Rabu, 23 Julai 2014

Tiada lagi DISNEY untuk anak anak aku !

 

Kenapa ??? Lama dah aku tau tapi kurang waspada ! Hurmm.. Kesannya , memang nampak la sekarang ni .. Anak anak kecil termasuk kita sendiri yang membesar dengan kartun kartun Disney dan juga seangkatannya , ‘memuja’ dalam tak sedar !

Tengok saja kartun kartun adiwira atau superhero bila diadaptasikan ke filem.. Kita yang dah besar panjang ni jugak gi tengok ! Kenapa ? Sebab dari kecik lagi dah minat ! Bermakna mereka berjaya ‘brainwash’ kita dah !! Hurmm ..

Mereka berjaya dengan agenda mereka ..

Aku dah syak .. Ayat ni macam pelik je dalam Disney MickeyMouse Club House.. Hurmm.. Aku try carik maksudnya , tapi tak jumpa.. Alhamdulillah , berjaya jumpa dalam buku yang aku cari ni !

Dan paling menarik ! Tadaaa ..

Mesti ada yang nak nafikan kan ? Hehehehe .. Tak percaya ? Mestilahh.. Dah kena brainwash ! Maka tak percaya laahh.. Ada ke nampak puteri puteri ni bertudung dan menutup aurat dengan sempurna ? Heee.. Mesti laa… Bukan orang Islam yang buat ! Jadi yang kita yang Islam ni nak sanjung watak watak ni kenapa ? Aisey..

Risau pergi shopping mall !

 

Hurm.. budak ni dah dapat kaki .. Dah boleh lari tanpa terhuyung hayang .. laju pulak tu !!

Skang ni , dia gemar test aku.. Tempat dia nak test , shopping mall lak tu ! Haihhhh … Bahaya betul.. Kalau aku letak dalam stroller , dia meronta nak turun. Bila letak , panjang kaki dia..

Sebab tu kalau wife dok mencari barang , keputusannya .. kena segerakan atau pulang ! Jangan dapat barang , anak tercicir kat mana tah ! Haaaa…

Tadi , gi Warta Bangi. Dalam kereta dia tidur. Bila sampai , dia jaga . Letak dalam stroller , memula ok .. pastu boring , dia turun sendiri dengan cara mengelongsor keluar .. Huhhh..

Pastu terus lari ! Jangan kejar dia .. Wat dek jer.. tapi ikut dalam diam.. Kalau kita tak kejar , dia akan patah balik … Sebelum dia lari , dia akan pandang lokasi asal dia.. Dia akan mark dulu supaya tak sesat ! Aku dah ‘belajar’  perangai dia ni ..

Aku pernah cuba ilangkan diri tapi ada dekat ngan dia. Memang mengelabah dia .. Menangis ? Tak de la pulak.. Terus wat hal sendiri.. Bila aku munculkan diri , terus dia datang peluk.. Haa.. Tau takut .

Hurm.. cara terbaik utk elakkan masalah , kena rasuah dia dulu. Bagi dia duduk diam dan pastikan dia bukan dalam kelaparan !

Logkan aktiviti anda dengan SONY SmartBand Swr10

 

Sewaktu aku menerima email untuk mereview produk ini , aku agak terpinga pinga .. bila pulak Sony keluarkan produk ni ? Hurm… Menarik ! Aku ingatkan Samsung je rajin keluarkan gadget gadget macam ni !

Aku google untuk cari info mengenai SmartBand Swr10 ni . Menarik ! Ramai dah yang buat review mengenainya . Tak sabar nak guna Smartband Swr10 !

Dan akhirnya , aku mula menggunakannya … Sebelum tu ! Kalau nak guna SmartBand Swr10 ni kena ada smartphone android KitKat 4.4 ! Aku dah cuba dengan yang lain.. Sememangnya tak boleh ! Nak lagi best , guna terus dengan Sony Xperia Z2 ! Memang gempak la penangannya . Nanti aku ceritakan kegempakkannya !

Sony SmartBand SWR10 inline

Talinya getah yang kalis air. Maknanya nak pakai dalam hujan pon ok.. Takde paparan skin kat atas ? Eh , tu gunanya smartphone kita ! Hehehe.. Segala paparan akan keluar kat sana !

Ok.. Untuk apa smartband ni ? Tujuan utamanya adalah untuk logkan aktiviti harian kita ! Contoh dari pukul berapa kita tidur.. Apa kita buat sebelum tidur seperti berjalan , berjogging , berlari atau habiskan masa dengan smartphone kita ! Segalanya direkodkan termasuk juga penggunaan kalori !! Heeee ..

Kalau pakai SmartBand ni 24 jam , kita akan nampak segalanya aktiviti kita terutamanya dengan handphone kita tu.Cam berapa lama dok berwhatsapp , layari internet , amik gambar dan sebagainya .

Best sangat ke sampai nak tidur pon direkodkannya ? Hehehe.. Best ! Nampak tak , berapa kalori kita diberitahu ketika kita tidur ? Ketepatannya ? Aku tak berani la nak bagitau ianya tepat 100% .. Tapi sekurangnya , ada juga jangkaan kan ?

Selain rekodkan aktiviti kita tu, ada banyak lagi kegunaan Smartband ni… Cam alarm , Find Phone ( jika kita tinggalkan phone kita tu dalam jarak tertentu , smartband ni akan bergetar ) .

Pada asalnya , aku nampak penggunaan SmartBand yang berhubung secara terus dengan smartphone akan menyebabkan kehausan bateri tetapi setelah disetting betul betul , ianya tidaklah hauskan sangat bateri smartphone.. Nak lagi jimat , lepas guna .. sign out. Nak pakai , log in semula.. Heeee..

Terus terang aku bagitau la yer.. Memula aku plan nak jual atau bagi kengkawan jer selepas aku buat review smartband ni .. tapi nampaknya .. aku dah terpikat dengannya ! Maaf la yer ! Aku nak pakai .. hheheheh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI