Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Ogos 2014

Beri mereka pilihan bukan sebaliknya !!

 

Bukanlah aku ajak boikot atau anti mana mana telekomunikasi dalam negara ni tapi kita sebagai pengguna kena bijak memilih dah memandangkan dah ada banyak operator telekomunikasi ni ..

Sepatutnya , di zaman ni … tiada lagi dah main kuota kuota ni ! Apa yang sepatutnya mereka tawarkan ialah pakej kelajuan ! Nak begini , berapa .. nak begitu berapa .. Yang penting , UNLIMITED !

Macam sekarang aku guna ni .. RM88 untuk pakej 20GB sebulan ! 1Gb berapa lama sangat boleh pakai skang ni ? Dengan hp yang semakin canggih .. app yang semakin bersepah , pastinya sekejap je selesai 1GB tu ..

Menariknya  utk pakej aku tu , pecahan dibuat untuk pakej ni .. Atas jam 2 pagi , boleh guna sebanyak 15GB ! Sehingga jam 8 pagi.. Pastu  boleh guna baki iaitu 5GB ! Haih.. ni zaman apa ni ??? Sepatutnya ini zaman segalanya tiada lagi batasan. Pengguna bayar ! Bukan guna free..

Maka , aku dengan ini akan menutup Maxis Broadband dan beralih arah pada penggunaan yang lama dah aku tunggu ! Serius , aku sangat berpuashati ! Siap leh kongsi dengan 2 lagi hp dan smart tv !!

Kalau tempat tu ada 4GLTE , maka … telefon pintar akan laju banget !!

Photo

Maka , segalanya di tangan kita .. Tiba masa untuk mereka buktikan perkhidmatan mereka berbaloi untuk dilanggani !

Abaya dan jubah …

 

Gi Alamanda tadi.. Nak beli sedikit barang dapur memandangkan wife akan mula kembali berkhidmat untuk negara dengan bergaji penuh pada hari Rabu depan. Heee.. Ayat tak hengat !

Bila masuk je Aeon Alamanda di tingkat atas , mata aku terus tertarik pada jubah jubah yang dijual di satu lokasi terpencil.. Hurm.. cantik ! Aku lama dah nak cari jubah untuk dipakai ketika solat ..

Terhenti terus aku kat situ.. Harga , murah siot !! Jubah dan abaya dari Dubai. Buatan kemas , kain pon sodap dipakai haaa ..

Tunggu wife aku jap.. Dia gi beli pakaian Zahra .. Bukan apa .. aku kalau nak membeli barang ni , kena dapatkan kelulusan dari pegawai kewangan. Bukan tak boleh beli tapi biarlah merancang dan berbincang sebelum membeli. Elakkan pembaziran ! Haaaa..

Bila dia sampai , aku suruh dia gi tengok dan pilih abaya yang dia rasa sesuai .. Pastu baru aku lak gi pilih ..

Harga ? Abaya , RM100 dan jubah aku .. RM80 ! Aku suruh wife amik dua pasang.. Satu yang boleh dipakai untuk cover jika si isteri pakai pakaian yang kurang yakin auratnya di luar dan satu lagi tu , abaya biasa tapi bersulam bunga.. Cantik ..

Dan aku punya ..  Biasa tapi cun gak design dia.. hehehehe .. Aku pakai dalam rumah jer… Kang pakai kat luar , mau gak orang panggil aku ustaz.. hahaha.. Tak layak aihhhh …

Haa.. promosi abaya dan jubah tu masih berlansung. Carpet pon murah murah gak… Maka , silalah cepat ke Alamanda yer.. Naik tingkat 1  ke Aeon ..

Bila rumah terbuka bermaharajalela !!

 

Ramai penghuni kotaraya dah pulang ke rumah masing masing.. Masa untuk ‘open house’ sana sini ! Pastinya pelbagai juadah akan dihidangkan dan ada yang dah tak larat nak makan ketupat lemang mahupun makanan tradisional !

Aku ? Heheheheh .. Jom gi lepak kat Secret Recipe Alamanda .. Alamanda je aku puashati.. hee…

Photo: SR , Alamanda.. #kelabbloggerbenashaari

Dalam banyak banyak restoran di dalam Alamanda tu , SR adalah pilihan utama aku bila wife ajak gi makan.. Dia muak tapi tidak bagi aku.. Hehehe.. Sukaaaa sangat kat sini.. Makanan dia tak banyak pilihan tapi semua sedap ! Sebab tu aku tak kisah ..

Mahal ke ? Hurm.. standard restoran di KL la… Nak murah sangat , rasanya korang pon tau la kan mana yang murah kan ? Aku bukan kata aku ni kaya .. tapi sesekali belanja diri sendiri , apa salahya kan ?

Esok lusa , leh sambung gi open house.. Weeeee…

Baru aku tau apa itu ‘UTC’ !

 

Aku kena buat passport kelmarin. Dok rancang nak buat hari Isnin ni di Imigresen Putrajaya. Tapi macam lama sangat je nak tunggu hari Isnin.. Aku ni , kalau dah kata menda tu ‘urgent’ , aku kena siapkan dengan kadar yang segera !

Dan aku rogerlah bekas rakan pejabat sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu … Dia pegawai Imigresen di Jalan Duta ..

Tu diaaaa .. Kali pertama aku dengar pasal UTC padahal selalu je nampak dan tonton di tv.. hehehehe .. Tak amik tau sebab takde kaitan , kan ? Hehehe..

Bila dah ada kaitan , mengelabah ! Haaa.. Tercari la kat mana UTC paling dekat dan mudah di cari ! Hurmm.. Tak tau mana mana pon ! Hehehe.. Jauh dari aku yang tercampak di Sepang ni..

Nak dijadikan cerita , kebetulan adik ipar pon sibuk nak buat passport . Pergh… rezeki datang mengolek namanya ni ! Leh tumpang sekaki ... hehehe ..

Dan pagi semalam , pergilah aku , mak aku , adik perempuan dan suaminya ke UTC Sentul .

Buat pengetahuan korang .. Ada satu lagi UTC ni.. di Puduraya sana tu..

Tapi orang kata situ lagi meriah ! Jadi , jangan cari pasal ! Gi tempat yang kurang orang .. Huhuu…

Sampai sampai situ .. Gi amik nombor giliran.. ‘1131’ dan nombor yang sedang dipanggil ialah 1017 ! Perghhhhhh .. amik koooo ! Berapa lama mau tunggu  ??

Menariknya di UTC Sentul ni , bila dah amik nombor .. leh gi minum kat luar premis Imigresen tu.. hehehe ..

Sementara itu , mak aku dan adik ipar , gi ke JPN. Mak aku nak buat MyKad dan adik ipar , nak amik MyKad dia yang dia buat semalam .. Senang kan ? Semua dalam satu bangunan !

Parking pon free ! Macam macam ada haa !! Dan kerana UTC ni , tempat ni kembali meriah , kata adik ipar aku tu .. Hurmmm…

Dalam kul 2 petang , aku dapat dah passport aku ! Happy tak terkata.. Maklumlah , tak sangka ada passport ! Tak pernah rancang nak keluar negara la katakan.. Tetiba kena gi Paris ! Gila kooooo .. Tempat impian tuuu.. Tak sangka jejak je kaki keluar dari negara , terus landing ke tempat impian .. hehehe.. Rezeki.. InshaAllah ..

Apa pun UTC ni telah berjaya membantu ramai orang berurusan dengan agensi kerajaan terutamanya pada hari Sabtu .. Maklumlah , Sabtu kan cuti… tapi di UTC ni , tetap kerja kecuali cuti umum !

UTC – Urban Transformation Centre

Untuk sebarang pertanyaan mengenai jadual operasi , bolehlah rujuk ke :

Bangunan mini UTC – Sentul
Kompleks Bandar Baru Sentul
51000 Kuala Lumpur
Tel: 03 4040 0703 / 03 4040 0705 / 03 4040 0706

Bangunan UTC – Kuala Lumpur
Pudu Sentral
50550 Kuala Lumpur
Email : admin@utc.my
Tel : 0380008000

Atau sila ke http://www.utc.my/ .

Nak marah atau tidak ?

 

Bila tengok dia tidur , aku rasa kesian sangat kat dia .. Kena marah je dia malam ni ! Memberontak kot ? Atau aktif bebenor … Hurmm.. Mengantuk tapi tak nak tidur.. jadi dia buat onar ! Huhuhhu…

Malam tadi , aku bawah dia gi beli makan malam kat kedai luar. Saja nak bawak dia berjalan. Boring kot dia kat rumah.. Tu asyik bising jer .. Hurmm..

Di kedai makan , lain pulak karenah dia.. Meronta nak turun dari kerusi meja makan tu.. Terus nak berlari ke dalam kedai ! Dengan periuk panas kat situ .. Haishh.. nasib baik sempat tangkap dia ..

Dia nak kejar kucing ! Cukup taksub sungguh la dia dengan kucing ! Terus kejar dia nak sergah ! Hurm… Bela kucing ? Wife tak boleh… alergik dengan bulu..

Bila dah dapat tangkap dia , dukung la dia … Meronta nak turun lagi ! Kalau aku lepas , kang lagi laju dia lari .. Bahayaaa ! Camana aku nak buat ? Dah suruh diam pon , dia tak nak.. Malah marah aku balik ! Huk alohhhh ..

Waktu dia meronta tu , aku cubit betis dia .. Terus menangis dia ..

“ Saaakittt.. “.

Alahaiiiii … sayu pulak hati aku dengar dia cakap gitu.. Terus aku gosok kat betis dia .. Kucup pipi dia .. Mintak maaf.. Tapi bagitau dia la kenapa buat gitu..

Bila dah berenti nangis ( kejap je dia nangis ) , dia meronta nak turun balik ! Cuba bagitau aku , apa yang patut aku buat ???? Arghhh..

Apa yang aku buat ialah .. berjalan jalan di kawasan tu dan cari kucing ! Beb , Qhaliff tu , dah 15kg tau berat dia ! Mau sakit pinggang aku dok dukung dia gitu ! Bukanlah mengeluh tapi bagitau korang je la.. Bukan senang nak jaga budak ni ! Kalau nampak parents marah anak dia tu , bukan tanda dia dera atau benci tapi adalah sebab dia tu..

Jangan cepat nak pk buruk kat orang .. Ha ! Nasihat untuk aku ni ..

Bila bil elektrik tinggi ..

 

Hurmm.. Perlukan perubahan dalam gaya hidup kami sekeluarga begini.. Bil elektrik mencecah ratusan ringgit tiap bulan. Jauh lebih tinggi berbanding sewaktu tinggal di Putrajaya. Nak sampai seratus pon susah !

Perbincangan dibuat.. Maka aku perlu buat perubahan drastik.. Antaranya , tukar pakej ASTRO. Amik yang paling basic.. Lagipun yang Entertainment dan Sport , aku tak layan pon.. Asyik ulang je movie dia.. Dan sukan pon aku tak tengok sangat.. Jaranggg sangat !

Selain dari Astro yang berjaya dijimatkan RM100++ , aku akan turut potong Maxis Broadband yang dibayar sebanyak RM88 !! Celcom Broadband pon akan aku turut potong ! Yang ni , RM50 sebulan ! Haaaa… Banyak dah tuuuu ..

Manakal wife punya line telefon , postpaid.. RM80++ akan aku tunggu masa untuk convert ke Celcom1Malaysia tak lama lagi ! Kalau berjaya convert , sebulan bil baru RM50 ! Haaaa.. Banyak tu dah jimat !

Dengan penjimatan begini , aku rasa aku boleh tukar kereta baru ni !! Hahahaha .. tu diaaaaa .. Dia tutup lubang ni , dia pi korek lubang baru ! Pastu pening kepalaa nak bayar hutang ! Huhh..

Takde la.. aku nak simpan duit untuk masa depan anak anak.. Wife pun lama tak membeli belah untuk diri dia .. Tak pe , kalau aku gi Paris nanti.. Kalau laaa.. Aku belikan beg tangan untuk dia ! Special untuk dia ! Haaa.. Tapi dia kena kasi duit laa.. Aku belikan je.. Lalalalaaa….

Bila Zahra sakit mata ..

 

Sian kat dia .. Nak tidur payah .. Kena berkepit ngan mak dia .. Kalau diberi pada aku , confirm teriak ! Tak selesa kot ngan aku sejak sejak kurus ni ? Sebelum ni ada isi , sedap la berkepit.. Gitulah.. Abis madu sepah dibuang !

Kalau tak baik jugak esok .. gi klinik. Setakat ni , ahli keluarga yang lain takde tanda nak sakit mata memandangkan dah pernah kena.. Ke boleh juga dijangkiti lagi ? Hurm..

Antara petua untuk hilangkan sakit mata pada bayi ni , orang kata susu ibu yang terus dari ibu tu.. Haa.. Fresh gitu haaa.. Orang kata laa.. bukan aku kata ..

Esok try la.. kalau aku kena ? Apakah perlu fresh juga ? Gulp … Gi klinik je la.. Ai pemalu ok !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI