Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 Ogos 2014

Hari pertama tanpa isteri !

 

Aku tidur semalam , jam 2 pagi.. Qhaliff yg mundar mandir tak boleh nak tidur disebabkan dah terlebih tidur sebelum tu , buatkan aku turut sama tak leh tidur ! Bukan aku tak leh tidur .. tapi bila aku nak tidur , dia datang kacau aku.. Kejut aku ! Tak kasi aku tidur ! Kecik besar kecik besar jeeee aku tengok budak ni ! Dah la lewat malam.. esok nak bangun awal pagi , nak standby utk kerja !

Akhirnya dia tertidur. Wife kejut aku jam 3 pagi ! Huk alohhhhh .. Baru sejam tidur , dah kena gegar ? Sabarlah.. kata pantang lagi.. Eh , silap.. dia kejut sbb nak suh aku dukung bawak masuk Qhaliff dalam bilik.. Qhaliff tidur ngan aku di luar.. hehehe .. Awal benar Zahra nak dapat adik.. hahaha ..

Kul 6 pagi.. wife kejut.. Terus aku tak tidur selepas subuh tu.. Update blog jap.. pastu terus bantu apa yang patut.. cam bantu tengok dia masak sarapan pagi .. Haaaa..

Dalam kul 8 pagi , dia gi kerja.. Tinggallah aku dan Qhaliff.. Qhaliff dah jaga .. awal pulak dia jaga.. Bila wife dah pegi kerja , maka bermulalah episod Mr.Mama anak dua ! Haaaa..

Mandikan Qhaliff.. makan.. pastu layan youtube ABC kat tv.. Kul 9 lebih , Zahra lak bangun… mengeliat kooooo ! Siapkan dia lak .. Mandi , pakai baju..

Photo: Berpeluh ketiak dah

Letak dua dua kat depan tv.. Hurm.. Cuaca panas.. Aircond lak wat hal.. Diorang mengantuk , tapi tak leh nak tidur .. Aku mengantuk.. dan asyik tertidur ! Haahaha ..

Zahra yang mengantuk tapi tak leh tidur sbb panas.. Qhaliff pon begitu juga. Puas suh tidur.. tak nak.. kena marah ngan aku..nangis..terus tdoooo.. Sian diaa…

Tiba tiba , aku dapat private message dari jiran aku.. Dia tanya aku ada rumah ke tak ? Aku jawab ada .. Dia datang nak check aircond aku. Aku mintak tolong dia semalam..Dia mmg mahir bab ni la..

Photo: Nasib baik ada jiran mahir dgn air cond.. Dah kembali sejuk rumah .. Sian budak2 kepanasan..

Alhamdulillah.. ada juga insan sudi membantu aku ! Murah rezeki aku anak beranak hari ni ..

Selepas dia check , dia kata kapasitor rosak.. Dia gi tolong belikan.. pastu tadaaaaa… Mabeless ! Terus ok aircond aku… Pastu barulah anak anak aku dapat tidur dengan nyenyak ! Huhuhuh… Terima kasih pak Iwan..

Stok susu Zahra banyak ..

 

Alhamdulillah .. Banyak stok untuk dia .. Tak perlu risau setakat ni .. Sampaikan dah tak muat dalam peti ais tu.. Maka kena beli peti ais baru ..

Dan aku dapat pertanyaan dari rakan FB .. camana nak kasi susu banyak ? Hurm… ikutkan masa Qhaliff dulu banyak gak tapi tak la sebanyak macam Zahra skang .. Cuma Zahra tak kuat menyusu seperti Qhaliff

image

Antara sebabnya ialah ..

Hadiah dari Master Salwa.. Waktu Zahra masih belum dilahirkan lagi.. Dah dapat hadiah darinya .. Selepas lahirkan Zahra , wife amalkan pengambilan suppliment  Shaklee ni .. Alhamdulillah , dengan izin Allah.. banyak stoknya. Qhaliff pon tumpang sekali.. hehehee ..

Kalau nak try , leh jer cuba contact beliau .. dapatkan penerangan dan pengambilan yang betul darinya .. Tak leh main bedal je makan.. hehehe ..

Mungkin ada yang cakap , dia tak menjadi.. Itu semua rezeki masing masing.. Kita kena usaha jer .. Ada banyak cara , ada banyak petua .. dan ini salah satu darinya..

Punya masalah dengan bau badan ?

 

Kalau aku lama tak gi gym , peluh aku mmg akan bikin aku tak selesa terutamanya ketiak ! Ni bukan cerita ngeri atau cerita lucah yer !! Tapi ini cerita benar .. tiada yang benar melainkan benar belaka !

Seminggu kerja luar ari tu , membuatkan aku tak mengeluarkan peluh dengan teratur. Maka , bila aku berjalan kaki .. aku akan berpeluh banyak terutamanya di ketiak ! Aku tak kata la bau masam hingga mampu membuatkan lipas menjauhkan diri dari aku .. tapi baunya mungkin membuatkan aku secara automatik memegang hidung aku sendiri ! Lom tahap muntah hijau laaa .. Heee.. Tu aku pakai deodrant mahal tuu ! Haaa ..

16 jam dalam kapal terbang , buat aku lagi tak selesa.. Bila sampai lapangan terbang , aku mandi minyak wangi ! Namun terasa masih ada bau bau yang kurang enak !

Sampai je di rumah mak aku , wife tunjukan satu benda .. Katanya pos atas nama aku.. Ok , baru teringat.. Aku kena review menda ni .. Ada kertas disertakan.. Katanya , aku kena guna selepas mandi. Jangan bilas lagi.. Terus guna menda ni di tempat sepatutnya seperti ketiak !

Kali pertama aku pakai .. Aku biar dalam setengah jam.. Kemudian try bau.. Ada bau skit lagi laa.. Hurm.. Aku rasa aku tak leh la nak buat review pasal produk ni sbb tak sesuai dengan aku. Takkan aku nak tulis menda tak ok , jadi ok kan ?

Tapi tak pe.. aku try sekali lagi.. Keluar makan malam.. Aku mandi dan pakai.. Tanpa guna deodrant.. Hurmm…

Kali ni , aku berpuashati ! 2 kali aku pakai , bau masyam ketiak aku dah takde dah ! Alhamdulillah.. Ni bukan cerita Bujang :apok atau KL Menjerit yer.. Ini cerita aku guna Celebrity Lass..

Dan hari ni , aku saja tak pakai.. Nak tengok kesannya.. Tiada bau yang mengindahkan terbit dari ketiak aku !! Alhamdulillah.. Tapi tak semestinya tak payah pakai dah ! Kena pakai gak laaa lagi..

Mana nak dapat ? Hurm.. Sebelum tu , aku peringat korang dulu .. menurut rakan yang menjual produk ni , tak semua orang pakai akan menjadi yer.. Ikut nasib badan gak laa .. Sama cam makan suppliment atau pakai produk kecantikan.. Kalau sesuai , menjadi.. Tak sesuai , tak leh nak kata apa .. sekurangnya mencuba dari biarkan badan bau kambing gurun ! Heeee…

Bagi yang nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ni , sila Whatsapp – 0196404110 atau ke Facebooknya iaitu ALONG IMA dan Instagramnya , SOFIASCBIZZ.

Tak cuba tak tau kan ? Bagi yang bermasalah dengan bau badan , digalakkan mencuba ..

Pemenang #masukdramaseludup !

 

Akhirnya , dah tau jugak sapa yang akan berlakon dalam drama bersiri Seludup yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi ! Dua orang pemenang ini adalah dari pertandingan yang diadakan baru baru ni di fan page SELUDUP !

Drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

Berikut adalah pemenang yang akan berlakon dalam drama bersiri Seludup itu nanti .Turut sama berlakon dalam drama ni nanti ialah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya.

Mohd Andika bin Abdul Halim dan Nur Afieqah binti Zulkarnain , dikira bertuah kerana sebanyak 130 penyertaan dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut bermula ada  25 Jun 2014 lalu.

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran manakala Nur Afieqah adalah seorang pelajar. Kedua duanya adalah pertama kali dalam bidang ni..

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Koleksi Musim Luruh 2014 Royal Selangor

 

Koleksi musim luruh yang terbaru daripada Royal Selangor diilham dari pelbagai gaya dan era dan telah mengakibatkan kewujudan lima koleksi elegan untuk gaya hidup kontemporari.

ZODIAC

Dua belas haiwan ikonik daripada zodiak Cina menyerlah dalam koleksi kaflin dan loket yang elegan daripada Royal Selangor ini.Gambar di bawah adalah sebahagian dari koleksi tersebut.

Zodiac (7) Zodiac (3) Zodiac (5) Zodiac (8)

Reka bentuk haiwan zodiak Cina yang rumit diilham dari seni potongan kertas Cina, salah sebuah bentuk seni berumur 1500 tahun yang disenaraikan di dalam Senarai Warisan Budaya Bukan Kebendaaan oleh UNESCO. Diukir secara halus dalam pewter, koleksi ini menampil kraf yang artistik dan jitu. Sama ada dipakai untuk kerja atau kasual, koleksi ini memudahkan si pemakai menampilkan gaya tersendiri

Koleksi ini boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com .

 

MIAMI

Royal Selangor memperkenalkan Miami, satu koleksi pemegang lilin bergaya retro yang mengambil inspirasi daripada gaya estetik tahun 1950-an. Koleksi Miami menampilkan hiasan minimal, salah satu ciri reka bentuk gaya “mid-century modern” , yang berasal dari gaya reka bentuk “International” dan “Bauhaus” yang ditafsirkan oleh pereka bentuk Amerika . Koleksi ini terdiri daripada pemegang lilin berbatang, pemegang lilin lentera dan bekas pemegang lilin

Miami (4)

Serikan rumah anda dengan cahaya lilin dan cipta suasana yang selesa dengan penampilan lilin strategik . Lilin berharum juga mencipta ruang aman.

Miami (1)

Koleksi Miami boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web royalselangor.com bermula dari bulan Disember.

 

CIRCA

Reka bentuk koleksi Circa dipengaruhi garisan-garisan kemas dan kefungsian tahan lama ala “mid-century modern” pada zaman abad pertengahan tahun 1950-an, , yang berasal dari gaya reka bentuk “International” dan “Bauhaus” yang ditafsirkan oleh pereka bentuk Amerika. Koleksi ini terdiri daripada penggiling rempah, pendingin wain, penghidang salad, mangkuk-mangkuk, alas botol dan dulang-dulang.

Circa (1) Circa (4)Circa (5)

Reka bentuk yang sederhana tetapi elegan ala “mid-century modern” menjadikan koleksi ini sesuai dengan pengaturan meja makan yang kontemporari.

Koleksi Circa boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com bermula dari bulan Disember.

HARD DRIVE

Royal Selangor memperkenalkan koleksi terbaru pemacu kilat USB berkapasiti 16GB dan pemacu mudah alih berkapasiti 500GB, gajet terbaru yang “mesti dimiliki” oleh ahli-ahli perniagaan dan pencinta reka bentuk

Harddrive (14)Harddrive (9)Harddrive (12)

Di bawah bahagian luar yang berkilat adalah penyimpan data berprestasi tinggi yang mampu menyimpan dan membawa video, gambar-gambar dan fail-fail digital lain dengan mudah. Kedua-dua pemacu serasi dengan Microsoft® Windows® XP atau versi selanjutnya, Mac OS X v10.0 atau versi selanjutnya dan Linux Kernel 2.6.33 atau versi selanjutnya.

Dan satu lagi koleksi iaitu Chateau iaitu koleksi aksesori bar elegan yang mengambil idea-idea keindahan seni Renaissance untuk menghasilkan aksesori-aksesori bar yang praktikal untuk gaya hidup kontemporari.

Kesemua koleksi ini boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com

Tamat sudah bulan madu !!

 

3 bulan , 1 minggu .. wife cuti berpantang.. Dan hari ni , dia akan kembali bertugas.. Ini bermakna , Qhaliff dan Zahra .. akan aku jaga sendiri !

Apakah yang akan berlaku nanti ? Mudah jer.. Kalau aku diam tanpa berupdate di FB , bermakna aku sedang kejar mengejar dengan Qhaliff ! Kalau aku ligat je dok post gambar atau status di FB , bermakna dua dua sedang tidur !

Tapi aku rasa la kaannn … kannn ….

Photo: Adeh...

#cosmoderm

Kaaannnnn …

Photo

Aku akan dibuli mereka ! Huhhh..

Photo

Jelir lidah ehhh ???? Tak pe , tak peeeee ….

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI