Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 22 Ogos 2014

Makin berjaya sesuaikan keadaan ?

 

Nasib baik Jumaat hari ni.. Wife dapat lari balik sekejap untuk bantu aku meregangkan badan. Ragam Zahra mmg aku dah boleh baca.. Dia mmg berperangai gitu. Manja ! Nak kena layan dia jer .. Tu pasal abang dia pon cemburu semacam ..

Photo

Bila petang petang gini , nak tidurkan Qhaliff kena mandikan dia dulu.. Pastu kasi susu kambing kat dia.. Susu formula , dia tak nak dah ..

Bila dua dua dah tidur .. barulah aku dapat tarik nafas lega ! Tapi tak mudah ok ! Kekadang aku terfikir.. Macam murah sangat je pengasuh amik RM250-300 sebulan untuk jaga seorang anak ! Bukan senang.. Hurmm… Nyawa orang lak tu.. Hurm..

Bila mandikan Zahra ..

 

Terus terang , aku cukup seriau tiap kali nak mandikan Zahra. Bukan mudah nak mandikan bayi ni. Kena hati hati 200% ! Bukan sekadar rindu awak 200% tau !! Haaa ..

Tapi kalau tak mandikan dia , aku rindu pulak nak tengok mata dia yang memandang tepat mata aku setiap kali jirusan air pada badan dia .. Dia memandang dan senyum ! Dia bukan mudah nak senyum. Sapa sapa yang pernah jumpa dia , pasti akan pelik.. Muka masam memanjang ! Walha dengan mak ayah dia , mudah giler nak senyum.Anak daddy sungguh..

Photo

Terus terang.. sebenarnya aku cukup beruntung dapat mandikan kedua dua anak aku , sendiri ! Pengalaman membesarkan anak , adalah sesuatu kenangan yang jauh lebih indah dari bergambar di depan Eiffel Tower.. Eh ?

Photo: Salam .. Selamat pagi..

Semlm , mimpi aku menang pertandingan buat kali pertamanya dlm hidup aku..Dan hadiahnya , bercuti ke Paris !!! Huk alohh.. 

Nampak benar rindu kt Paris.. Hahahaha

Cuma selepas mandikan dia tu , aku jadi sedikit cuak .. Dia akan menyusu biasanya.Pastu tidur.Masalahnya dia menyusu badan jer.. Botol tamo.. Hurm… Camana nak tidur ?

Cemburukah Qhaliff ?

 

Photo

Sememangnya dia dah terasa terancam sekarang ni .. Sian dia .. Bila tengok dia , berusaha dia nak menangkan hati aku. Buat lawak.. Senyum menampakkan gigi..

Dia pon dah mula berebut dengan adik dia yang tak reti nak berebut lagi tu ! Kalau dah reti , silap silap aku pon turut sama berebut dengan dia ..

Photo

Garang ? Dah makin garang.. Pandai dah marah orang .. Berebut mainan.. Hurmm.. Mungkin sebab dia dah rasa ‘diketepikan’ kot ? Hurm…  sian kat dia .. Padahal , dia tetap aku lebihkan setiap hari..

Dia nak sangat berkawan skang ni.. Nak hantar ke taska , sian dia .. Kecil sangat lagi.. Tak puas nak bermanja ngan ayah dia .. Aku pun tak sanggup lepaskan dia lagi.. Baru 2 tahun lebih.. Nak pergi pon , biarlah 5 tahun gitu..

Bila tengok gambar gambar dia yang lama .. sayu je.. Dah besar pon.. Dah pandai membodek daddy skang ni.. Kalau buat silap , muka cepat cepat berubah jadi muka donald duck.. Kalau kena marah , merajuk masuk bilik sambil membebel ! Sambil membebel ok !!!

Tah la.. Esok seharian lagi aku dengan diorang. Nasib baik la tengahari mak dia balik.. Aku nak gi solat Jumaat. Lega la skit aku.. Bukan apa , aku kesian kat Zahra jer.. Dia tak nak menyusu botol. Tahan hingga ke petang.. Aku paksa gak dia minum. Ada la minum skit skit .. Hurm.. Berusaha tolak dengan tangan dia ..

Bila time gini la Qhaliff pon buat perangai.. Saja nak itu ini dari aku.. Pergh.. mmg mencabar minda la masa ni.. Kena cool .. Berusaha tenangkan diri ..

Terlepas jugak kadang kadang .. Tapi cepat cepat pujuk dia .. Dah pujuk , dia buat balik. .. Sabar je la..

Nak marah lelebih , aku selalu ingatkan diri aku pada satu posting yang aku up baru baru ni .. Memang kasihan membacanya..

Sayu hati aku membacanya .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka .. dan kuatkan semangat mereka ..

Dunia ni hanya pinjaman.. segalanya pinjaman..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI