Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 18 Ogos 2014

Peti ais baru untuk isteri !

 

Bang .. peti ais penuh dengan susu Zahra je.. Camana nak letak barang makanan ? Sayur , ikan , ayam dan sebagainya ? “ .

Kan mudah cakap gini jer ..

Bang , jom beli peti ais baru.. Tak cukup dah nak simpan barang ni.. Ni bukan permintaan tapi arahan ! Nak ke tak nak , kena beli gak ! Haaa.. “.

 

Jawapan aku ? Aku balas balik dalam French.. Aku nak tulis , aku tak reti sangat.. Aku reti cakap jer .. Jadi wife terpinga pinga !  Panjang lebar aku bagi alasan kat dia .. dan dia cuma jawab..

“ Yeayyy.. terima kasih bang ! “.

Bila pulak aku setuju nak beli ???? Ke aku salah cakap ? Atau dia tak paham ? Eh…

Dan .. petang tadi , sampai laaa peti ais yang boleh memuatkan Qhaliff di dalam tu.. Beli kat Seng Heng.. Cash ! Tamo hutang hutang .. RM900 .. tolak diskaun ahli dan diskaun senyuman manisku , dapat la kurang beberapa ratus. Aku malas nak senyum lebih .. nanti dapat free terus ..

 

Jenis Faber. Waranti  1 + 5 tahun.. Ok la kan ? Berapa besar ? Hurm... Tak pasti.. Yang pasti , aku tak muat masuk dalam tu .. hehehe ..

Disapa rakan seperjuangan di Alamanda !

 

Sapa sangka ? Kecil je Malaysia ni.. Hehehe.. Lama dah tak jumpa blogger JoeGrimJow ni sejak bergelar usahawan muda .. dan bakal jutawan hasil bisnis Herbalife ? Heee .. InshaAllah ..

Setahu aku , dia mmg bergiat aktif dalam bidang jualan langsung ni sejak berada di UK .. waktu tu dia belajar kat sana.. Bila dah abis , dia teruskan bisnis dia tu.. Tak keja lain dah kot ? Tu jer keje dia .. Leh je hidup kan ? Kena mau rajin la.. Ke dah keje ? Kena tanya dia laa..

Dia antara blogger yang sama batch dengan aku.. Dan skang , tak dah blogging sbb tumpu pada bisnis dia jer.. Alhamdulillah.. bagus bagus.

Baby dia tu , nama Maya Zaara … Lahir lebih awal dari Zahra .. Tak sangka pulak nama bunyi sama jer .. Huhuh..

Sapa sangka kan ? Dunia blog ni sebenarnya kecik jer .. Kalau bagus perhubungan , sampai bila bila akan baik .. Maka , pandai pandai la jaga persahabatan ..

Photo: Baby Paris koooo..

Sehari di Royal Selangor Visitor Center

 

Sabtu lepas.. Aha.. Aku terima undangan untuk ke Royal Selangor Visitor Center yang terletak di Jalan Usahawan 6 , Setapak Jaya , Kuala Lumpur bersama rakan rakan blogger yang terpilih.

Ini kali pertama aku ke Royal Selangor Visitor Center. Lama dah aku teringin nak ke sini .. Kenapa ? Aku mmg minat seni ukiran ni. Sayangnya , bakat aku terpendam gitu jer.. Masih ingat lagi seni pertukangan logam yang aku amik masa sekolah menengah dulu.. Best !!

Jam 1030 pagi.. Masing masing kelihatan begitu teruja untuk menerokai sejarah Selangor Pewter di Malaysia ni ..

Bila

Bila amik pakej melawat ni , kita akan diberi seorang pemandu pelancong.. Kiranya dia akan menerangkan segalanya apa yang ada dalam ni dan menjawab segala persoalan di kepala kita.. Menarik !

Hurmm.. Sejarah Royale Selangor Pewter ni mmg membuatkan aku kagum sejenak.. Barulah aku memahami perjalanan ke arah kejayaan Royale Selangor Pewter ni ..

Ketika aku di sini , tak ramai orang tempatan ada .. Kebanyakkan pelancong luar.. Mungkin orang tempatan dah tau kot sejarah Selangor Pewter atau aku sorang saja yang terlewat ?? Huuhu.. Sebenarnya , tempat ni bagus untuk menambahkan ilmu..

Photo: Di Royale Selangor Pewter , Setapak.

#royalselangorvisitorcentre #royalselangorpewter

Setiap item yang dipamerkan kat sini , ada ceritanya tersendiri serta keunikkan yang menarik ! Antaranya , sejarah penggunaan matawang ..

Cerita teko melon .. dan macam macam lagi ! Kang aku cerita , korang dah tak tertarik nak gi .. Sebaiknya , sila explore sendiri bersama rakan rakan atau keluarga.. Amik je pakej.. Baru best ! Kenapa best ? Sila sambung baca ..

 

 

Dan gambar bawah ni , best.. Ada cerita tersendiri.. Yang bercerita pon ada kaitan dengan sejarahnya …

Teko yang kat tangan aku tu , tiruan tapi design , berat.. semua sama ! Yang bawah ni baru asli !

Selain pameran , aku melawat kilang pembikinan pewter ni .. Dan juga berpeluang membuatnya sendiri ! Dan jugaaaaa.. membawa balik barangan yang kita buat tu ! Menarik kan ? Hehehe ..

 

Banyak cerita kalau aku nak cerita ni.. Mau pengsan korang nak baca ! Haaa.. Ok , aku cerita part antara yang best ! Semua best dalam ni tapi yang ni , korang akan tau kepayahan untuk membuat pewter ni tetapi .. dengan tunjuk ajar , ianya jadi mudah ! Heeheee..

Setiap seorang akan diberi satu keping pewter ni.. Pastu ..

Pastu.. pastu .. ketuk , ketuk , ketuk ..  buat jadi macam ni ..

 

Tadaaa ! Kan dah dapat sijil dari school of hard knocks ! Hehehehee.. Pastu mencuba kreativiti dengan cara yang paling best ! korang leh buat apa saja korang nak !! Asalkan korang kreatif !

Perghh.. tak sedar masa berjalan ! Aku yang ketika ni masih lagi dalam keadaan jet lag pon tak terasa masa bergerak dengan begitu pantas ! Tau tau dah kul 230 petang ! Perghhh ..

Satu lagi pengalaman manis bagi aku ! Syok bila dapat buat semua ni sendiri ! Bukan sekadar melihat tapi dah tau camana sukar tapi mudahnya mereka bentuk pewter pewter yang ni , jika ada idea dan kreatif ! Part ni yang payah.. tak ramai orang kreatif dan cepat ada idea.. hehehe ..

Apa pon , korang leh gi try sendiri ! Pasti best !!

Bila Qhaliff dan Zahra nampak daddy !

 

Sesampainya aku di rumah , setelah 5 hari tidak bertemu muka.. mendengar suara .. aku teringin nak tengok reaksi kedua dua anak aku ni .. Wife ? Jangan cerita laa.. senyum sampai ke telinga.. Lega suamiya dah sampai ke rumah tanpa bawak madunya yang berbangsa French .. heeee..

Qhaliff yang didukung oleh adik aku , senyumnya menampakkan gigi ! Sememangnya dia seperti ibu dia .. Senyum menampakkan gigi.. Aku tak leh nak peluk cium dia sebab badan kotor ..

Aku masuk ke dalam rumah.. Cari Zahra.. Terbeliak mata dia .. Hahaha .. pastu senyum ! Kenal dia ngan bapak dia ! Walhal dia ni spesis aku.. susah nak senyum ! Tapi sekali senyum , tergoda anak dara koooo .. Hahahaa ..

Oh ya.. ni bukan gambar reaksi dia.. Ni gambar terkini dia .. Seminggu tinggalkan dia , rasa cam dah besar jer .. Hehehehe..

Manakala Qhaliff lak .. semakin lancar bercakap.. Tu pun ikut mood dia jer .. Kalau rasa nak bercakap , dia cakap elok .. kalau tak , keluarlah bahasa jerman dia ..

Bila memasing dah balik rumah … barulah keluar kembali perangai lama.. Hahahhaa.. Tak pe , daddy tak kisah .. Dah rasa 4 hari tanpa anak anak , tau betapa sukarnya nak bernafas ! Huhuhuh..

Photo: .....dan tak pepasal aku terbeli majalah Pa & Ma September 2014, sebab Qhaliff dan Zahra ada dalam tu....errr...ok lah sebab Ben Ashaari pun yea jugak....psst..nasib baik RM 7.50...kalau 7.50 Euro...parahh!!... :p

Jangan lupa dapatkan Pa&Ma bulan September 2014 .. heeee..

Baru aku faham betapa seronoknya shopping !

 

Bila orang kata best gi Paris ni , baru aku tahu kenapa best !! Apakah sebab leh lepak dan bergambar sepuas puasnya di Eiffel Tower ?? Tu cumalah ‘aiskrim’nya .. tapi yang ‘ayam dan ikan’nya ialah , SHOPPING !!

Di kota Paris , dua jalan ni macam Jalan Tar laa.. Tapi butik kat sini semuanya berjenama .. kalau akak akak kita gi sini , ternganga jap ! Tak tau mana satu butik nak masuk dulu ditambah lagi bila nampak ada harga yang terpapar !

Yang aku dalam gambar ni , jalan A .. dan gambar satu lagi tu , di jalan B .. Nak ke jalan B , kena seberang jalan !

  

Sepanjang jalan ni , korang akan nampak butik butik yang mana kat KL ni , nak masuk pon segan .. Kat sana , silakan je masuk ! Tarak kisah punyaaa ..

Photo

Aku ? Tak gila la kat sini.. Tapi ada satu tempat yang buat aku giler ! Bila aku di Toulouse .. Aku ke H & M ! Memula tu aku tak perasan tapi kawan aku , Danzel yang tunjuk pakaian budak ! Hahahaha ..

Aku masuk .. dan tengok harga ! 4.50 euro ! 5.99 euro dan paling mahal pon 7.99 euro dpt dua pasang ! Huk alohhhhh .. Ni baru betul ! Ni yang aku cari selama aku nak bershopping ! Tak kisah la euro atau RM , selagi mana bawah 10 , itulah yang murah !

Abisss semua aku nak sapu kalau ikutkan .. Nasib baik la Danzel menyelamatkan keadaan.. Dia tolong bagitau mana yang ok dan mana yang tidak.. Hehehehe..

Maka , aku dapat la 6 pasang baju untuk Zahra dan Qhaliff.. Tak sampai pon 30 euro ! Gila kan ? Murah siotttt.. Kalau kat Malaysia , sepasang baju Zahra pon dah nak RM40 ! Tu pon dah abis diskaun ..

Pastu aku gi jalan lagi.. Ternampak head gear ( snow cap ) .. murah kooooo .. 15 euro dan 10 euro ! Perghhhhhhhh ! Gila terketar ketar aku dah kat situ .. Semua aku nak amik .. Tapi sekali lagi Danze menyelamatkan keadaan ..

“ Made in China “ la … Owh.. Kensel beli… Ada banyak kat Malaysia kalau gitu.. heheheh ..

Dan barulah aku tau camana rasa ‘mengelupur’ bila nampak pakaian murah termasuklah LongChamp yang dijual murah je kat sana !

Yang ni kan.. Tak sampai 70 euro pon ! Kalau kat Malaysia katanya dah hampir cecah RM1K ! Diorang kata laaa .. Kat sana jual depan pintu masuk je.. Letak banyak banyak gitu.. hehehehe .. 

Aku tanya wife aku .. dia nak tak ? Tak nak ! Tergaru kepala aku jap.. Aku nak belikan dah ni… Tapi dah dia tak nak.. apa aku nak kata kan ?

Yang ni , Evelyn yang jumpa.. Harganya 150 euro tapi dia kasi 50 euro jer !! Last unit ! Saja nak clearkan stok ! Perghhhhhh .. Aku tanya wife aku .. dia tak nak tak ! Huk aloh… Belikan je ??? Tamo la… kang beli tak nak pakai lak ! Hurm…

Jadi ini bermakna.. dalam syoknya bershopping , aku masih mampu kawal diri lagi la.. tapi bila jumpa pakaian budak dan kegemaran aku , aku hilang kawalan ! Syok shopping bila ada duit.. Takde duit pon syok gak .. syok tengok jer ! Heeee

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI