Khamis, 7 Ogos 2014

Satay 40 sen !

 

Kali pertama aku singgah ke gerai jual satay ni , sebelum Ramadhan yang lepas. Bila aku up gambar di FB , ramai tanya kat mana. Ada yg gi cari… Tapi tak jumpa.. Rasanya akak tu dah bukak tapak tempat lain untuk jualan di bulan Ramadhan kot…

Tadi , aku nak gi cari satay .. Terlupa si Qhaliff suka makan satay.. Tu pun wife ingatkan aku semalam.. Masa balik Kelantan ari tu , dia mmg pantang nampak satay.. Cuma risau je la ngan batang lidi satay tu.. hurmm..

Ok.. nak dijadikan cerita , tadi aku gi singgah beli selepas nampak gerai ni dibuka jam 5 petang.. Awal tuu… Beli la dalam RM5 .. tu pun banyak dah !

Antara sebab beli ialah nak bantu OKU .. akak yang jual tu OKU .. Tapi bukan semata mata tu tau ! Satay dia murah dan sedap ! Haaa.. Isi banyak ke ? Aku kalau isi banyak , aku pun tak nak .. muak siut ! Makan satay ni bagi aku , macam makan main main jer.. Nak kenyang , jgn bakar satay.. bakar terus kambing kat situ gak ! Haaa.. makan sampai tergolek !!

Apa pun , akak ni bersama suaminya mmg peramah .. Lepas diorang meniaga , mmg diorang bersihkan tapak ni.. Aku dah perati bnyak kali.. mmg bersih la…

Dan sewaktu aku amik gambar diorang … akak ni bagitau diorang amik tempahan untuk Syawal ni .. Yang tinggal area Sepang atau sewaktu dengannya , boleh la try call tanya sendiri .. heee..

Berbaloi beli untuk anak ?

 

Di Aeon Alamanda.. Aku mmg cukup suka singgah di bahagian permainan kanak kanak.. Ada je aku nak cari mainan untuk Qhaliff.. Saja nak kasi dia kreatif… Nak gak tengok perkembangan mental dia.. sedikit demi sedikit ..

Lalu section kereta kawalan jauh.. terpandang koleksi koleksi kereta yang menarik perhatian aku .. Hurm…

Tengok harga .. Ok , mampu beli ! RM49 jer.. selepas diskaun… Nak beli ke tak eh ???

“ Qhaliff nak tak ? “ .

“ Nak nakkk .. “.

Aku kekadang terfikir gak.. Dia ni tau cakap NAK je ke ? Ke tau gak nak sebut TAK NAK ?

Aku test kasi patung Barbie lak..

“ Nak tak ? “.

“ Tak nak .. “.

Ok .. confirm .. Aku beli satu kat dia .. Warna lak jadi masalah .. Biru , merah dan silver .. Tanya dia..  Dia pilih silver .. Ok fineeee !

Akhirnya ‘aku sebuah kereta’ sampai di rumah.. Mencari la bateri untuk digunakan.. Huhuhu.. abis punggah satu rumah mencari bateri tu sbb ari tu mmg ada banyak simpan size AAA tu.. hurmm…

Jumpa dan pasang… Baru 2 kali aku tekan , Qhaliff ‘rampas’ dari aku remote tu.. Amboiii.. tak menyempat ! Macam reti sangat nak main .. hurmmm…

Dan .. 10 minit kemudian , ariel remote patah dan kereta pon tersadai sepi di tasik madu ! Haihhh … Terbang RM55 !

Berbaloi ke beli mainan kat budak ? Hurm… Tak beli , kesian lak dok punggah kat dapur tu .. hurmm..

Zahra , 3 bulan !

 

Hari ni bawak Zahra Nur Iman amik suntikan ke 3 .. Hehehe.. Esok genap dia 3 bulan usianya.. Alhmdulillah.. Nampak macam lebih matang dari abangnya yang mana 3 bulan dok malu malu kucing lagi.. Zahra , lebih terserlah part ‘bebel’ .. Nak bebel dah diaaa !

Photo

Tapi ada satu masalah.. Dia baru baik dari sakit mata.. Boleh ke suntik ? Hurmmmm … Aku bgtau wife , suruh suntik lepas aku balik dari Paris je nanti .. Dia ok je.. Tp camana pun kena wat temujanji dengan klinik kerajaan dulu..

Wife call .. Dan nurse nasihatkan datang dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu. Setuju je la ..Gi lepas lunch je sebab dah lewat pon nak gi belah pagi..

Lepas Zohor , terus gi klinik yang jauhnya .. cuma 5 minit dari rumah ! Hehehe.. 5 minit memandu yer… bukan jalan kaki.. heeee… Di klinik , cam biasa .. tunggu je la nombor giliran dipanggil. Lama gak.. Ramai orang .. Apa nak buat kan ? Sabar je laa..

Aku jaga Qhaliff . Wife dukung Zahra.. Qhaliff , sibuk nak gi bermain dengan rakan sebaya tapi aku tak lepaskan.. Agak keras corak permainan Qhaliff.. Kang menangis anak orang.. huhuh…

Aku bawak masuk dia dalam kereta dan wife tunggu masa utk berjumpa doktor .. Hurmm.. ngantuk ! Qhaliff lena dah dalam kereta .. Aku buat keputsan , gi isi minyak dulu .. Nak tunggu , lama tuuu ..

Hampir kul 4 petang .. siap ! Wife kata kena cucuk gak sbb sakit mata dia dah beransur baik .. hurm..

Harap harap takde masalah kesihatan pasni …

Photo

Berebut remote Astro ?

 

Hurm.. dah pandai dah skang ni ! Bila tengok perangai dia satu demi satu , teringat dia masa kecik dulu yang tak tau apa apa langsung. Setiap perkembangan , segalanya dalam  kepala otak kita.. Ianya memori indah !

Sekarang ni , mmg mencabar.. kekadang tu mmg geram giler la kat dia ! Sebenarnya perangai dia tu cute .. cuma kita yang dalam keadaan stress ni membuatkan rasa amarah tu hadir ! Kena kawal perasaan tu betul betul.. Kalau tak , anak boleh jadi mangsa..

Semalam , dok pusing pi pusing mai nak cari cerita best , terpasang la cerita Tokak tuuu.. Yang part si setan tu keluar dari laut.. Qhaliff ternampak .. Ternganga  mulut dia .. Paham ke dia ??? Hurmm..

Aku ubah ke rancangan lain.. Dia pandang aku ! Pastu cakap apa tah… dan rampas remote kat tangan aku.. Dia main tekan jer.. nak cari cerita tadi .. huhu …

Aku mampu gelak besar jer .. Hurm… dah besar dah dia .. Cara nak letak laptop pon dah tiru cara aku.. Hurm… Hurmmmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI