Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Ogos 2014

Kemalangan sebab salah sendiri ?

 

Alhamdulillah.. Dalam kul 8 malam , aku sekeluarga sampai rumah aku. Terima kasih atas doa kawan kawan ..

Bertolak dari Kelantan selepas subuh , aku jangkakan akan sampai di KL sebelum masuk waktu Zohor .. jika jalan tidak sesak atau ada kemalangan maut ! Huhhu..

Tapi perancangan aku tidak menjadi kenyataan .. Aku tiba di KL , dalam jam 3 petang. Ini disebabkan aku banyak kali berenti untuk merehatkan mata yang terlalu kerap keletihan ! Letih pelik sungguh !! Nak kata cuaca panas , tidak tapi asyik nak tertutup jer ! Nasib baik tak jadi apa apa walaupun ada sesekali nak terbabas .. Nauzubillah .. Mintak dijauhkan dari malapetaka ..

Salah satu lagi punca kemalangan selain dari faktor keletihan adalah , sikap tidak sabar pemandu yang membuatkan pemandu lain menerima kesannya !

Macam hari ni.. Banyak benar kereta yang ‘pancung’ kereta aku tanpa beri ‘isyarat’ atau beri minit minit kecemasan ! Gile ke apa ?? Kita yang menjarakkan kereta dengan kereta depan , tetiba terpaksa tekan brek semata mata untuk kasi dia lepas masuk walhal sebelum tu beria sungguh dia dari nun belakanggggggggg sana tu , memotong berbuah kereta untuk mara ke hadapan tapi terbantut hasrat bila ada bas atau kenderaan lain sedang menghampiri dia dari arah bertentangan !

Bayangkan dlm situasi gitu , kita dok melayan anak ! Apa jadi ???

Awal pagi ni !! Nak kejar apa ??? Gara gara sikap tidak sabar dia , orang lain mungkin jadi mangsa !!

Clear je jalan pagi tadi.. Tapi punya la banyak kereta bersungguh memotong dan memandu dengan laju.. Nak gi kubur ke bang ? Kalau nak gi kubur , gi sorang sorang la.. Dalam kereta tu ada anak bini ! Tak kesian ke ? Kalau mati terus tak pe la.. Tanam je .. Tapi kalau cacat atau cedera parah ? Camana ?? Sapa susah pastu ??

Cuaca tenang.. sejuk jer .. Cuba la memandu dengan rileks sambil menikmati permandangan yang indah tu.. Bukan senang wooo ! Bila datang jerebu , jgn mimpi la nak hirup udara atau menikmati permandangan gini ! Dah rasa dah !!

Pandu cermat , inshaAllah semua orang selamat ..

Masa untuk pulang ke kotaraya ..

 

Selamat sudah berhari raya di kampung halaman.. Tiba masa untuk kembali ke ‘markas’ masing masing .. Ada yang dah kembali ke pejabat . Ada yang masih mencari feel nak kerja .. Dan ada yang dah berenti terus ! Malas nak kerja ngan orang katanya !! Haaa..

InshaAllah , aku sekeluarga akan pulang ke kotaraya awal pagi ni .. Dan rasanya , aku akan pasang kamera GoPro di depan kereta aku memandangkan banyak kenderaan akan turun berada di jalan raya nanti..

Berdasarkan pengalaman lepas , banyak kereta tak sabar nak sampai ke kampung halaman dan pastinya akan begitu juga nanti , untuk sampai ke rumah masing masing ..

Gunanya kamera depan kereta ni penting wooo ! Kalau berlaku apa apa , bukti ada dah ! Cerita banyak tak payah dah wo !! Haaaa ..

Photo: Nak pasang GoPro sepanjang perjalanan pulang nanti..

Kualiti gambar pun , mmg puashati laaa !! Haaa.. Nanti kalau ada rezeki lebih , aku nak tambah aksesori.. Boleh jugak guna bila aku di Phehrisss nanti ! Hahahaha .. Belum gi lagi dah pasang angan angan !

image

Cool kan ? Hehehe .. Aku gile jap bila masuk ke web cameralah.com tu .. huhu ..

Ok ok .. Doakan agar kami sekeluarga selamat tiba .. Terima kasih atas doa kalian .. Semoga Allah berkati anda sekeluarga ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI