Selasa, 12 Ogos 2014

Ke Paris , Perancis !


Seawal pagi aku bangun.. Kemas pakaian.. Selebihnya wife buatkan.. Saja bagi dia buatkan. Orang kata nak bermanja .. heee.. Kang dah pergi jauh , merindu pulak.. Jadi , saja je la biarkan dia buat.. Sekurangnya orang perempuan lebih terasa dihargai bila khidmat mereka diperlukan.. kan kan ?
 
Dalam kul 7 pagi , aku bertolak ke KLIA dengan jiran aku. Dia keje kat sana. Dari rumah aku ke sana , tak sampai setengah jam pun.. Dekat jer.. Hurmm..
 
Sebelum pergi , gi jengok anak anak.. Cium sepuashati hati ! Huhu.. Setiap pagi aku cium mereka berdua. Nampaknya untuk beberapa hari ni , aku akan merindui mereka !
 
image
 
Sampai KLIA dalam kul 7 lebih .. Berkumpul jam 8 pagi. Flight kul 1030 pagi. Aku ingatkan dalam masa 2 jam tu sempat la nak makan pagi .. Rupanya tidak ! Nak check in pon makan masa. Ramai pulak naik Emirates hari ni ..

Antara rakan yang turut pergi ialah blogger Shearosul , Cindy , Evelyn dan juga designer untuk kapal baru Airbus milik Air Asia tu nanti , Denzel ... heee..

Dalam kul 1030.. semua dah standy nak terbang ! Tak sabar nak merasa naik Emirates.. Hee.. orang kata best ? Makan banyak.. nak rasa la gak ..
image
Hurm… Perjalanan dari Kul ke Dubai memakan masa .. er , 6 jam ? Ke lebih eh ? Sebab sampai kat sana dalam kul 3 petang .. Haa.. Lama woo dalam kapal. Makan mmg meriah tapi aku je la tak meriah .. Duduk tepi tingkap… Layan movie. Nak bergerak , payah.. Huhu..

Sebelum nak bertolak tu , ada isu skit .. Ada mamat mana tah duduk tempat aku.. Nasib baik si Cindy tu ramah benar.. Dia la yang cepat cepat gi settlekan. Bukan apa , kalau dia tak settlekan , dia gak yang kena duduk sebelah mamat tu.. Hahahaha.. Ala ala bangla pun ada .. Nasib baik settle.. Mamat tu rasanya dia hilang tiket.. Dia gi tunjuk tiket dari Dubai ke Paris.. Hurmm..
Alhamdulillah.. Kapal berlepas dengan jayanya walaupun cuaca tidak menentu dan mendarat di Dubai dengan selamatnya ..
image
Hurm.. tak sempat nak merayau dalam airport Dubai ni sbb nak kena check in semula.. Transit ke Paris lak.. Makan masa 6 jam ! Aku dah sakit kepala ! Nasib baik ada bawak ubat .. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI