Jumaat, 25 Julai 2014

Semakin cerah !

 

Hurmm.. Kekadang aku tengok Zahra , gelap.. Kekadang cerah dari aku ! Ehhhh.. mana satu kulit dia ni ? Ke dia ni ikut warna persekitaran dia ni ??? Adehhh..

Photo

Photo

Masa mula mula dia lahir , orang yang tengok dia kata dia ni putih merah ! Aku tergaru garu kepala . Tang mana diorang tengok Zahra ni putih merah ?? Yang aku nampak , Zahra ni dah amik ‘color’ aku ! Hurmm..

Dan sekarang , mmg jadi kenyataan .. Dia semakin cerah .. Dan semakin buat aku geram nak gigit dia ! Banyak main budak ni !! Muka garang tapi bila senyum , cair tengok ! Aiseyman…

Pakai niqab besar nanti.. Pening daddy nanti !

Duit syiling oh duit syiling !

 

Teringat ketika aku kecik kecik dulu bila gi beraya rumah orang .. Antara duit syiling yang menjadi kegemaran ialah 50 sen dan 20 sen .. Seingat aku , RM1 masa tu lom keluar ..

Bunyi duit syiling di dalam poket , memberi semangat untuk pergi beraya rumah jiran tetangga lagi .. Hehehehe .. Berat pon berat laaa.. Janji duit !

Sejak duit syiling ditukar .. Aku tak gemar menyimpan duit syiling dah ! Duit syiling sekarang ibarat duit mainan murahan ! Maaf cakap laa.. Kalau aku gi kedai , beli barang .. baki syiling tu aku letak je dalam tabung yang ada di depan mata aku atau duit tu akan bersepah !

Kenapa ???? Sizenya , warnanya dan beratnya membuatkan aku keliru. Sama dan seperti tiada nilai ! Hurmmm .. Terutama bila terjatuh dari tangan .. Bila mencecah lantai duit tu , bunyi yang keluar macam mainan RM1 je jatuh ke lantai ! Haihhhh ..

 

Kalau aku jadi budak budak sekarang , duit syiling bukanlah sasaran aku ketika gi beraya rumah orang ! Hahahaha.. Gile kejam ! Pastinya wang kertas impian aku dan aku pun yakin , orang sekarang tak bagi dah syiling kat budak budak yang datang beraya kat rumah , kan ?

Aku

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI