Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 Ogos 2014

Bila Sony Xperia Z2 aku retak skrin !

 

Retak ? Sapa buat ?? Qhaliff main ke ? Ke wife baling ke dinding ? Atau aku yang buat ?? Gini ceritanya ..

Sedang bersiap nak ke majlis raya , tiba-tiba wife aku datang duduk sebelah aku. Muka mengelabah giler !

“ Bang.. handphone abang retak.. Zila bagi jatuh. “.

Huh…. Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan cadar katil dah takde.. Sah sah dia tarik cadar yang menempatkan handphone aku yang sedang dicaskan tu..

Aku pegang .. belek Z2 aku tu.. Ada retakan ..

 

Hurmm.. Aku raba permukaan.. Hurm… On handphone aku.. Takde masalah… Wife aku tunggu respon aku..

“ Berbaloi gak beli screen protector ( screen glasses ) mahal mahal ni . “.

“ Kenapa ? Kan retak tu… ? “ .

“ Yang retak tu , screen protector.. Bukan screen ni.. Nasib baik .. Cuak ke ? “.

“ Maunya tak.. kang abang mengamuk .. “.

Senyum je aku. Syukur takde apa apa skrin tu.. Kalau tak , duit lagi. Nasib baik pelaburan membeli screen glasses tu berbaloi.. Kalau beli yang murah punya , rasanya.. hurm…

Tak pe la.. duniawi je semua ni ..

Rasuah Qhaliff !

 

Malam tadi , aku patut gi ke surau untuk tolong jiran tetangga bagi persediaan majlis hari raya esok , lepas Isyak tapi payah benar la nak melarikan diri dari dia.. Asyik nak mengekor jer.. Macam tau tau aku nak keluar..

Wife suruh aku gi beli makanan dulu sebelum keluar.. Jadi , dia akan tidur selepas makan .. Hurm.. Ok gak idea dia tu.. Aku pun ajak dia berjalan kaki ke restoran berhampiran.

Sukaaa la dia !! Berlari lari dia. Cuaca pulak dingin jer .. Syok laaa … Sampai situ , asalnya aku nak tapau jer tapi.. Hurmmm ..

Lepak terus je la kat situ.. Heeee… Senang ! Balik , terus dia tido.. Hehehehe…

Dan aku leh la lari ..

Sampai ke tapak majlis , diorang dah lama dah mula.. Huhu.. segan aiii … Yelah , aku amik masa 3 jam untuk lari dari dua dua anak aku tuu.. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI