Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Dalam majalah Pa & Ma keluaran September 2014 .

 

Ok , yang ni mmg kena frame ! Cantik gambar dia .. heheheh …

image

image

Terima kasih Karangkraf dan Pa & Ma ..

Memori indah bulan ni … Heee..

Ke AirBus Factory !

 

Inilah tujuan utama kitorang ke sini ! Nak melawat AirBus Factory di Toulouse ni , yang ditaja oleh Air Asia dan Air Asia X ! Jutaan terima kasih .. tak terhingga !

Jam 8.30 pagi , semua dah kena check out dan berkumpul di lobi hotel. Lena tidur.. Tapi aku dapat tidur sekejap jer sbb tak update blog lagi.. Hurm..

Jadi , aku turun awal dan update dulu sebelum gi sarapan pagi .. Selepas makan , settle urusan hotel dan naik bas. Bas yg disediakan , amatlah selesa sekali. Huhuh..

Cuaca ketika ni , dingin.. Bila naik bas , panas ! Berbeza di tanahair , di dalam bas sejuk .. di luar panas ! Hahahaa .. Tak kisah la.. janji ada oksigen boleh disebut.

 image image

Teruja !! Sanga terujaa ! Lebih teruja dari aku melihat Eiffel Tower ! Huhuhuh… Impian jadi kenyataan. Sememangnya aku impikan melawat kilang kapal terbang ! Nak sentuh badan kapal terbang dan paling penting , dapat lihat sendiri bagaimana pembinaan sebuah kapal terbang AirBus !

Bila menjejakkan kaki ke dalam kawasan AirBus ni .. fuhhhh ! Tergamam aku seketika ! Bersih , kemas , keselamatan pun berada di tahap tinggi.. Bukan senang nak masuk ..

Selepas dapatkan pas melawat , terus gi ke bilik briefing.. Di sana kitorang diberikan maklumat mengenai AirBus. Menarik ! Dan aku sempat tanya satu soalan.. Kalau sebuah kapal terbang AirBus hilang seperti yang berlaku baru baru ini , apakah mereka mampu mengesannya ? Jawapannya , ya tapi bukan sehari dua..

 

imageimage image

Selesai briefing.. masa untuk berjalan jalan ! Huhuh… Tak sabar aku ..

Dan tiba masanya .. Jeng jeng jeng …. Buat pengetahuan , AirBus Factory ni bukanlah kecik yer .. Sangatlah besar !!! Dari satu tempat ke satu tempat , kena guna kenderaan .. Nak jalan kaki tu boleh tapi sure berpeluh lencun la.. heee ..

image

Ok.. kilang pertama pergi ialah kilang AirBus A320.. Pergh.. Besar !!

image

Buat pengetahuan korang , biasanya pelawat berbayar yang masuk sini hanya boleh berjalan di tingkat atas tu… Tak boleh jalan bahagian bawah .. Heee.. Dan atas kes istimewa ni , kitorang leh jalan bawah ni .. berhampiran dengan pesawat yang sedang dibina..

Pastu ke kilang kapal A380.. Kena naik bas juga yer .. A380 ni sangatlah besar yer .. Boleh memuatkan hingga 850 penumpang dalam satu satu masa .. Haaaa ..

image

Ok.. Part ni best ! Buat pengetahuan korang , ada bahagian bahagian kapal ni , tak dibuat disini.. Di tempat lain ! Menariknya ialah , bagaimana nak bawak bahagian bahagian kapal seperti kepala AirBus A380 tu ke kilang ni ? Sangatlah besar !! Wajib tonton kerana ianya sangatlah menarik !

Selesai part kilang .. Sebenarnya nak cerita part kilang ni , sampai esok tak abis ! Huhuh.. Jadi , nak tau lebih lanjut … kena tonton video pemasangan A380 ni ..

Selesai menuntut ilmu part pemasangan ni , kitorang ke bahagian antara yang kitorang paling tunggu iaitu kapal terbang terbaru Air Asia X iaitu AirBus A330-300 ‘ Xcintillating Phoenix’  yang mana pemenang contest ‘ AirAsia X : Paint the Plane ‘ , turut bersama dengan kitorang ! Haaaa .

Buat pengetahuan , contest melalui media social yang dibuat pada 1 Ogos 2013 yang lalu , telah dimenangi oleh Denzel Yap . Dan rekaannya telah berada di badan kapal terbang terbaru ini !!

imageimage

Selesai bergambar di sini , kitorang ke satu lagi bahagian yang sangat cool !

image

Nampak tak kapal terbang A350Xwb ni ? Nak tau berapa ketebalannya ?

image

image

Amacam ? Hehehehe … Apakah keistimewaan kapal terbang ni ? Tu kena google sendiri la.. heee ..

Ok.. Dalam bahagian Mock Up ni , yang paling best ialah interior designnya .. Haa.. Bahagian dalam kapal , kabin untuk penumpang.. Kan biasa kita tengok , orang kaya kaya punya camana kan ? Haaa.. Dan aku merasa laaaaa jugak duduk angkat kaki dan berlagak jadi Bill Gates seminit dan jadi orang kaya selama seminit setengah.. Huhuh..

image

Selesai part ni , kitorang gi sambung shopping di dalam kawasan AirBus ni gak .. Huhuhuh… Besar bandar dia woooo ! Dan aku sempat sambar satu lagi head gear ! Heeee ..

image

Rambang mata aku dalam mall ni ! Nasib baik laaaa aku kena ‘sekat’ nafsu membeli aku ! Simpan duit untuk masa depan !! Huhuhuh…

Selamat datang ke Toulouse , Perancis.

 

Jam 3 petang .. waktu tempatan.. Alhamdulillah , selamat landing di Tolouse. Dalam kapal terbang , tak penuh. Aku dapat duduk tepi tingkap. Menikmati permandangan dan sesekali melanggar awal .. Huhuhuh..

Sesampai je depan pintu keluar , ada dah orang tunggu.. Dia siap pegang sign ‘ AIRBUS’ .. Huhuhu.. Tu diaa ..

Kota Tolouse yang unik ini ada gelaran tersendiri .. Haa.. Aku pun tak ingat apa tah.. Tu pun wife yang bagitau. Dia buat sedikit research di kala rindu kat aku . Heeee.. Tak pe , aku memahami.. Aku gi pun , kerana tugas.. Hurm.. bukan saja saja nak gi jenjalan..

imageimageimageimage

Sebuah bandar kecil yang sangat tenang.. Disini kebanyakkan orang yang ada , adalah pekerja AirBus dan juga student.. Tu pun menurut sumber laa .. heheheh ..

Kalau nak relaks , bandar ni mmg sesuai .. Tak macam Paris. Sibuk ! Huhuhuh… Leh lepak minum kat banyak cafe di tepi jalan. Dengan cuaca yang sejuk mendamaikan.. Hurm.. hilang jap masalah masalah di Malaysia.. Kejap je la.. hehee…

Aku dan rakan rakan lain menginap di hotel Novotel ! Memang cool hotel ni.. Konsep moden.. Huhuhuh..

image

Check in .. Bilik ? Pergh.. Jauh besar dari di Paris ! Hahahah.. Tapi dua dua selesa bagi aku … Masing masing ada keunikkan tersendiri ..

 image imageimage image

Lepas check in , aku turun bawah dan merayau seorang diri kat sini.. Kat sini , aku rasa selamat berbanding di Paris.. Huhuh.. Pastikan bawak duit secukupnya dan lesen memandu jer.. Jangan bawak passport.. simpan kat bilik yer ..

image

 

Best bandar ni ! Bandar penerbangan ? Hurmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI