka pilihan aku adalah ..

Photo

Pelbagai perbandingan aku buat .. Aku tolak tepi dulu OPPO FIND 7 .. Sungguh pun dia mempunyai skrin yang best dan design yang seksi , tapi belum cukup berjaya menggoda aku membelinya.

HTC M8 .. dari review yang aku baca , kameranya takde beza sangat dengan M7 ..

Dan aku memlih SONY Z2 tu sbb kameranya dan juga paling penting ialah .. boleh masuk air ! Bukanlah aku nak bawak masuk air tetapi andai kata terjatuh dalam air ! Sejarah telah membuktikan ianya penting ! Qhaliff telah berjaya merendam Nokia 1320 yang baru dapat sebulan di dalam bekas yang berisi air ketika dia demam ! Dan hp tu terus rosak ! Begitulaahhh ..

Best tak SONY Z2 ? Aku bukanlah pengemar produk SONY ! Dulu aku mmg tak suka SONY tapi setelah aku dipanggil buat review produk mereka , terus terang .. dari tak suka , terus jatuh cinta ! Dan sekarang aku ada kamera dslr SONY A5000 dan juga SONY Z2 termasuk juga SmartBand yang cool ni ! Serius cool !

Ok.. mmg best Z2 ni ! Berbaloi aku membelinya.. heeheheh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI