Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 13 Ogos 2014

Berjalan jalan di Kota Paris ..

 

Selesai pusing Eiffel Tower , masa berjalan jalan ke sana sini ! Masa ni , mmg ok dah ! Takde perlu risau dengan penyangak.. Polis merata rata kat kawasan ni.. Pastu ramai pelancong jer..

Sebelum gi shopping , gi beli souvenir dulu.. Untuk mereka yang kirim guna duit , dapatlah barang.. Yang kirim guna air liur , dapat la air liur.. Haaa.. Bukan kedekut , tapi duit yang ada pon ..duit orang ! Jadi kena la berjimat cermat.. RM4.50 untuk 1 euro ! Bayangkan nak beli baju kat kedai souvenir tu , 10 euro .. berapa dah ? Haaaaa .. Memang tahan nafsu je la beli ..

Shopping barang souvenir  kat sini .. Memang meriah sungguh laa.. Nasib baik duit cukup cukup je bawak .. Tak bawak banyak banyak.. Risau.. Hahahaha ..

Dah macam Santa Claus pulak bila aku wat gitu ! Hahahaha.. Askar pon usha aku semacam .. Perut tu ! Kot la bawak bom.. Hahahaha .. Adeh..

Sepanjang jalan ni , orang perempuan confirm gile ! Hahahahha.. Kalau bawak 1 ribu euro , confirm laaaaaa anda punya jalan ni ! Tapi tak cukup tuuuu .. 10 ribu ok la.. hahahahaha

Aku beli head gear sewaktu masuk kat butik Adidas. Memula tu aku tak nak beli tapi selepas Evelyn bagitau ianya sesuai dengan aku.. ditambah lagi dengan Messi punya collection.. dan tak dijual kat Malaysia .. rasanya la .. aku pun beli laaaaa ! Harga , 15 euro.. Huhuh… Mahal ? Tutup mata sebelah je laa ..

Hurm.. banyak gambar aku nak letak sebenarnya .. Tapi tak pe la .. Letak mana yang boleh dulu.. Internet kat sini slow skit nak upload gambar .. Aku kena upload ke FB dulu baru leh guna di blogpost.. Hurmm..

Ok.. projek ari ni.. Ari ni check out.. pastu ke Toulouse dgn Air France.. Sebut  TU LUZ .. heeee..

Doakan aku selamat tiba ke sana yer .. Terima kasih atas sokongan korang semua ! Dan maaf la yer aku tak dapat tunaikan hajat korang beli souvenir .. Aku pon beli satu barang untuk aku jer.. Selebihnya ? Faham faham je la bila gi melancong ni .. huhuhu..

Ke Eiffel Tower , Paris kooo !

 

Tu dia tajuk ! Hahahaha.. Bukan la kasi korang jeles pon.. Sapa sapa mampu je pergi.. Aku je tak mampu nak gi kalau ada duit sendiri.. InshaAllah.. Kerja rajin rajin yer.. Pastikan duit cukup berbaloi untuk ke sini .. Kalau tak , telan air liur je tengok barang barang kat sini .. Huhuhu..

Ok.. Destinasi semua pelancong bila ada kat Paris ni adalah ke Eiffel Tower.. Aku pun nak gi sini untuk abadikan selfie bersama 'besi buruk’ tu.. hehehhe.. Kalau tak , orang kata aku menipu je.. Hahahaha .. Takkan la ada orang nak kata gitu kan ? Hehehe ..

Dari hotel tu , naik bas ke sana.. Berpusing pusing la jalannya untuk sampai.. Nampak macam jauh je.. Padahal dari hotel tu tak sampai pon 2 km !! Amik koo.. Tu camana tau ? Nanti aku cerita lagi part kitorang balik jalan kaki sebab bas dah tamat perkhidmatan ! Hahaha..

Kat sini , terus terang… sampah sarap banyak ! Putung rokok merata rata .. Aku rasa yang buang pon bukanlah orang tempatan.. Mesti pelancong .. Hurm..

Bila naik bas , akan turun betul betul depan Eiffel Tower ni .. Pastu silalah merayau sepuasnya ..  Sila berhati hati di sini yer ! Jangan beli apa apa souvenir lagi ! Ada mata memerhati..

Sempat jugak la aku mengukur.. hehehehe ..

image

Ok.. Tempat ni mmg cantik.. Waktu ni pon sebenarnya cuacanya sejuk tapi bagi orang tempatan , panas ! Sampaikan ada penjual souvenir tanya aku , kenapa pakai sweater dan head gear ? Sejuk ke ? Aku jawab la yang aku ni dari negara yang panas .. Maka ni sejuk dah bagi aku ! Hahahaha .. Walhal nak bergaya ! Hahahaa.. Tapi mmg sejuk pon !

image

Hurm… Rasanya kalau letak polis kat kawasan taman ni , orang akan lebih seronok nak bergambar ! Tapi disebabkan risau dek ‘penyangak’ cun dan jelita berkeliaran , maka kena la hadkan ! Kang tak sedar diri lak.. huhu ..

Hurm… lepas pusing dan balik ke kawasan untuk membeli belah .. Malam tu patah balik ke sini.. nak amik view malam lak ! Hahahaha .. Selagi ada masa kooo ..

image

Selfie wajib.. Kat tengah tengah , bawah Eiffel Tower ! Heehehe .. Saja nak buat kenangan .. Dah berada bawah dia pon.. nak naik atas , malas beratur.. hehee.. Kena bayar tiket lagi.. Jimat duit woo..

image

Sini kalau nak guna teksi , mmg ko kena cekik laa ! Nak tak nak , samada guna bas atau jalan kaki ! Hahahaha .. Nak dijadikan cerita , ala kononnya la kan .. Naik Big Bus tu ke sini semula.. tapi tak nak turun ! Tunggu dia patah balik.. Sekali , driver tu kata tu last stop ! Hahahahha… Nak balik kena amik Metro .. iaitu cam Lrt laaa … Amik kooo !

Nasib baik Evelyn tu berpengalaman.. Dia gunakan google map.. Jalan kaki ! Perghhh .. Evil dead tul cadangan dia .. Hari dah gelap koooo ! Nak jalan kaki kat kota romantik ni ? Aiyokkk… Seram siutt ! Aku ni dah la muka baik .. haaa ..

Maka balik la ke hotel yang dalam lingkungan 1.9 km rasanya.. Ikut taman.. aku nasihatkan ikut jalan terang skit.. Bila masuk ke lorong belakang bangunan tu yang seram seram basah .. hahahaha ..

Bila ada nampak orang di depan .. cuak siot ! Aku nak lari kalau diaorang tu berniat jahat , payah ! Gadget penuh di badan.. Bawak barang lagi ! Hurmmm.. Tawakal pada Allah je la..

Alhamdulillah .. nasib baik pelancong gak bila bertemu.. Lega .. Bila dah kembali ke jalan besar , terang .. baru laaaaaa lega ! Berpeluh atas bawah ..

Dan akhirnya sampai ke hotel  setelah seharian merayau sana sini ! Berbaloi sungguh berjalan dengan orang yang ada pengalaman merantau ni ..

Di Kota Romantik Paris , Perancis !

 

Bonjour ! Perghh.. Aku sempat belajar satu perkataan jer dalam kapal terbang .. MERCI ! Iaitu TERIMA KASIH ! Bukan apa .. kita kena ramah ucap Terima Kasih .. Haaa.. Lain lain tak tau , tak pee.. Janji ucap terima kasih senantiasa ! Hehehe..

Alhamdulillah.. Tiba juga di Perancis setelah kecoh di FB selama beberapa sejak terima email pelawaan dari Air Asia X . Maunya tak kecoh ! Gi Paris tuuuu.. Free lak tuuuu .. Haaaa !

Dari Dubai dalam kul 4 petang .. Sampai di Paris dalam kul 9 malam gak kot .. 7 jam perjalanan dalam kapal terbang ! Aku terpaksa tidur bangun tidur bangun ! Budak Bollywood yang duduk sebelah aku , asyik keluar masuk je.. Sabar je la.. Aku pun ada anak gak. Confirm dia punya karenah gitu gak ..

Setibanya di France .. kena cop dulu kat Imigresen ! Heeee.. Imigresen mereka , bagus gak ! Tak banyak cerita .. Asyik berborak jer.. Hehehehe ..

image

Cop pertama di passport aku . Hehehehe.. Jauh tuuu …

Dah dpt keluar , aku terus berkumpul dengan rakan lain dan kemudian gi amik beg .. Beg aku , dapat lambat ! Rasanya orang terakhir.. Hehehe..

Dah dapat beg .. terus ke point berkumpul pastu keluar.. Naik teksi ke hotel.. Bila jejak kaki ke luar , tu diaaa.. Udara dia sangatlah segar ! Baru lepas hujan..

image

Rasanya dalam setengah jam jugak nak sampai kat hotel tu.. Hehehe.. Jauh dari airport .. Dekat dah dengan Eiffel Tower.Ok la tu kan ? Hotel ni selesa utk diduduki ..

image

Harga semalam ?

image

Mahal siut ! Nak datang sini bercuti mmg orang banyak duit her aa.. heee..

Hampir diseluk saku di kota Paris !

 

Hari pertama di Kota Paris ..

Sebelum keluar , rakan blogger .. Evelyn dah nasihatkan aku untuk bawa sejumlah wang yang mencukupi dan juga tinggalkan passport dalam peti besi. Bawa saja MyKad atau lesen memandu. Jangan risau kerana mereka akan menerimanya..

Kemudian aku masukkan duit yang aku bawa .. Rasanya tak sampai pon 200 euro dan MyKad dalam travel purse yang aku beli.. Aku beli warna hitam agar sama dengan porch bag aku tu.. Kalau orang nak  curi , dia takkan nampak .. InshaAllah ..

Awal pagi selepas makan pagi .. Semua berkumpul dan bergerak berkumpulan ke hentian bas.. Plan nak naik bas pelancong je untuk pusing kota Paris ni .. mudah dan cepat..

Maka semua berjalan kaki dari hotel ke hentian bas yang memakan masa .. 5 minit jer .. Tak jauh pun.. Pastikan sebelum nak buat kerja gini , dah ada sedikit research yer.. Nak kena tahu berapa tambang , pukul berapa bas berakhir dan destinasi.

Bila tiba di perhentian bas , blogger Cindy pergi tanya la berapa tambang kena bayar .. Kemudian dia maklumkan pada rakan lain berapa jumlah dan kita kumpulkan duit..

Aku yang sedang keluarkan duit , tiba tiba diserang oleh sekumpulan budak budak perempuan yang memegang pen dan kertas ! Mereka mintak suruh sign kertas tu.. Macam sign memo apa kejadah tah..

Aku cepat cepat tolak mereka permintaan mereka . Aku tak berani nak bersoal jawab dengan mereka.. Mereka terlalu ramai.. Dalam 5-6 orang datang.. Aku pelik la apahal gitu sekali .. Aku cepat cepat jaga handphone aku.. Aku tak sedar porch bag aku terbuka..

Tiba tiba blogger Evelyn menjerit !

“ Ben , mereka nak curi dompet !! “ .

Cepat cepat aku pegang porch bag aku.. Everlyn terus marah mereka dan mengatakan mereka nak seluk porch bag aku.. Budak budak tu menafikan ..

Everlyn dah mula nak marah.. Cepat cepat aku coolkan dia .. Aku halau budak budak tu… Dan aku check porch bag aku.. Adeh , diorang dah amik travel purse aku !

Evelyn yang dengar suara aku tu terus jerit  kat diorang .. Budak budak tu dah terus tak nampak ! Kemudian aku cek betul betul ! Ada rupanya ! Tersorok dan sememangnya tak nampak sebab warna hitam ! Nasib baik …

Evelyn cerita semula detik tu.. Dia kata dia nampak salah seorang dari mereka dah masukkan tangan ke dalam porch bag aku ! Sebab tu dia jerit !

Selepas dari kejadian tu , aku mmg terus zipkan sweater aku ! Semua orang berhati hati dengan budak budak yang bawak pen dan kertas ! Diorang mmg akan berada di lokasi yang ramai pelancong seperti di Eiffel Tower dan hentian bas.. Tempat yang ada polis , diorang mmg takde ! Diorang ni , bukan orang tempatan !

Cuak gak ! Memang tak berani dah aku ! Bukan apa , dalam beg aku tu penuh gadget !

Selepas kejadian tu , Evelyn nasihatkan aku supaya letak duit yang diperlukan di poket ! Kalau nak membeli , keluarkan duit yang sedia ada dah ! Tak perlu nak buka tutup porch bag.. Betul jugak kata dia ..

Alhamdulillah .. lepas dari kejadian tu , mana mana budak nak datang kitorang akan lari .. Dan yang pasti kami senantiasa menjaga antara satu sama lain !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI