Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Ogos 2014

Bila Qhaliff dan Zahra tidur ..

 

Photo

Ah.. leganya ! Dua dua dah tidur.. Tengok jam , dah hampir kul 1 petang.. Dapat la solat Zohor awal ari ni.. kalau tak , lewat jer.. Dah Zahra tak nak kasi lepas.. Suka benar dipeluk bapaknya.. Tak kasih lepas !

Apa jadi kalau aku letak dia di tilam atau tempat sewajarnya selain tangan bapak dia ni ?

Dia punya teriak !!  Perghhhhh .. Risau je jiran pi report polis ! Kot ingat ada budak didera haaa .. Selepas berusaha pujuk dia atau dia sendiri dah penat .. maka .. dia akan diam dengan sendirinya .. Tu pun kalau berdirikan dia ..

Segar jap.. Pastu , kena pujuk dia tidur ! Bukan seminit dua tapi sampai tahap patah pinggang laaa ..

 

Bila dua dua dah tidur , barulahhhh aku dapat update blog !

Photo

Alhamdulillah.. berjaya buktikan juga , dua anak dapat jugak update blog … Nak ngan tak nak je usaha kan ? Heeee…

#kelabbloggerbenashaari

 

“ Salam . Duk tgk orng buat #kelabblogerbenshaari. So nak tahu apakah sbnrnya. Adakah stu team blog ? “

Hurm.. camana nak cakap eh ? Sebenarnya gini .. Kelab Blogger Ben Ashaari ni tubuh sejurus blog aku diwujudkan. Ketika tu ada satu web ping dipanggil GengBlogger popular. Maka , aku wujudkanlah satu page kelab blogger ni di Facebook yang bertujuan untuk blogger promote entri entri terkini mereka..

Setakat hari ni , seramai 22 ribu members ada dalam tu. Aku tak guna sebarang aplikasi  untuk tarik masuk ahli ke dalam ni sebaliknya , aku serta rakan rakan blogger lain promote di FB mereka bagi mendapatkan lebih ramai ahli.

Untuk apa ? Dari awal lagi aku mula blogging , aku dapati amatlah payah untuk promote blog dan juga menaikkan trafik. Blogger blogger senior pulak, mmg tak pandang la blogger blogger baru ..

Maka aku simpat satu hasrat.. Hasrat untuk wujudkan satu komuniti blogger yang sekepala , bertanggungjawab dan paling penting , saling percaya mempercayai dan aku mulakan di Whatsapp !

Selepas dapat kumpulkan beberapa blogger yang aktif berblog , maka kekalkan group whatsapp hingga ke hari ni. Namun ahli di dalamnya silih berganti. Masing masing bizi la katakan..

Alhamdulillah… aku dah buat beberapa pecahan mengikut zon di Malaysia ni.. Blogger yang aktif , aku akan tarik masuk ke group utama.

Tujuan penubuhan #kelabbloggerbenashaari ni , adalah untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang. Pencapaian #kelabbloggerbenashaari tahun ini sangatlah bagus. Ada blogger yang terlibat dengan badan kebajikan dan macam macam lagi.

Ada yang tanya camana nak join ? Sebenarnya aku terpaksa memilih blogger untuk join. Aku tak amik blogger yang dah rasa top atau tahap retis. Aku amik blogger yang aku nampak ada keunikan tersendiri. Setiap blogger yang unik , bergabung .. menghasilkan satu team yang mantap ! InshaAllah.

Dan alhamdulillah , mereka dah merasa kenikmatan sebenar berblog.. Tak kaya tapi mampu menyimpan duit untuk masa depan atau membeli barang keperluan. Tapi tu bukanlah motif sebenar penubuhan team ni..

Paling penting dalam team ni , kerjasama.. Saling bantu membantu untuk menaikkan blog rakan , memberi idea dan juga sumbangan pada masyarakat. InshaAllah.

Setakat ni ada berapa ramai yang join group ni ? Rasanya lebih 30 blogger .. Tiada yuran dikenakan.. Tiada komisien diambil pada setiap job yang dapat .. Tiada sign kontrak.. Nak keluar , bila bila masa je boleh.. Takde sapa nak marah.

Faham dah ? Ianya cuma satu network blogger picisan saja ..

Bila si isteri nak beli ..

 

“ Bang .. nak beli .. “

Isteri kita bekerja. Ada duit sendiri. Tapi bila dia nak membeli itu ini , dia mintak izin kita. Padahal dia boleh je nak beli terus .. Wajar tak kasi ? Hurm…

Setiap kali wife aku nak beli barang kepeluarannya , aku akan senantiasa ingatkan diri aku.. “ Bukan selalu dia mintak . “. Dan “ dia dah hadiahkan aku dua orang anak yang comel comel serta lakukan tugas terbaik membesarkan kedua-duanya. Takkan permintaan tak seberapa tu pon tak boleh nak dpt kelulusan.. “.

Dia tak mintak pon duit aku untuk membeli itu ini. Dia ada duitnya sendiri. Bukanlah aku tak bagi dia duit tapi dia tahu duit aku , untuk byr hutang piutang . Dia pon tahu aku tak belanja mewah mana. Kalau nak bermewah , satu keluarga akan turut rasa.. Aku takkan sendiri sendiri punya..

Dan biasanya wife aku nak membeli pon adalah utk keperluan dia di rumah ni.. contoh pinggan mangkuk.. peti ais dan sebelum tu , periuk nasi !

Bila kasi beli kan , maka pulangannya berbaloi ! Suruh je masak apa , dia akan masak ! Hehehehe.. Seronok lagi dia .. Leh explore dan bercerita di dalam group whatsapp dia .. PEREMPUAN .. kan ? Heee..

 

Untuk sarapan aku dan Qhaliff pagi ni , dia dah sediakan bubur..  Suka ,suka , suka … Aku tak payah susah susah keluar gi kedai mamak .. beli nasi lemak ! Makan apa yang dah dia masak ..  Cam pantun lak.. heee..

Terima kasih sayangku.. esok nak nasi beriani ayam madu lak eh ? Pergh.. awal pagi makan gitu ? Memang menempah keboroian aku ni..

Menurut dia , periuk nasi ni mmg best. Begitu juga rakan di FB aku bagi komen mengenai periuk ni ..

“ guna periuk ni senang nak masak nasi..tunggu 3-5 minit saja..siap.. “.

Pasni aku leh belajar memasak dengan periuk ni .. Nak belajar masak air dulu.. Amacam ? Cool tak ? Ada perempuan teruja lelaki pandai masak air ni .. Bayangkan bila masak air tu , ketul ketul di lengan keluar ! Sasa gitu.. Hahahahaha.. Ok , aku gurau ..

Sesekali , bagilah dia membeli apa dia nak beli .. andai ada duit lebih la kan .. Yang penting tidak membazir dan boleh digunakan oleh semua orang .. Heee..

Penangan pukul 6 !!!

 

6 Pagi .. wife kejut aku.. Ready untuk ditinggalkan ! Wife akan sediakan semuanya tapi hari ni , dia tak sempat nak masak sebab barang dapur takde .. dah habis ! Maka aku kena gi beli nasi lemak bungkus kat restoran mamak ..

Qhaliff .. yang tidur lewat , aku tak kisah sangat.. Zahra , yang tidur awal.. pastinya dah bangun sama dengan aku. Maka aku mintak wife tolong mandikan Zahra dan siapkan sementara aku menapak gi beli makanan ..

Kul 8 pagi .. dia gi kerja.. Jarak dari rumah ke tempat kerja dia , 20 km.. Kalau tak de kemalangan kereta , cepat la sampai. Kalau ada ? Hurm.. sendiri mau ingat laa..

Dari kul 8-6 petang.. Tau camana aku rasa ? Aku rasa setiap pagi tu , aku baru bertukar ke syarikat baru ! Dia punya gerun , seolah olah aku nak mengadap boss besar , setiap pagi ! Walhal nak ngadap Qhaliff dan Zahra je pon !

Qhaliff , dia mmg liat nak tidur.. Tapi kalau dah tidur , liat juga nak bangun.. Yang jadi isu buat aku ialah Zahra ni haaa ..

image

Dia tak nak susu botol. Kasi shirnk pon tak nak ! Dia sanggup tunggu mak dia balik baru nak menyusu dan tidur lena… Aku tak kisah la part tu .. sebab dia mmg tak kuat menyusu pon.. Camana pon aku tetap paksa kasi gak ..

Masa tidur.. Zahra mudah nak tidur .. Dia nangis camana pon , dia akan lena lepas tu.. Tapi lenanya akan terganggu selagi abangnya tak tidur ! Huhuhu.. Stress benar part ni.. Serius ! Aku pulak mmg dah kuyu bijik mata time time gini .. Jet lag ? Takkan kot ! Hahahaha ..

Bila Qhaliff dah dapat tidur , Zahra lak bangun ! Hahahahha .. Kalau bangun je tak pe.. tapi suruh dukung memanjang ! Aku try letak , dia bukak mata ! Aku dukung , dia tidur.. Aku letak , dia jaga ! Huk alohhhhh … Bisa putus urat otak gini dong ..

Nak tak nak .. aku doa agar cepat la pukul 6 petang ! Ini kerana, 6 petang , mak dia dah sampai rumah ! Bolehlah aku pas kat dia dan susukan Zahra..

Selepas tu , baru pakat tidur ramai ramai.. walaupun sekejap.. jadilaahh !

Dan esok… akan ku ulangi semula .. sehinggalah hari Jumaat ! Setiap pagi , adalah seperti nak pergi kerja ke pejabat baru ! Nak pergi satu hal.. nak berkenalan satu hal.. nak mulakan kerja satu hal.. nak tunggu lunch satu hal.. nak keluar makan dengan kawan atau sorang sorang , satu hal gak ! Haa.. bila dah dekat kul 5 , gembira !! Tapi esok kena gi opis balik ! Hahahha..

Maaf, aku bukan terpaksa tapi .. tapi .. hahahaa.. Sabar je laaa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI