Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 27 Julai 2014

Kredit Celcom anda dipotong tanpa izin ?

 

Perghh.. Kalau 5 sen aku berkira , ni kan pula berhengget hengget !! Ingat senang ke nak dapatkan duit ? Dah la zaman ni , dapat duit ..kita secara tak disedari gi salur kat Israel tu haaa ! Hee.. Tu isu lain.

Ini kes yang baru aku dapat tadi.. Geram pulak aku tengok jumlah yang dia nak amik tuuu.. Kalau orang tak perasan , mmg selamat jalan romeo la setiap bulan ..

Photo: Ni pon satu lg perangai zionis.. Main suka sukaaa jeer .. Pelik aihhh..

Aku pun tak tau apa menda ni ? VC9 ?? Apa kemenda ni ??? Iskh iskh iskhh…

Dan rakan dunia maya aku whatsapp bagitau cara nak tutup semua masalah duniawi ni …

Yeessss !! Settle masalah aku .. Tapi boleh pulak dia offer lagi ? Kalau nak reactive !!  Mana bisaaaa .. Gila la aku kan ?

Terus hang sistem dia ! Haaaa… Hahaha.. Takde la hang.. Cuma pening jap je.. Hahahaha .. Adehh.. macam macam ..

Sahur terakhir ..

 

InshaAllah .. esok raya .. Dan sahur terakhir untuk puasa kali ni , ketupat sotong. Mak mertua aku buat.. Hehehe.. Ada banyak.. Aku makan dalam 4 gitu.. heeee .. Bukan selalu dapat makan ..

Apa yang sedap ? Hurm.. aku mmg suka sotong gini .. Kalau ada sambal sotong ni dengan nasi panas .. confirm tersadar kat sofa punya la pastu.. huhu ..

Ketupat sotong ni , isinya pulut.. Pastu kuah hitam tu kasi menambahkan lagi kesedapannya.. heehehe ..

Setakat ni , aku cuma jumpa ketupat sotong ni kat Kelantan.. Tak pasti la kat tempat lain.. Heeee .. Ada gak eh ? Apa nama ?

Pok Dee Murtabak di Kelantan !

 

‘ Sedap & Bersih ‘ katanya !! Yeke ??? Hurmmm ..

Kelmarin singgah beli murtabak ni selepas adik ipar aku kata sedap ! Sohor katanya .. Sohor tu terkenal la.. Heheheh .. Aku tak pernah dengar murtabak ni. Murtabak Diraja tu , tau laa..

Maka beli la dalam 3 keping gitu untuk rasa .. Dan semalam , aku beli lagi untuk kali ke dua .. Hhehehee.. Ok , aku akui mmg sedap dan bersih ! Peniaganya pon ramah dan jujur .. Alhamdulillah ..

Aku beli 4 keping.. RM10.20 ! Ok la harganya.. Sesuai dengan rasanya juga.. Sedap !

Photo

Aku upload di Facebook.. Rupanya mmg dah ramai tau murtabak ni.. Huhu… Boleh beli lagi pasni .. heeeee.. Sedap ok !

Sikap tidak sabar , menyusahkan orang lain !

 

Sejak kelmarin , berita mengenai jalan jammed sana sini merajai Timeline Facebook aku ! Nasib baik aku sampai lebih awal. Kalau tidak ?? Tak tau laa camana nak cakap walaupun sebelum ni pon , aku sekeluarga memang biasa dah balik berjam jam lamanya sebab banyak sangat berhenti. Heee..

Antara punca kesesakkan lalulintas adalah kerana kemalangan jalanraya ! Kereta bertembung sesama sendiri atau dengan bas ! Pemandu yang tak sabar , lalu memotong dan masuk ke laluan bertentangan tetapi gagal masuk balik ke laluan asal lalu bertembung dengan kenderaan yang menghala ke arahnya..

Ya ! Memang kerap berlaku setiap kali aku ulang alik ke Pantai Timur ! Tak kira la pemandu tu lelaki atau perempuan.. sama je perangainya. Tak sabar sungguh ! Nak potong tu boleh tapi pastikan keadaan selamat terlebih dahulu. Ni tidak ! Main potong jer .. Pastu himpit orang bila nak masuk ! Bila tak dapat masuk ?? Apa jadi ? Jadi la seperti mana yang kita baca di dada akhbar tiap kali menjelang perayaan !!

Bagi kawan kawan yang masih belum pulang ke kampung halaman.. Silalah memandu dengan berhati hati. Banyak faktor kena amik kira. Keadaan kereta , cuaca , pemandu lain dan juga diri sendiri !

Biar lambat asalkan sampai dengan selamat !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI