Khamis, 31 Julai 2014

Kelebihan GoPro bila berhari raya !

 

Bila gi berhari raya di rumah kawan kawan .. pastinya akan ada yang mintak amikkan gambar.. Bila guna kamera handphone , payah nak undur undur haaa.. Kang terlanggar meja kerusi atau orang.. dah satu hal ..

Maka , tadaaaa .. Gunakanlah GoPro .. Letak kat tempat tinggi pastu halakan ke ruang tamu.. Dan .. Tu diaaa… Dapat semua sekali ! Hahahaha.. Pueh hati kooo ..

Terlupa nak pasang di dua rumah sebelum ni.. Entah tetiba di rumah ni , aku gatal nak pasang.. Heee.. Senang tuuu..

Cun gambar kan ? Nak tambah akesori pasni.. Nak letak kat kepala .. heee…

Budak dan ‘duit raya’ !

 

Kalau orang beri duit raya kat dia , pandai dia capai dan sengih.. Masa ni , terlupa dah nak cakap 'terima kasih’ walhal mmg mudah keluar dari mulut dia ‘terima kasih’ tu .. Huhu ..

Dan menariknya , dia akan cari duit dalam tu.. Koyak dan keluarkan duit.. Pegang ! Sebelum tu , dia akan angkat tinggi tinggi duit tu dan bersorak !

Aku test dia .. Tetamu bagi duit raya kat dia , cepat cepat aku amik dan keluarkan duit .. Pastu sampul tu kasi dia .. Terus bising cari duit dia ! Hahahaha ..

Tuuu.. siap tidur pegang duit.. Tapi dia tak la tahap beria benar.. Dalam 5 minit gitu je dia akan pegang.. Pastu serah kat mak dia .. Hurmm ..

Seluar Levi’s Qhaliff ..

 

Hurm… Ternampak seluar ni kat satu butik di Alamanda sewaktu gi membeli belah persediaan hari raya tempoh hari.. Harga dia dalam RM69 jer 

Tiruan ? Aku tak rasa la tiruan .. Kain dia lembut dan sedap jer bila pegang.. Kalau tiruan , mesti keras .. Ni Qhaliff pakai , takde pulak nampak dia tak selesa.. Siap berlari sana sini dengan gembiranya lagi ! Hahaaha ..

Silap beli sehelai je ari tu .. Balik Putrajaya ni , kena gi beli barang sehelai dua lagi .. Huhuhuh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI