Ahad, 20 Julai 2014

Salam Ramadhan with Mothercare & ELC

 

Semalam di Alamanda , Putrajaya.

Sememangnya menarik aktiviti yang diadakan semalam.. Antara yang sempat aku ikuti ialah Magic Show , nyanyian dan pertunjukan fesyen pakaian baby dari Mothercare dan Gingersnaps.

Antara kenalan yang aku sempat jumpa semalam ialah , kak Lily Haslina… seorang novelis yang sporting !

Ok.. terus terang .. masa pertunjukan silap mata , aku lari ke bahagian lain ! Aku risau jadi sasaran untuk dipanggil naik ke atas ! Hahahaha …

Pertunjukan silap mata dia berjaya memukau penonton yang hadir ketika tu.. terutama part dia diikat tu ! Ok , aku pun terpinga pinga gak ! Hahahaha ..

Persembaan dah Lah VE .. Alhamdulillah .. sejuk persembahannya.. Sesuai dengan penonton yang hadir .. hehehe.. Terhibur semua .

Dan akhir sekali sebelum aku beransur pulang .. pertunjukkan fesyen yang melibatkan artis artis dikenali ramai seperti Yasmin Hani , Daphe King , Aishah Sinclair..

Hurm.. nasib baik wife aku tak ikut sama.. kalau tak , confirm dia akan tergoda dengan pakaian anak anak kecil tu ! hahahah ..

Untuk melihat lagi pakaian kanak kanak serta keluaran terkini dari Mothercare ni , boleh layari www.mothercare.com.my ! Suka stroller terbaru dari mereka .. huhu ..

Terima kasih Mothercare ..

Photo: Salam Ramadhan dari Mothercare & ELC

Sakit hati dengan staff Blue Cube Celcom Alamanda !

 

Setiap kali aku nak masuk situ , aku akan tarik nafas panjang panjang.. Betapa aku ‘takut’ benar nak masuk situ ! Takut tengok muka garang staff dalam tu..

Hari tu , aku masuk.. tanya camana nak upgrade dari 3G ke 4G.. Dia punya jawab tanpa senyum , mmg boleh buat aku kena tekanan darah tinggi kat situ gak !

“ Server down.. “. Tu jer !

Aku cuma nak tau , boleh buat atau tidak.. Kalau nak buat , berapa lama nak buat dan prosedurnya.. Tu jer pun ! Terus aku keluar dari situ sambil menolak stroller yang mana Qhaliff berada di dalamnya..

Semalam , aku kembali lagi.. Mengeluh aku.. Terpaksa punya pasal , aku gagahkan jua ke situ .. Ada 3 kaunter.. 2 dok layan pelanggan. Satu lagi sibuk menulis..

Aku ke kaunter yang dok sibuk menulis. Orang yang sama .. yang tak reti senyum ! Aku bagi salam.. Suara seakan tak keluar. Dia , pandang aku pun tidak padahal aku berdiri depan dia !

Tapi bila mereka berborak sesama mereka , reti pulak senyum dan ada suara .. Adeh.. Aku nak jeeee tegur perangai dia tapi risau kang bertekak kat situ. Aku ni , malas nak bertekak .. kang rosak mood … kerja aku terbengkalai !

Hurmm.. Qhaliff , yang ikut sama aku pagi tadi ke Alamanda , mula meronta nak keluar dari stroller dia.. Aku terpaksa keluar dari situ.. I’ll be back !

Dalam kul 12 tengahari , aku hantar Qhaliff pulang dulu dan aku kembali semula ke Alamanda disebabkan ada tugasan perlu diselesaikan ..

Dan sekali lagi aku kembali ke sana .. Dan takde pelanggan pon kat situ.. Hurm.. Terus aku bertanya dan dia buat .. Tak sampai 5 minit pon .. settle ! Lerrrr..

Sewaktu bayar duit sim tu , aku ucapkan terima kasih.. Perghh.. jawab tidak , senyum tidak… pandang muka aku pun tidak ! Mak aihhhhh.. Dia pikir dia punya penat berpuasa je ke ????

Aku up di FB isu ni .. dan tu diaaa… Rupanya , bukan aku sorang je mangsa kes ni ! Hahahahaha .. Antara komen menarik ialah :

  • Memang pun dik oii...muka takda perasaan lansung..tak mesra alam lansung..lagi2 yg lelaki tu ermmm hempeh
  • Ramai dah komplen pasal diorg ni..pegi sg.chua je terus.sy penah komplen pasal diorg ni kat sana..
  • Tambah2 yang pakai spec mate tu.. Erghhhh.. Nk layan mcm tknak..
  • betul abg ben... sy pun kena jugak dgn dia org... muka cam kena paksa buat kerja..
  • Memang pon...muka ketat nak toooottt...rasa nak lempang upside down sajaaaa.

Minggu sebelum tu , aku dan wife ke Maxis Centre untuk tukar sim ke macro sim.. Staff kat situ tolong buatkan , segera .. FREE ! Senyum lagi ! Huhhhh… Berbeza sungguh ! Penat je company buat promosi kaw kaw .. tapi orang bawah kasi jatuh reputsai !

Berenti je keje kalau terpaksa keje ni .. Ikhlaskan diri bila bekerja ni .. InshaAllah , tak terasa beban pon..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI