Khamis, 17 Julai 2014

Shopping baju raya di Komplek PKNS , Selangor !

 

Salah satu tempat yang aku tak sukaaaaa nak pergi sebab selalu jammed dan ramai sangat orang ! Kali ni aku nak pergi jugak sebab aku dah tau kat mana nak parking mudah , masa bila tak ramai orang dan cuaca yang tenang.. mendung gitu ! Hehehhe ..

Lagi pun , Kompleks PKNS ni macam macam ada jual .. Jadi banya pilihan ! Ramai orang suka ke Jalan TAR .. bagi aku Jalan TAR tu best gi malam raya ! Hahahah.. Terasa kemeriahannya tapi sejak ada anak ni , aku tak nak gi sana ! Bahaya dan kesian kat anak anak ..

Ada banyak tempat parking kat kawasan ni .. Kalau nak mudah dan selesa , parking la kat SACC.. Rasanya tak mahal pon. Tadi aku parking dari jam 11 pagi hingga 3 petang , baru RM5. OK la kan ?

Pastu jalan kaki skit. Nak ke SACC Shopping Mall pon dah dekat.. Plaza Anggerik pon dekat.. Nak berbuka puasa , secara buffet pon ada haaa ..

Dan hala tuju hari ni ialah ke butik Hijrah Couture .. penaja baju raya untuk aku sekeluarga untuk 2 tahun berturut turut  .. Alhamdulillah.. Terima kasih.. Cantik cantik baju rekaan mereka .. Tak tau nak pilih mana ..

Akhirnya , kali ni wife kasi aku pilih warna aku nak.. Dan aku pilih ..

Aku suruh Qhaliff pakai.. dia tak nak .. Berlari sana sini dia .. Kelaparan la tuuu .. hehehehe .. Tak pe la.. tunggu raya nanti , kita pakai sedondon gitu eh ? Heee..

Ada yang tanya kat mana butik Hijrah Couture ni .. Senang jer .. Dari Kompleks Pkns tu , gi cari KFC.. Naik lif kat situ ke tingkat 1. Keluar lif , amik kiri hingga hujung pastu cari tanda ni ..

Tadaaaaa.. Sampai daah ! Nak selamat , nasihat aku gi hari biasa sebab hujung minggu , mmg penuh orang .. Dan buat masa sekarang , banyak dah size abis ni.. Tapi kalau nak redah cari pon , tak kisah .. Leh gi tengok kat FB  ( HIJRAH COUTURE ) atau web ( www.hijrahcouture.com  ) mereka dan cuba tanya dulu .. kot kot ada ke size yang dikehendaki ..

Harga ? Mampu beli punya.. InshaAllah .. Dan mereka akan keluarkan tudung serta shawl mereka nanti.. Heeee …

Selesai satu part .. nak cari baju anak anak lak .. Bapak ? tak yah la.. pakai apa yang ada.. kang kacak lak , ada yang terpikat.. hee..

WEB : http://hijrahcouture.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/HijrahCouture

TWITTER : hijrahcouture

Zahra miliki rambut daddy ?

 

Rambut pacak pacak ? Sama cam rambut daddy ? Hahahaha .. Qhaliff dulu pun rambut gitu tapi selepas panjang , dia menurun… cam rambut aku masa kecik dulu gak .. Aku suka style rambut gini.. comey !

Dan Zahra , kembali menghangatkan suasana rambut pacak ni ! Hehehee.. Apakah anak perempuan tak sesuai rambut pacak ? Huhuh.. Nak kisah apa .. dia kan nanti bertudung .. heeee ..

Photo Photo

Sengih dia bila cukup tidur.. Tiap kali bangun tidur.. ginilah rupa dia .. sengih sengih ! Kalau tak cukup tidur ? Aku rasa Kiki pun kalah punya laa.. Garang benar muka ! Hahahah .. Kening macam nak bercantum ketika tuu…

Rambut tu.. aku rasa mmg rambut aku.. Kalau rambut wife ? Cam rambut Qhaliff ke ? Er , mana leh cakap.. tu aurat .. heeee…

Terpaksa beli majalah Ujang !

 

Photo: Lama tak layan..

Kali terakhir aku beli majalah ni , rasanya 4-5 tahun lepas kot .. Tu pun sbb nak feel raya bersama majalah kesayangan aku ketika aku remaja dulu ! Wajib beli setiap tengah bulan dan hujung bulan ! !

Pada ketika tu , UJANG sendiri menjadi tarikan majalah tu.. Selepas kehadiran komik komik HongKong , majalah ni aku kurang dah beli apatah lagi aku tak dapat rasa ‘hot’ lagi ..

Aku tahu.. bukan mudah nak hasilkan satu satu karya yang mampu membuatkan pembaca tersengih cam kerang busuk ! Aku mampu ketawa sendiri dalam bas mini ketika membaca majalah ni ! Hingga beberapa kali ditegur oleh ayah aku kerana ketawa sorang sorang !

Sekarang ? Tadi di HKL , aku nak pecah duit untuk bayar parking. Masuk kedai runcit , tak tau nak beli apa.. Ternampak satu brother tu amik majalah Ujang ni.. Aku pun amik gak la.. Lama tak baca ..

‘Isu Bumper’ .. Isu kegilaan aku dulu. Tebal dan memuaskan hati ! Dulu laaa .. Sekarang ? Hurmmm .. Aku buka sehelai demi sehelai .. Dan akhirnya aku letak atas katil .. tak sampai tengah pon aku belek ..

Hampa… Di mana UJANG yang berjaya menghiburkan hati aku , satu tika dulu ???

New Life, New Hope, New Promise

 

-iklan berbayar-

 

Kehidupan bermula dengan begitu indah. Saat kehamilan adalah sesuatu yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri.

clip_image002

Anak yang dikandung diharap supaya selamat dilahirkan dan seterusnya lahirlah seorang bayi yang comel, permata hati kesayangan ayah dan ibu.

clip_image004

Anak itu kemudiannya membesar dan bagi ibubapa, hadiah terbesar kepada si anak adalah dengan memberikan pendidikan yang paling baik untuk mereka.

clip_image006

Namun, ada ketikanya semua yg dirancangkan tidak seperti yang diharapkan. Kecemasan boleh berlaku pada setiap peringkat kehidupan si anak itu, walaupun ketika di peringkat kehamilan.

clip_image008

Memperkenalkan Prumy Child Infant Care, yang pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan bermula dari dalam perut ibu.

Plan yang menyeluruh, kerana bukan sahaja menyediakan perlindungan juga turut memberikan kelebihan simpanan yang membolehkan ibubapa memberikan pendidikan yang terbaik untuk si anak.

Prumy Child Infant Care sepintas lalu..

PMC Infant Care boleh dipohon oleh ibu yang mengandung pada usia kandungan antara kehamilan minggu ke-18 sehingga minggu ke-35, yg mana umur ibu adalah diantara 18  sehingga 45 tahun (hari jadi akan datang).

Ciri 1: Perlindungan di peringkat kehamilan

Melindungi kewangan anda jika berlaku komplikasi ketika kehamilan sebagai contoh Eklampsia, Abrupsi Plasenta, Embolisme Cecair Amnion ataupun kematian janin.

clip_image009

clip_image011

Ciri 2: Perlindungan sejurus selepas kelahiran

Menurut kajian, neonatal jaundice (penyakit kuning pada bayi di awal kelahiran) menyerang hampir 75% dari jumlah kelahiran. Dari jumlah ini 20% daripadanya memerlukan rawatan. Melalui Prumy Child Infant Care, jaundice yang memerlukan rawatan fototerapi kini termasuk dalam skop perlindungan.

clip_image012

Manakala, rawatan ICU/HDU kini menyeluruh kepada semua jenis kelahiran (tidak terhad kepada kelahiran pra-matang)

Ciri 3: Perlindungan terhadap 15 jenis penyakit kongenital

Dengan Prumy Child Infant Care, kos rawatan untuk penyakit kongenital terus sahaja tersedia tanpa ada pengecualian di dalam polisi.

clip_image014

Ciri 4: Penyediaan perlindungan lanjut kepada rawatan hospital dan klinik

PMC Infant Care disediakan supaya ianya fleksibel kerana mudah ditambah dengan manfaat lanjutan lain seperti kos rawatan klinik yg komprehensif, rawatan hospital jika berlaku kecemasan dan manfaat pendapatan gantian.

clip_image016

Ciri 5: Penyediaan dana pendidikan bermula seawal minggu ke-18 kehamilan

Dengan rider dana pendidikan khas, perancangan dana pendidikan untuk anak anda kini mendapat kelebihan dengan pelepasan cukai.

clip_image018

Maklumat lanjut boleh disemak melalui website rasmi:

http://www2.prudential.com.my/corp/prudential_en_my/solutions/protection/PRUmychild

Atau boleh terus hubungi agen anda untuk temujanji:

Hakiem Zakaria

Whatsapp: 0122903143

Email: mhzmohdh@yahoo.com

Facebook: https://www.facebook.com/solusi.insurans.takaful

Perketatkan etika pemakaian !

 

Kalau orang tu pengemis , fakir miskin .. ok lagi la.. Tapi kalau dia punya gaya serupa memiliki kereta Peugeot yang baru dibeli semalam .. tu melampau laaa !!

Maksud aku ialah pemakaiannya ketika berada di hospital ! Tak kira la samada datang melawat , mendapatkan rawatan ( melainkan kebetulan dia sakit ) , pemakaian perlu sama sekali diambil berat !

Semalam di HKL.. Teman ayah aku buat rawatan lanjutan kansernya..
Skg di bhgn menunggu. Terpandang seorang perempuan berkaca mata hitam berjalan ke arah aku dan berhenti lalu duduk disebelah seorang lelaki yg nampaknya mcm sebangsa aku .

Yg menarik perhatian aku ialah perempuan tu.. Berbaju jarang cerah hingga menampakkan baju dlm warna pinknya.

Maaflah.. aku bukan nak mengajak mengumpat tapi sebaliknya meminta kita sama sama bersepakat meminta kerajaan menguatkuasakan etika pemakaian di  tempat awam seperti hospital , jabatan kerajaan.. Kalau mereka berpakaian yang boleh dikategorikan sebagai ‘melampau’ , jangan benarkan mereka masuk ke premis mereka atau sediakan jubah untuk mereka seperti mana nak masuk masjid Putrajaya.. Heeee..

Bukan apa.. Bila berurusan dengan perempuan yang berpakaian seksi , mata tertarik pada tempat tak sepatutnya disebabkan syaitan dok bergayut kat situ ! Kalau berusaha melawan pon , jadinya tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelanggan yang berada di hadapannya !

Jangan sampai ada berbra dan berseluar dalam je gi hospital , baru nak amik tindakan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI