Sabtu, 2 Ogos 2014

Akhirnya , aku ada passport !!

 

Serius , aku tak pernah teringin nak ada passport ! Walaupun ada la keinginan melancong ke luar negara tapi disebabkan dek memikirkan kemalasan untuk menunggu lama untuk mendapatkan passport , aku simpan je hasrat aku tu.. heeee ..

Nak dijadikan cerita .. disebabkan aku kan kena guna passport untuk ke luar negara tengah bulan ni , maka nak tak nak .. aku kena buat jugak !!! Atau aku kena tolak je pelawaan dari syarikat besar tersebut untuk ke Perancis ! Gulp..

Buat pon buat laaaa !! Rupanya , tak susah pon nak buat passport ni.. Yang susah cumalah jika datang lambat dan orang dah ramai.. Nak tak nak , kena la tunggu yer .. Heheheheh … Berapa lama ? Bergantung pada berapa ramai orang yang datang .. Heeee..

Photo: Tadaaaaaa.... Parissss , mu tunggu aku datang !!!

Aku buat untuk 2 tahun je .. Malas nak buat panjang panjang.. Kang ada yang asyik nak keluar negara jer .. Heheheeh.. Kalau ‘dibelanja’ , ok la gak kan ? Nak guna duit sendiri , rasanya banyak komitmen aku skang ni.. huhu…

Camana nak apply passport ???

Nampak dah ? Faham ? Tak paham kalu , sila call imigresin pada waktu pejabat yer .. hehehe …

Tak sabar lak nak gi sana .. hee…

Sapa tiru sapa ?

 

Hurmm.. sama ke ?? Aku tiru Zahra atau sebaliknya ???

Dah pandai memujuk !

 

Hurm.. tiap kali aku marah pada dia .. Dia akan pura pura menangis.. Kalau aku tak pujuk , dia akan tegur aku..

“ Baa.. baaa… “.

Selagi aku tak menyahut..

“ Baa.. baaa…. “.

Kalau aku menyahut …

“ Ye sayang .. “.

Dia akan kembali buat semula ‘pekerjaan’ yang mengundang rasa geram aku pada dia , dengan sedikit tambahan.. senyum ! Haih…. Nak marah ? Hurm..

Terus terang aku katakan… memang dia akan kena marah kalau buat sesuatu yang .. hurm… Bukanlah aku nak menyekat perkembangan atau ujikaji dia tetapi lebih pada keselamatan ..

Pernah aku tengok ujikaji dia .. Dan .. ianya membuatkan aku hampir koma !!! Bahaya aihhhh… Atau ianya mampu membuatkan aku mengalami tekanan darah tinggi !

Hurm… sebenarnya ada satu jenis mainan yang menarik minat aku untuk perkembangan dia ..

Aku ada nampak kat Toys R’ Us Alamanda ada jual menda ni .. Tapi harganya .. perghhhh !!! Aku tak kisah sebenarnya tapi wife yang kisah ! Hehehehe …  Katanya ,

“ Jimatttt… “ .

Hurmmmm ….

Tapi kalau beli online , jauh murah dari di kedai .. Hurm.. Menarik gak tuuu.. hehehe .. Tunggu duit terpijak , inshaAllah daddy belikan Qhaliff yer …

Makin lasak dia .. Asik nak bergasak ngan sepupu dia jer .. Huhuhuh..

Nak salurkan tenaga dia yang banyak tu pada aktiviti berfaedah iaitu bersukan..

Perlukah aku uninstall WAZE ??

 

Aiyokkkkk … Dah la ari tu aku promote abis abisan.. Rupa-rupanya , WAZE ni antara syarikat berdaftar di Israel !

Photo: Waze , company Israel jugak ? Perghhh..abis ceruk rantau dlm Malaysia diorg tau dah..

Apakah aku perlu uninstall waze sebagai tanda protes aku terhadap kekejaman rejim zionis pada rakyat Palestin ??? Masalahnya , Waze ni map pemandu arah yang paling ok bagi aku .. Sebelum ni aku guna Sygic dan Papago tapi kedua tu tak de live update.. Aku perlukan app yang bagitau di mana ada kesesakkan lalu lintas supaya aku boleh mengelak dari melaluinya ! Hurmmm.. Macamana tu ??

Ben Ashaari's photo.

Kalau boikot McDonalds tu ok la.. Boikot Tesco ok laa.. Boikot HSBC , aku takde akaun pon.. Tapi WAZE ? Alahaii… Takde ke orang Islam bikin app cam Waze ni ? Guna Google Maps ? Sama je pon… heee..

Aku ni mmg pengguna tegar WAZE .. Kemana mana saja aku gi , WAZE mmg aku hidupkan.. Ini bermakna , pihak Israel dah tau mana aku tinggal ?? Kemana aku pergi ?? Aiseyman.. Ini sudah tidak rahsia lagi ! Aiyokkkk …

Uninstall ? Gulp ..

Photo

Kacau lagi aku !!

 

Aku masuk bilik air… Hidupkan shower .. Nak mandi air panas .. Baru lepas workout skit .. Huhuh.. Badan berlemak dah nihh !!

Tiba tiba , aku terkedu selama 5 saat  !! Ada sesuatu sedang merenung aku dengan tajamnya … Gambar di bawah ni adalah lokasi kedua ekor tu sebelum aku ‘mengamuk’ !

Mak aihhhh.. Besarnyaa ! Kejam gile korang !! Mentang mentang la berdua … berani lawan mata dengan aku ! Aku simbah dengan air .. Jatuh terlentang dua ekor tu !! Lalu cuba nak melarikan diri !!

Maaf kawan ! Sapa suruh kacau aku ! Dan berani mengawan di dalam bilik air aku haa ???

Akhirnya ..

Dan kedua duanya , aku ‘penjarakan’ mereka ke dalam tempat yang selayaknya … Hurm… Begitulah akhirnya percintaan terlarang mereka ! Kot nak wat projek pon , agak agak laaaa.. Ni buat tempat terbuka ! Ingat aku leh tergoda kot ??? Huhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI