Rabu, 27 Ogos 2014

Tak perlu beria sangatlah , sayangku !

 

Baru baru ni , wife ajak aku gi ke Alamanda. Dia nak beli alat mekap. Katanya dah lama tak beli.. Abis dah.. Aku , ok jer. Takde masalah.. hehehe…  Belilah selagi mampu..

Esoknya , wife bersiap nak gi kerja. Dia mengadap depan cermin. Beria ‘mencontengkan’ dirinya.. Aku senyum jer.. Aku yang masih berkain pelikat sambil dukung Zahra berkata..

 

“ Wah.. beria mekap.. “.

“ Saja test mekap baru.. heee..”.

“ Oh.. ok la.. Tapi mekap lawa lawa ni , nak tunjuk kat sapa di opis tu ? Abang duk kat umah je ni.. jaga anak .. “.

Terus berenti dia .. Senyum. Dia paham maksud aku.. Heheheeh.. Takde la dia nak marah atau tersentap.

Bersiap ala kadar , asalkan kemas , berpenampilan .. memadai. Nak buat kerja pon , tenang. Takde la menimbulkan rasa kurang senang mana mana pihak di pejabat nanti.. kan kan ?

Kekadang aku terfikir laa .. Perempuan yg bersungguh bermekap ni , nak tunjuk kat sapa sebenarnya ? Ada yang kata nak berkeyakinan lebih tinggi.. Apakah tanpa mekap , tidak berkeyakinan ? Hurm… Bukankah bermekap over ni akan menarik perhatian orang lelaki seterusnya dia akan ‘mendapat’ masalah sendiri !

Ok.. hak masing masing .. Aku tak kisah .. Masing masing , ada' ‘penjaga’ .. Sapalah aku nak cakap pasal ni kan ?

Satu lagi .. Aku try gak mengayakan satu jenis gaya ni ..

Photo

Ternyata.. tak mudah nak jadi ‘perempuan’ sebenarnya.. Hingga ada yang ada jadi mangsa fesyen semata mata nak kelihatan anggun dan cun di mata .. er.. mata sapa ?

Tak perlu nak marah atau melenting.. Berfikiran logik la skit yer.. Bersederhana tu jauh lebih cantik dari mereka yang over berhias ..  Umpama pelita dengan bunga api .. bunga api ni kalau selalu tengok , lama lama jadi bosan. Tkde kelebihan pon.. Berbanding pelita.. nampak biasa tapi menerangi tempat yang gelap..

Tak boleh nak tinggal anak !

 

Hurm… ikutkan Jumaat ni , aku kena gi Taman Negara dengan kawan aku. Dia mintak aku promosikan pakej pelancongannya di sana. Hurm… Aku suka sebenarnya tapi sejak kebelakangan ni , aku sukar sungguh la nak tinggalkan mereka berdua ni..

Rasa lain semacam bila bangun tidur , diorang takde .. Hurm.. Kalau dah bersama diorang sejak lahir lagi.. jaga.. kasi makan.. tukar lampin .. hari hari !! Bila sehari tak buat gitu .. hurmm…

Teringat aku di Paris hari tu ..Tak sabar sungguh nak balik jumpa diorang ! 16 jam dalam kapal terbang , terasa berhari lamanya ! Ni nak pergi tinggalkan diorang 2 hari lagi ! Tamo laaa.. tak sanggup dah !

Baru aku tau perasaan seorang ibu bila anak mereka nak sambung belajar di luar negeri atau negeri orang .. Dekat sekali pun , tapi jauh di mata .. mmg mendatangkan perasaan yang .. rindu sangat !

Kensel gi Taman Negara !

Sedap benar pizza ni !

 

Ada 8 potong pizza kambing ni.. 6 potong aku sorang je makan ! Serius , aku dah lama tak bernafsu makan gini sejak bulan puasa ari tu.. Kalau gi rumah terbuka pon , tak de selera makan ..

Tapi semalam, aku makan sekenyang kenyanganya ! Huhuhu.. Pizza kambing yang aku  gi makan kat restoran pak arab , Presint Diplomatik di Putrajaya ni mmg kegemaran aku sekeluarga andaikata bila teringin nak makan sesuatu yang mengenyangkan..

Harga pon leh tahan la.. Nak kata murah tu , tak gak la.. Nak kata mahal pon tak gak.. Semalam makan pizza , briyani kambing sepinggan , air tiga gelas .. tak sampai RM50.. Mahal ? Kot .. tapi berbaloi..

Sesekali , boleh laa kan ?

Terima kasih Umm Waliyya !

 

Set pembelajaran Islam untuk Qhaliff.. Asas tapi menarik !

Aku baru sempat bacakan buku The Way to Jannah bersama Qhaliff.. Ternyata dia diam dan memberi tumpuan. Buku ni tak banyak tulisan yang membuatkan kanak kanak boleh beri tumpuan selain dari gambar serta warna yang menarik untuk menarik minat mereka melihatnya ..

Aku disyorkan oleh mereka mencuba buku Phonics Junction for Little Muslims . Aku rasa Qhaliff mesti suka sbb dia mmg dok layan kaedah pembelajaran gitu di youtube. Sambil main , mata dok tengok tv… dalam diam dia ikut.. heee…

Nanti aku bagitau lagi kat korang eh.. Apakah Qhaliff minat atau tidak terhadap buku buku ni.. InshaAllah dia akan selalu bagi kat aku untuk sama sama membacanya..

Terima kasih Umm Waliyya.. Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang terdapat di butik mereka , sila kunjungi ..

FACEBOOK : https://www.facebook.com/byummwaliyya

Instagram : www.instagram.com/byummwaliyya

web : www.byummwaliyya.com

atau email ke ummwaliyya@gmail.com

Risau anak dara seorang ..

 

Kul 3 pagi.. aku terjaga .. Tidur awal semalam  sejurus balik dari Alamanda. Terlalu penat badan. Mengantuk sepanjang hari sebelum tu. Pantang dapat letak kepala , pasti terlena. Hurm… Bahaya ! Tapi mata ni mmg tak leh ditahan tahan dah !

Bangun , mandi .. On laptop jap ..  Terdengar la bunyi kereta di luar di ikuti bunyi grill dan pintu ditutup .. Aku jenguk di luar .. Hurmm…

Risaunya bila anak dara aku ni bila dah besar nanti. Andai kata dah sambung belajar , jauh dari mak ayahnya.. Yelah , bila dah pandai berkawan.. keluar sana sini.. balik lewat malam .. takkan kita tak risau kan ?

Beri pendidikan secukupnya.. biar mereka mampu berfikir dengan matang , bijak dan mampu membuat keputusan yang sepatutnya .. kan kan ?

Tak kira anak lelaki atau perempuan.. selagi mereka belum capai usia yang sepatutnya , risau tu tetap wujud..

Semoga kedua anak aku ni , menjadi anak yang mendengar kata dan beriman pada Allah ..

Nampak perubahan ?

 

Hurm.. Zahra Nur Iman.. Hurm.. Dah mula nampak perubahan. Nak minum susu.. Aku rasa sebab puting botol susu tu keras kot ? Dia nak hisap pon nampak susah jer .. Hurmm .. tapi dia kena gak hisap untuk elakkan kelaparan ..

Photo

Buat masa skang , aku terpaksa mintak wife balik belah tengahari dan susukan Zahra dan sambil sambil tu , aku bagi jugak susu botol. Insiatif lain , wife belikan botol baru untuk dia.. Agak mahal tapi berbaloi sebab tahan sehingga 3 tahun katanya ..

Photo

Aku harap ada perubahan la pasni .. Bukan apa , kalau Zahra dah hisap susu botol ni , aku dah tak perlu risau dengan dia setiap hari bila wife gi kerja..

Hurm.. bila dah jaga anak sendiri ni , baru tahu kenapa mak aku sanggup gi cari aku dan adik aku bila dapat tahu kitorang gi main dalam hutan belukar , satu tika dulu.. pastu dapat la hadiah tali pinggang secukup rasa ! Huhuhuh..

Mak pak mana tak sayang anak kan ? Bela susah susah pastu anak , saja gi cari bala ! Hurm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI