Isnin, 4 Ogos 2014

Kesilapan bila berniaga online !

 

“ Ben , kenapa blog saya takde orang masuk baca yer ? “.

“ Kak , bagi link .. bagi saya masuk siasat ! Kot la ada orang letak jin ke… haaa ! “.

Aku gurau jer .. Takkan la ada orang sanggup main kotor gitu kan ? Blog je pon ??? Kan kan ? Hurm..

 

Setelah aku melihat blognya .. aku tersenyum ..

 

“ Akak mmg nak meniaga online je ke ? Jadi blog ni mmg dibuat khas untuk promosi bisnis akak je ke ? “.

“ Aaah.. Camana nak dapat pembeli yer  ?” .

Hurm.. panjang cerita ni ! Kalau nak duduk berborak berkongsi pengalaman , mau sampai ke malam tak abis !!

 

“ Ginilah kak .. Ini pengalaman saya dan juga cara saya. Lain orang , lain caranya.. “

Bila nak meniaga online ni , saya akan membeli barang pada kenalan yang yakin kejujuran dan kesungguhannya bila berniaga ! Sebelum dan selepas !

Ada cara nak mengetahui dan mengujinya .. Yang pertama , google dulu nama fan pagenya dan juga blognya .. Dari situ kita leh dapat review atau sebarang info mengenai produk mahupun si penjual ..

Camana nak mengujinya ? Tanya la macam macam pada dia.. Tengok camana dia menjawab… Memang la penjual akan pening kepala dengan karenah pelanggan gini tapi kena la ingat yer.. Kita yang berniaga ni , segala duit masuk adalah dari mereka ! Jadi mereka ada hak untuk tanya macam macam ! Sakit hati tu mmg ada tapi kena la tahan dan bersikap profesional ..

Kemudian .. aku akan tengok blognya.. Apakah 100% pasal bisnisnya ? Atau dia ada blog lain selain tu ? Kalau ada , nak tau gak apa ceritanya.. Aku lebih suka peniaga yang menceritakan hal hal personal di blognya. Dari situ , kita akan tau camana orangnya !

Ada yang tak suka tapi bagi aku , bila mengetaui sapa blogger tu , aku boleh promotekan pada rakan yang lain ! Pastinya rakan rakan kita akan tanya macam macam pada kita mengenai blogger blogonline tu.. Dan kita dah sedia dengan jawapan bagi setiap persoalan kerana dah kenal pon dia walaupun di dunia maya !

Sebaiknya , buatlah dua blog ! Satu lifestyle dan satu lagi bisnis ! Pastu linkkan !!! Atau kalau malas , satu blog pon ok dah.. Yang penting , jgn cerita 100% palal bisnis di dalam tu ! Kena la pandai tackle !!

Contohnya ? Cerita pasal anak kita dalam 2 perenggan pastu kita promote produk kita satu perenggan sebelum sambung update blog ! Haaa..

Atau .. dalam 3 entri sehari , salah satu entri tu kita up pasal produk kita secara santai ! Haaaa.. Mesti boleh punya ! Ini sebagai permulaan utk mendapatkan pembaca setia ..

Pastu kan…. jangan la tanam pokok hari ni , esok dah harap berbuah ! Kalau nak pantas gitu , tanam kacang hijau ! Esok lusa pasti dah dapat hasilnya ! Haaaa ..

Aku permudahkan yer .. Dalam blog tu , jangan 100% cerita pasal bisnis melainkan dah buat dua blog berbeza kemudian linkkannya ! Dan satu lg , pastikan Facebook atau media social yang lain aktif .. Tak aktif pon , gi beraktiviti di FB orang lain pon ok dah ! Asalkan dapat menviralkan nama dan produk anda melalui NAMA dan GAMBAR di profile anda ..

Zahra sakit mata ..

 

Hurm…  Mata kiri yang awalnya kena tu dah makin ok.. Tapi mata kanan , semakin naik merahnya. Susu ibu dah letak .. ada jugak la kurangnya tapi camana pun , kena dapatkan rawatan dari pakar gak .. Alang alang ada klinik kad , baik gi kan ? Apa guna dah bayar ..

Keluar dalam kul 10 pagi gitu dengan harapan klinik tak ramai orang .. Destinasi , klinik An Nur yang jadi panel klinik kad Zahra.. Bila sampai sana , wife ngan Zahra turun dulu.. diikuti Qhaliff… Dia awal awal lagi nak turun dari kereta.. Hurm.. Aku sorang je dalam kereta. Memerhati tindak tanduk Qhaliff di dalam klinik , bermain dengan rakan sebaya. Risau jer aku dengan perangai Qhaliff.. Ringan je tangan dia tu.. Bukan ringan tulang yer.. ringan tangan ! Kang ada budak meraung dalam tu.. Haish…

Tak lama kemudian , wife masuk ke bilik doktor.. 5 minit selepas tu .. dia keluar.. dan dapatkan ubat untuk Zahra. Hurm.. Pastu dia kembali ke kereta ..

“ Klinik An Nur tak cover dah klinik kad .. Diorang dah batalkan .. “

“ Hurm… Tanya Ady nanti .. “ .

“ Dah .. nanti dia whatsapp utk beritahu info .. “ .

Yup… sememangnya Klinik An Nur / Dr.Maria bukan lagi panel sejak Mei 2014 hari tu.. Hurm… Nak tak nak kena bayar RM41. Salah sendiri sebab tak check dulu panel .. Hurmm..

Zahra , doktor kata kalau tiada perubahan dalam 3 hari .. kena gi jumpa pakar.. Harapnya ada perubahan sebab nak gi Sedenak Sabtu ni.. huuhu ..

Dan Qhaliff .. kalau bermain dengan budak perempuan , aku tak risau sangat sbb dia tak berminat nak bermain dengan budak perempuan cuma .. aku risau dia akan menolak budak tu ! Dia nak bermain tapi tak dilayan ! Hahahha.. Tu marah kot ? Nak tak nak , kena angkut dia sebelum dia meroyan ! Hurm…

Awas !! Jangan biarkan anak anda kelaparan !

 

Bila mereka kelaparan , inilah harga yang perlu dibayar ! Salah sapa ??? Salahkan diri sendiri..

Lambat sangat nak gi makan.. Nak bagitau lapar sangat , tak reti lagi.. Jadi buat bahasa badan je la.. Sayangnya , tak perasan pon dia lepaskan geramnya kat stroller mahal ni !! Mahal ok !! Aku tak beli , tapi disponsor.. hehehe.. Tapi serius mahal ! Rasanya masa keluar ni , RM3999 .. ke 2999 ? Tak hengat lak … Mahal la kan ? Haaa…

Mahal camana pon , anak dah baham ! Automatik jadi murah dohhhh… Huk alohhh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI