Isnin, 25 Ogos 2014

Jangan charge smartphone anda !

 

Entri Sony Xperia Z2 aku yang jatuh dikatakan berpunca salah letak tempat sewaktu mengecas smartphone aku tu mendatangkan komen mengenai bahaya charge di atas katil atau tilam.

Kenapa aku berani letak atas tilam ? Ikutkan , mmg aku takkan letak sebab tau akan bahayanya.. mampu mengundang kebakaran.. Tapi kenapa aku buat ?

Sebabnya ..

Photo

Aku guna magnetic charging dock. Ianya tak panas dah cepat charge berbanding jika connect melalui kabel usb .. Haaaa… Menarik kan ? Baru tau ? Ke lama dah tau ? Aku je yang tak tau korang dah tau ? Hahahaha. Tak kisah laa..

Buat pengetahuan mereka yang macam aku yakni , tak tau cara lain untuk mengecas sony Xperia Z2 mereka , ada satu lagi cara untuk charge hp kesayangan anda itu !

Sony Charging Plate WCH10.. Huuhu … Ni nak kena beli ni ! Hurmmm .. Kat mana jual ? Berapa harga ?

Eh , ada lagi satu !

29896_22790_1_mid

Sony Wireless Charging Cover WCR12 !!

Menarik ni ! Nak kena cari segera !! Lupa lak.. dengan ni , inshaAllah tak panas hp ketika mengecasnya..

Er , yeker ?

Apa pun , sila amik langkah keselamatan yang sepatutnya Elakkan charge di tempat mudah terbakar ! Kan kan.. Terima kasih atas nasihat..

Parents & Kids Expo 2014

 

Macam best je kan ? Confirm mengigil kaki bini aku tengok banner ni  !  Lokasi , Kuala Lumpur Convention Centre. Bila ? 29-31 Ogos yakni minggu ni ! Ahaa… Gaji pun dah dapat kan ? Heheheh ..

Ada contest ? Ada yang sedang dijalankan di page Parents & Kids Expo. Tengah pikir nak masuk ke tak.. Hurmmm.. hurmm..

Banyak booth dibuka nanti.. huhu .. Cam best kan ?

Photo: The Parents and Kids Expo / Pregnancy & Baby Show 2014 is coming soon! Mark your calenders on 29-31 August and drop by for free samples and promotions. 

Best ? Kan ?

Syoknya jadi blogger ..

 

Baru balik dari Ciao Ristorante , Kampung Pandan. Kali pertama aku disini.. Aku tak tahu langsung kewujudan restoran mewah ni di sini walhal sekolah aku dulu sini jer .. Tapi dulu , kawasan ni mmg terbiar je.. Sekarang jer dah meletup !

Bermula dari aku terima satu email dari company media pengiklanan online yang meminta aku hadir ke majlis tersebut. Bukan free yer.. Berbayar ! Kalau aku sebut harga , mesti tak caya. Aku cuma perlu hadir , dan amik gmbar.. pastu post je ke FB dan tweet ! Settle keje aku !

Jadual , pendaftaran media jam 10 pagi. Aku dah tiba kat sana jam 920 pagi. Biar awal dari lambat ! Disiplin perlu ada untuk terus kekal dalam bidang ni .. Kalau rasa diri tu dah cukup bagus , dah cukup popular , sila abaikan part disiplin tu. Nanti tau la mana hala tuju karier tu.. Heh..

Sampai je sana , terus aku cari PR yang patut aku temui tu. Rupanya job aku terima ni dari agensi Singapura dan berkerjasama dengan PR di Malaysia. Aku sorang je lak tu melayu.. Bangga siut .. Yang lain , media cetak seperti Harian Metro.

Memandangkan event belum bermula , aku dibawa bertemu pegawai atasan Petronas yang incharge majlis  tu.. Berkenalan pastu dijemput minum dulu sementara menanti majlis bermula.

Hurm… Bangga dalam diri.. Aku hadir atas tiket blogger . Bukan kali pertama. Di Toulouse , Perancis ari tu pon gitu gak. Pegawai atasan AirBus datang melayan kami. Bawa gi makan dan pusing bandar penerbangan tu..

Kalau tanya aku , apakah aku menyesal berenti kerja kerajaan , maka jawapan aku.. aku silap tak mula dari awal lagi ! Kalau tau , awal awal lagi aku nak bergelar blogger !

Untuk pengetahuan , aku mmg bercita cita nak jadi penulis dan alhamdulillah.. sejak jadi blogger ni , lebih 50% impian aku selama ni tercapai !

Seronok jadi blogger. Orang keliling kita pon mula hargai blogger yg mana dulu mereka cop blogger ni , sekadar mainkan isu panas dan huru harakan dunia online ! Sekarang , blogger memainkan peranan penting dalam duni pengiklanan !

Kesilapan bila blogger dah cipta nama ni ialah .. berlagak selebriti ! Dia terlupa , setiap hari ada je blogger muncul tanpa perlu masuk akademi fantasia !

3 kamera wajib dibawa !

 

Bila gi event atau apa jua aktiviti luar bersama rakan rakan mahupun seorang diri , sebagai blogger pastikan akan bawa gadget utama iaitu kamera ! Pentingnya kamera ini adalah untuk memastikan entri kita tu punya gambar yang jelas dan cantik..

Macam aku , aku mulakan dengan beli kamera kompak. Yang boleh masuk dalam air tu .. lasak dan berkualiti. Olympus tak silap aku. Kemudian aku tukar ke Nikon sebelum gunakan Sony. Aku bukanlah pro sangat guna kamera dslr .. maka aku gunakan Sony Alpha5000 yang sesuai untuk mereka yang amatur.

Selain dari kamera dslr , aku kena guna kamera handphone. Aku perlu segera update ke media sosial bila amik gambar. Agak kurang beminat untuk letak watermark kerana setiap gambar aku tu amik tu , hak Allah. DIA yang bagi idea pada aku dan izin untuk aku amik gambar gambar tu.. Kalau rasa nak guna , amik je la.. Melainkan gambar gambar peribadi ! Yang tu aku tak benarkan laa..

Untuk kamera handphone atau smartphone , aku suka guna Htc dan sekarang Sony Xperia Z2. Cantik dan pantas ! Penting untuk aku bila ada event atau aktiviti .. kena cepat amik gambar ..

Guna Sony Alpha5000 .

Sony Xperia Z2 .. Gambar gambar ni boleh jadi lebih cantik jika main manual. Aku guna auto jer.. Malas nak setting .. Hehehehe ..

Tapi sekarang ni , aku suka guna GoPro ! Imej fisheye yang dulu aku tak reti hasilnya , tapi selepas bergambar di Paris .. aku semakin teruja mengusungnya ke mana mana.. Nak gunakan pon mudah ..

Nanti nak try guna GoPro masuk Taman Negara.. Mesti cool kan ?

JuzQ30 untuk nutrisi minda anak anda !

 

GHomepage1

JuzQ30 ini adalah produk terbaik untuk minda yang ada dalam pasaran. Ia ekstrak lebih daripada 10 pemakanan minda dan diadun dengan madu dan air zamzam serta terapi Quran.

RAHSIA MINDA ANAK CERGAS Produk JuzQ30 SANGAT BAGUS untuk ibu-ibu mengandung kerana otak bayi sedang membesar. Insya Allah bayi anda lahir sebagai seorang yang GENIUS!

Diadun pula bukan dengan air biasa, TETAPI sebaliknya air zamzam yang telah ditulis dengan 6,236 ayat al-quran menggunakan zaffaran dan dibacakan 30 juz al-Quran.

Dengan izin Allah, antara khasiatnya yang paling utama ialah:

  • Menyuburkan sel-sel otak.
  • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
  • Menstabilkan frekuensi minda
  • Memberikan ketenangan dan mampu mengawal emosi
  • Terang hati
  • Melembutkan hati yang degil.
  • Mudah faham, cepat ingat dan ligat berfikir.
  • Meningkatkan semangat belajar.
  • Memudahkan hafalan.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.
  • Mencantikkan kulit.
  • Banyak lagi khasiat tambahan lain.

** Tip-tip kesan maksimum**

  • Ambil ketika perut kosong
  • Amalkan secara berterusan
  • Selawat ke atas Nabi dan doa

RM80.00 (SM)
RM90 (EM)

untitled

Free postage / C.O.D at Jb & Pasir Gudang

Contact Number

  • Juliana 019-798 7749
  • Hayati 019-232 5102

Facebook : https://www.facebook.com/pages/JuzQ30-Minuman-IQ/233155423526097

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI