Isnin, 1 September 2014

Puashati dengan PRISMA OPTOMETRI !

 

Tadi aku gi antar cermin mata aku yang dah bengkok tu ke PRISMA OPTOMETRI di Bandar Baru Bangi.. dekat ngan Warta tu haaa .. Hehehe.. Yelah , semalam salah seorang staff tu kata boleh betulkan .. dan cuba betulkan mana yang boleh ! Tu dah memadai bagi aku la dari aku simpan terus spek tu , kan ?

Dan … setelah 2 jam berlalu .. aku gi amik semula .. tengok hasilnya .. Waduh !! Nak nangis gueee !! Elok seperti baru ! Huhuhuh..

Aku tanya dia.. kenapa kedai yang aku gi tu kata tak leh repair ? Terus kata dah rosak ! Huk aloh.. kedai mana ? Tu kat Alamanda.. Atas Menara.. Pergh ! Aku pangkah dah kedai tu ! Huh.. Malas benar .. Layan pon nak tak nak ! Ingat aku beli spek tu seringgit dua ! Dah la masih dalam waranti .. Huh..

Hurm… staff tu kata dia kena bukak tangkai tu dan luruskan semula.. Nasib baik tangkai tu , titanium.. jadi takde masalah nak luruskan semula ..

Senyum riang aku.. huhu.. Pastu aku mintak nak beli kotak spek.. Yang ada ni , Qhaliff dah rosakkan.. abis span dia koyak ! Dan dia pon gi amik .. bagi percuma kat aku sbb aku dah beli spek kat kedai dia ! Huhuhuh..

Kos repair dan kotak .. RM0 ! Huhuh…

image

Pasni tunggu satu lagi spek siap ! Lalalala.. Ada 3 spek dah.. Leh tukar tukar !

Qhaliff dan Zahra bakal dapat adik dah ?

 

Ahaaaa …Camana nak berselfie pasni eh ? Tambah sorang lagi .. Eh , confirm ke ? Camana tau ??? Biar betul ? Kan Zahra kecik lagi ? Sian  Zahra , tak sempat nak bermanja dengan daddy !

Rileks, rileks.. kasi aku cerita dulu yer .. Ceritanya gini dong.. Wife dan aku , kebelakangan ni asyik nak tertidur jer ! Pantang letak kepala , lena.. Lena memanjang ! Bukan sebab malas atau nak rehat tapi petanda petanda ni pernah datang ketika mengandungkan dua dua anak aku tuu !

Terutama aku ! Nak workout pon malas dah skang ni .. Asal dapat letak kepala , lenaaa .. Tak kira masa ! Hurmmm .. Dasat benar ni .. haishhh ..

Tapi takkan kot ? Wife baru je abis berpantang 100 hari ! Amik kau.. seratus hari tuuuu … Kenapa sampai seratus hari ??? Sebab aku masuk tengok dia bersalin ari tu .. jadi aku kasi la dia betul betul sembuhkan diri .. Hurmm..

Jadi apakah benar Zahra akan dapat adik ? Takde makna aihhhhh … Lambat lagi .. 2 tahun lagi la no.. besarkan diorang dulu.. baru leh pikir tambah anak.. dan anak dan anak lagi.. Wow ! Heeee.. Murah rezekii.. Dah tua nanti , baru best raya kan ? Ramai ramai kumpul ..

InshaAllah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI