Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tips lelaki tua nampak muda senantiasa !

 

Bila aku post gambar ni … ada komen yang buat aku senyum sampai ke ubun ubun !

  • kenpa pic ni nmpak lagi muda eh
  • Alamakkk..gaya mengoda..hihihi
  • Handsome ea bila En Ben x berkaca mata .nmpak muda belia.muka sama
  • Ha ah. Baru nak ckp. Nmpk mcm bdk bdk plk ben
  • Posisi yg menarik , nampak 10 thun lebih termuda
  • cepattttt .ekekeke – ok .. yang ni sila abaikan .. komen jeles ni !
  • Edit ke apa nmpak muda pulak
  • eh..nmpk muda la muka ben..mkn jamu ke? haha

Ok.. cukup cukup sudah ! Kang ada yang muntah darah baca komen diorang tu.. Apa respon aku dan Zahra bila orang kata gitu ?

Photo

Ada dua tips sebenarnya untuk lelaki tua macam aku ni , kelihatan muda belia seperti belia 4B !

Tips pertama ..

Sila nikah cepat dan dapatkan baby secepat mungkin. Pastu jaga sendiri sehingga usia 4 tahun. Lepas 4 tahun leh hantar anak tu ke taska..

Kenapa lak ? Sebab bila ada baby , kita akan senantiasa senyum ikhlas dengan dia . Dia pun senyum mesra dengan kita..

Photo

Haaa.. isteri kita pun belum tentu dapat lemparkan senyuman seikhlas baby kita senyum ! Kan ? Sesekali je la dapat.. tu pun lepas dapat hadiah cam peti ais atau pun periuk nasi elektrik yang mampu masak 600 jenis masakan !

Tips kedua untuk lelaki tua kelihatan muda ?

Ok.. Jika lelaki tu dah kawin .. tapi takde baby walaupun pelbagai usaha dah dibuat .. jangan risau .. Sila cari anak dara yang benar benar dara .. terutama yang baru lepas abis sekolah menengah dan gagal SPM .. pinanglah dia dan jadikan isteri.. Pastu panggilah dia ‘baby’ .. InshaAllah , rupa anda akan kelihatan muda berbanding sebelum sebelum ini .. Trylah kalau tak caya..

Risikonya ? Ada .. kalau tak muda , anda akan lebih tua dari asal ! Sapa suh tak reti adil ? Haaaa…

Tips ketiga ? Sila beli e-book saya yang bertajuk , JANGAN MENGATAL DAH ! DAH TUA , BUAT CARA TUA !!

Bila Zahra bertemu #EanRifqee

 

Selepas gi beraya di rumah blogger Ujang ( dan YanaMib ) , aku sekeluarga terus gi ke rumah blogger Que Achmad.. Lama dah nak gi rumah dia tapi asyik tertunggak jer.. Dari bujang hinggalah dia dah ada anak , ni kali pertama singgah ke rumah dia .. Huhu.. Biasa dia yang singgah rumah aku.. Terima kasih.

Photo

Untuk pengetahuan , Ean lahir 10 hari lebih awal dari Zahra. Berat Ean pun lebih 1kg dari Zahra .. tapi ketinggian , Zahra tinggi skit.. Mungkin sebab Zahra ikut bapak dia ..

Satu lagi persamaan .. dua dua berdarah Red Warrior ! Hehehe.. Kelantan lor .. Cuma Mykid Zahra , tertera lahir di Putrajaya manakala Ean lahir di Kelantan. Mak Zahra je orang Kelantan.

Photo: Zahra dengan Ean..

#kelabbloggerbenashaari

Tapi benarlah kata orang .. Bayi perempuan ni lebih cepat matang berbanding bayi lelaki.  Setujukah ?

Antara isteri dengan anak anak !

 

image

Sekarang baru aku faham kenapa mereka memilihnya .. Hurmmm.. Teringat aku pada satu soalan yang mmg membuatkan rakan rakan garu kepala.. Nak pilih masa satu ?

Soalannya..

Andai kata anda baru pulang dari kerja.. melihat rumah 2 tingkat anda terbakar , dan di dalam rumah tu ada pasangan anda yang baru saja mengalami kemalangan yang mana dia tak mampu bergerak .. di tingkat atas rumah.. manakala 2 orang anak kecil anda juga turut berada di tingkat yang sama ..

Yang mana satu anda akan selamatkan dulu ? Anda cuma boleh masuk ke dalam rumah sekali saja kerana kebakaran sedang marak dengan pantasnya !!

Pilihan di tangan anda.. Selamatkan pasangan anda atau anak anak anda ? Jangan lari dari soalan yer …

Dan aku faham sekarang .. Hurm..

HeadBand Zahra ..

 

Comel ? Sejak dia berusia 3 bulan ni , dia mmg berlagak comel dan kuat membebel ! Nasib baik la dia adik.. Kalaulah dia kakak , aku rasa naya Qhaliff ! Hahahaha ..

Photo: # kelabbloggerbenashaari

Ada kawan tanya di Facebook.. beli mana headband Zahra ni .. Oh , tu headband namanya ? Aku ingat cekak .. hahahaha.. Maaf la , aku kurang arif bab aksesori wanita ni.. Yang aku kenal gincu jer ! Lain lain , kureng amik tahu..

Beli mana ? Hurm… Aku tanya kat wife sat .. Ahaa.. dah tau dah ..

Ada macam macam design rupanya .. Hurmm.. Dia beli kat Little Arissa Baby Shop di Facebook. Kenapa dia beli ? Ahaaa.. tu nanti cerita.. Bersebab beli ni.. bukan suka suka tauuu .. Rezeki dari Allah untuk anak anak.. Alhamdulillah .. berkat bapak diorang berjaga tiap malam , update blog .. heee…

Pencinta haiwan ?

 

Aku ingat nak bela kucing , tapi wife tak kasi. Alergik. Nak bela burung , kesian.. Nak bela ikan , aku takut je dia berenang sama .. Hurmm..

Malam tadi , gi pasar tani Presint 2 , Putrajaya. Aku dukung Qhaliff , wife ngan Zahra .. Masuk satu lorong ni , Qhaliff terperasan orang jual ikan hiasan. Terus dia tunjuk dan meronta nak turun. Aku tak kasi la .. Sebab wife nak beli barang dapur secepat mungkin. Gi pun dah lewat. Risau gerai tutup.

Aku punya berusaha untuk dia lupakan ikan ikan tu tapi gagal ! Dia ketawa , main pastu tetap meronta nak turun. Aku test dia.. Lepaskan .. Perghhhh .. dia hafal jalan siut !! Hahahahaha .. Dia main jalan jer ! Nak tengok video dia ? Haa.. Klik SINI.

Akhirnya aku mengalah juga.. Tunggu wife abis beli barangan dapur dia , baru beli ikan yang dia nak ..  Terus nak pegang dia ! Tak nak lepaskan langsung ..

Photo

Gi kedai makan pun tak nak lepaskan ikan dia tu ! Siap bawak turun.. Nak masuk 7 Eleven lagi !!

Bila sampai rumah … Terus aku letakkan masukkan ikan ikan tu ke dalam mini akuarium yang dibeli tadi.. Jumlah wang yang dilaburkan untuk kali ni ialah RM15. Tak kisah la.. asal dia gembira..

 

Hurm.. dia tak kacau ikan ikan tu ke ? Hahahaha … Aku dulu pun macam dia.. Geram kat ikan tu.. tangkap ! Hee.. Abis akuarium bapak aku.. Skang aku tau la camana rasanya.. Heehee…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI