Khamis, 24 Julai 2014

Kalau nak pulang beraya di kampung !

 

Alhamdulillah.. Sampai dah di kampung wife. Aku terpaksa batalkan puasa aku. Lagi pun aku musafir. Terpaksa sbb aku memandu jauh. Dengan cuaca yang panas , kereta yang banyak .. aku perlukan air utk memastikan segalanya berjalan lancar ! Aku tak biasa jalan jauh ketika puasa.. Ada yang biasa .. Tidak bagi aku. Nanti kena ganti semula.

Haa.. tadi ! Nak diceritakan , tadi ada la sebijik kereta Myvi berwarna purple.. Sangatlah kurang ajarnya cara dia memandu ! Apa yang dia lakukan mampu membuatkan 3 bijik kenderaan mengalami kemalangan !

Bayangkan dia datang dari belakang kereta aku pastu terus memotong aku di sebelah kanan tanpa dia perasan ada lori dari arah bertentangan !

Aku dah nampak apa yang akan dia lakukan sekiranya lori tu betul betul berdepan dengan dia  iaitu terus menghimpit aku ! Tapi aku dah standby !! Aku perlahankan kereta dan biarkan dia masuk seterusnya aku bagi hon kuat kuat ! Segalanya berlaku dalam tempoh 5 saat !!

Kemudian aku kejar dan amik gambar kereta tu ! Hurmmm .. Aku ingatkan dia serik ! Rupanya , dia terus bersikap demikian di kala kereta dok beratur nak potong lori ! Hurmmmm …

Photo

Tolonglah berhati hati .. Kalau rasa tak nak hidup lama , pastikan anda tidak melibatkan orang lain !

‘ Mencari yang tersembunyi ! ‘

 

Bayangkan eh.. Dari kecik dah biasa nampak di tv ! Akhirnya bila dah besar , ianya ‘biasa’ dah ! Sebab tu laaa .. bila orang sekarang , dah takde rasa segan silu atau malu malu sbb dah ‘biasa’ kerana dari kecik dah dibasuh otaknya melalui hiburan yang antara nampak dan tidak ! Kita tak perasan tapi ianya wujud , secara senyap !

Kita mungkin boleh jaga anak anak kita supaya terhindar dari anasir anasir yang mampu merosakkannya tetapi dia akan berkawan dengan kawan kawan yang mungkin dah pun dijangkiti virus virus merbahaya gini ! Lebih bahaya , virus ini tidak nampak tetapi mampu mempengaruhi mereka !!

Kanak kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi ! Otak mereka segar ! Menyerap apa jua maklumat dan menyimpannya untuk jangka masa yang panjang !

Bayangkan gambar ni .. Kalau orang tua cam aku tengok , mungkin tak nampak apa yang tersirat.. Apakah ianya satu kebetulan ??? Klik pada gambar dan tengok besar besar gambar asal !Takkan gambar perempuan tu tak disengajakan oleh pelukis profesional ???

Ok.. tak puashati lagi ? Tengok gambar di bawah ni pulak ..

Sengajakah ianya dilukis begitu ??? Hurmmm … Budak budak tengok tanpa ada perasaan tapi mereka menontonnya dan serap terus ! Bila nampak di dunia realiti , mereka ‘biasa’ dah !

Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini … Hurm..

Dan permainan yang kita belikan secara tidak disedari pada anak anak kita ..

Suatu kebetulan kah ?

Mungkin ada yang ketawa mengatakan penulis buku ni mengarut atau aku yang terlebih emosi ! Terpulanglah .. Masih belum terlambat untuk memperbetulkan segalanya !

Sekarang ni pon , asal ada movie animasi di panggung .. kita akan berlumba nak tengok dulu ! Pasal apa ? Best sangatkah ? Atau nak mengimbau sejarah waktu kita kecik dulu.. Dan mereka yang tak menonton sejak kecil dulu pasti akan kata cerita tu mengarut sama sekali !

Bukan senang nak mencari yang tersembunyi walhal ianya wujud ! Cara nak menakluk manusia ialah dengan mencari kelemahannya .. dan kelemahanya ialah dengan melalaikan mereka.. Cara untuk melalaikan mereka , ialah melalui hiburan !

Jika si kecil kembung perut !

 

Zahra kembung perut … Dulu wife sapukan dengan minyak yuyi.. Sekarang , tak dah .. Guna ubat Batook Ori ni jer .. InshaAllah ..

Ramai dah kawan kawan di FB aku ni guna.. Katanya positif.. Dan mencarik lagi kat mana jual !

Sekarang ni.. mudah dah ! Ada agen sekitar korang ! Kalau takde , korang leh jadi agen.. hehehehe .. Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke Pati Batook Ori.

Pulang berhari raya !

 

Alhamdulillah .. Wife tersenyum gembira ! Dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.. Kali ni , ianya lebih bermakna dengan kehadiran orang baru iaitu Zahra ..

Jangka akan bertolak selepas subuh tapi aku hingga sekarang masih belum tidur lagi ! Dah kul 4 pagi.. hehe.. Tadi gi jumpa rakan blogger #KelabBloggerBenAshaari , Fazrol di area rumah mak aku.. Saja je jumpa borak ..

Nak ikut jalan mana ? Hurm.. Tak pasti lagi. Kena tengok keadaan di Tol Gombak nanti. Kalau kat sana clear , ok laa.. Boleh ikut Gua Musang. Kalau tak , lari ikut laluan Pantai Timur la.. Hurm..

Bagi rakan rakan yang berhari raya di Kelantan , jangan lupa bagitau eh.. Leh gi raya umah korang nanti ! Hahahaha .. Seminggu kat sana woooo.. Banyak rumah leh gi ! Perghhh .. Kononnya laaa.. Jammed wooo !!!

Tolong doakan perjalanan kami , selamat pergi dan pulang ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI