Jumaat, 8 Ogos 2014

Saya cuma seorang blogger !

 

Teringat baru baru ni aku beraya di rumah abang ipar aku di Besut , Terengganu. Suka kampung tu.. Cantik dan tenang .. Sawah pagi sedang menghijau !

Malam tu , kami semua berbbq .. Abang ipar aku tu jemput la kawan kawan yang terdiri dari orang muda di kampung tu .. Nak dijadikan cerita , waktu aku kemas kereta untuk pulang ke umah mak mertua aku , ada la dua orang kawan abang ipar aku tu lepak kat luar rumah .. amik angin malam..

Aku pun tegur , bersalaman.. Pastu salah seorang tu tanya la asal usul .. beramah mesra orang kata .. Bila sampai part kerjaya ni , aku lemah skit nak jawab.. Malu sebenarnya.. Bukan malu dengan kerjaya tapi malu nak bercerita panjang pasal kerja. Nanti confirm lepak lama punya .. hee..

“ Er , saya kerja sendiri jer.. Kerja melalui internet .. “ . Aku jawab gitu jer .. Pastu dia tanya lagi.. Kerja camana .. Jual apa ? Tergaru garu kepala gak aku nak jawab..

 

Er.. Saya menulis blog jer.. Blogger ..” . Senyum aku. Harap sampai di situ je la pertanyaannya tapi sangkaan aku , meleset ! Dia tanya lagi camana orang leh dapat income melalui internet ni !

Ah , sudahhhh … Aku kalau orang tanya part ni , mau jugak aku suruh bini aku wat kopi dan gorengkan nasi sekali .. Confirm sampai ke subuh cerita ! Huhuh..

Tiba tiba sorang kawan tu bersuara.. Ala ala ustaz orangnya.. Nampak berilmu jugak laaa..

“ Rasanya pernah keluar kat tv kan ? “. Dia tanya. Er , terkejut jugak aku sebenarnya.. Yelah  biasanya aku dengan trademark aku , bersnowcap atau bertopi , baru orang kenal.. Atau dok pakai baju kelab blogger tu.. Tapi ni aku sempoi je .. Dengan rambut ala ala baru lepas kena rogol .. camana dia leh cam aku ? Gelap pulak kawasan masa tu.. Huih.. teror benar abea ni !

Aku pun jawab la pernah .. Pastu terus laaa berbual panjang ! Seperti kebiasaanya , wife aku akan menjeling dari atas seperti menyampaikan mesej dari hati ke hati ..

“ Bang oiiii !! Tak nak balik keee ? Kang lewat malam kang ! Anak kecik ni ada bang oiii ! “ .

Dan aku membalas melalui pandangan mata ..

“ Orang tengah topik hangat ni.. Bagi 5 minit lagi ! “.

Gitulaahh ..

Terus terang .. aku tak bangga pon orang kenal aku.. Aku tak bangga sedikit pon ! Sebab aku takde apa apa pun ! Kalau ada yang kata aku berlagak , sombong , tu dia punya masalah ! Aku tak kenal dia pon .. Dia je berpura pura kenal aku .. huhuh..

Aku bersyukur ,sejak aku menjadi blogger ni .. aku lebih berkeyakinan tinggi ! Dulu , aku nak memandu seorang diri pun aku takut ! Aku nak melancong seorang diri pun aku tak berani !

Tapi sejak ada ramai rakan rakan di dunia maya ni , alhamdulillah .. aku lebih berani menyahut cabaran ! Kalau mereka boleh , mengapa aku tidak ?? Walaupun aku cuma seorang blogger , jangan ingat aku hidup dengan mengampu orang untuk dapatkan sesuap nasi ! Aku menulis apa yang aku rasa .. apa yang aku rasa itu membuatkan aku menanggung , dosa dan juga pahala !

Aku dah tak larat nak ikut cakap orang .. Aku pun tak nak orang ikut cakap aku ! Kita , sama sama hidup.. saling bantu membantu ! Apa jua pekerjaan kita , kerjaya kita .. kita saling melengkapi ! Tak perlu angkuh kawan !

Kempen “Shell Easy Win” #ShellEasyWin

 

Satu kempen khas buat pengguna setia Shell macam aku ni ! Heee.. Ok , cerita banyak tamoo aa.. Nanti bosan lak dok layan celoteh aku..

Disenangkan ceritanya , Shell ada menganjurkan Kempen “Shell Easy Win” yang mana menawarkan hadiah sebanyak RM20 ribu seminggu bagi pengguna Shell FuelSave 95 dan pengguna Shell V- Power pula berpeluang menggandakannya sehingga RM40 ribu ! Amacam ? Tertarik ? Heee..

Bagaimana nak sertai ? Korang hanya perlu membelanjakan RM30 di mana mana stesen Shell di seluruh negara bermula 7 Julai ni , sepanjang  10 minggu ni !

Ok.. pastu nak buat apa bila dah belanja RM30 ?? Pastu , sila isikan borang peraduan dan jawab soalan yang mudah itu.. Mudah jeee soalan tuuu .. Kemudian , sertakan resit pembelian dan masukkan borang peraduan di dalam kotak pertandingan yang disediakan .. Tu jeee !!

Ingat ! Hadiah adalah setiap minggu tau !! RM20 ribu setiap minggu bagi pengguna Shell FuelSave 95  dan untuk pengguna Shell V Power , RM40 ribu ! Perghhh.. banyak tuuuu !

Opsss .. Untuk mereka yang kaki selfie di Instagram ! Hehehehe ..

image

Ada peraduan Instagram untuk anda ! Hehehehe .. Caranya mudah jer :

Sila bergambar dengan Shell Easy Win polaroid imagery yang boleh korang dapatkan di stesen Shell. Kemudian beri caption yang paling kreatif dan jangan lupa hashtag #ShellEasyWin.

Pastu post dan share di Instagram korang ! Pemenang mingguan akan dapat 10x cash vouchers ( RM50) ! Ok la tu kan ? Sapa nak bagi ? Hehehehe.. Leh isi minyak untuk minggu berikut pastu bergambar lagi.. heheheh ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI