Selasa, 2 September 2014

Satu hari yang cukup stress !

 

Gatal mulut sangat ! Haaa.. Konon tak mencabar sangat .. Haaa.. Kononnya sebelah pagi , dua dua ni baik jer.. Tak susah nak jaga diorang .. huhuhu..

Photo: Perghh..tajam..

Photo: Aku keliru.. Mana satu adik ???

Pagi best ! Masing masing dok blur lagi.. Tapi selepas jam 2 petang , segalanya bermula.. Qhaliff ok lagi.. Zahra tuuuu .. Perghhh.. Nak suruh dukung jer ! Tak kasi letak.. Bila letak , dia punya teriak serupa macam .. hurmm.. naik merah mata dia.. Ngantuk punya hal !

Photo

Rasanya sebab 3 hari cuti.. diorang dah biasa kembali ngan mak dia.. tetiba ari ni , mak diorang tiada ! Ahaaa.. gi kerja laa.. Mau tak meraung sorang sorang .. termasuk aku ! Huhuhu.. Stress siot !! Kalau ada yang ‘terlupa dunia’ , mmg naya la anak kecil dia .. Hurmm..

Cita-cita tercapai !

 

Aku dapat satu lagi tawaran baru dari sebuah syarikat penerbitan terkemuka. Terharu aku sebenarnya bila dihargai begini. Bukan apa , entri aku ni kan banyak santai jer.. Rileks dan tatabahasa langsung tak leh dijadikan model untuk pelajar yang nak lulus UPSR. Hehehehe..

Biarkan dulu part tu .. tunggu sampai jadi kenyataan. Alhamdulillah , sejak bergelar blogger ni .. aku dapat apa yang aku tak pernah impikan malah merasakan ianya satu mustahil melainkan jika aku ni bergelar artis !!

Antaranya ? Hurm.. Dapat undangan berada dalam Majalah Pa&Ma sebanyak dua kali merupakan satu mimpi menjadi kenyataan. Kenapa ? Sebab wife aku adalah pelanggan utama majalah ni ! Dan sapa sangka , majalah yang sering dia beli ni , suami serta anak anaknya menghiasi salah satu  ruangan di dalamnya.

PNM_20140601_4.indd

ben1 

Dan pastinya , gambar yang tak pernah bosan aku tengok ni .. malah menjadi sumber inspirasi aku untuk menulis dengan lebih menarik .. adalah satu mimpi yang tak pernah aku mimpikan telah menjadi kenyataan.. Segala-galanya hanya kerana aku ini seorang blogger !

Ada banyak lagi sebenarnya .. semua dah aku ceritakan di blog ! Kenapa aku dok ulang cerita ? Sebabnya aku nak bagitau , apa yang aku dapat ini adalah hasil dari usaha , berkat kesabaran dan yang paling utama ialah sokongan wife , rakan rakan pembaca dan juga rakan rakan blogger terutama rakan dari #kelabbloggerbenashaari !

Aku pernah jadi pengaturcara komputer , penganggur , guru sandaran , peniaga pasar malam , penjawat awam .. dan sesungguhnya , inilah pekerjaan paling lama pernah aku buat ! Dan ternyata inilah profesion yang aku nanti nantikan ! Aku mmg gilerkan mata pelajaran Karangan sewaktu di sekolah rendah lagi .. Nampaknya , cita cita aku dah pon tercapai .. cikgu !

Mudahnya jadi blogger !

Aslkm ben, nk tny mcmane ben hadapi org2 disekeliling ben lbh2 lagi jiran2 terdekat yg mungkin jelas dgn blog ben...

Sy skang da rse mcm xde mood nk tls blog sbb tkt org disekeliling kata apa2 dgn penulisan kita..lbh2 lagi sy ade jiran yg suka ambk tahu hal org lain lps tu suka plak jaja kt org n siap buat menganjing lg..

Bg sy tak effect sgt sbnrnya tp lbh kpd isteri sbb jiran sy tu pompuan..klu ikutkn hati ni nk jer g sembur depan2 tp fikirkn plak persahabatan saya dan suami dia..

jadi mohon share pengalaman ben dgn org2 yg mcm nie...” .

Hurm.. Mudah bukan jadi blogger ? Tulis je entri..Pastu post di blog.. Sekian ! Pastu tunggu komen.. Tetiba ada komen menghentam ! Tergamam seketika ! Pastu ada lagi dan lagi ! Akhirnya patah semangat , tutup blog .. lepak kat Facebook je la.. Sekian !

Banyak kali aku terfikir nak tutup blog pastu keje jer kat pam minyak. Best pe tengok orang ari ari .. Hahahaa.. macam macam orang leh tengok .. kan kan ? Takde la tengok gambar orang yang dah 360 kan atau dah ‘dicerahkan’ mahupun diedit kaw kaw sebelum di post ke FB.. pastu WOW !! Realitinya ? Hahahaha ..

OPs… maaf , lari topik. Jiran jiran menganjing ? Hurmmm.. Sebenarnya , ini realiti yang terpaksa kita terima bila hidup bermasyarakat. Tak kira la di dunia sebenar atau dunia maya . Selagi ada manusia di situ , pasti akan ada ‘perangai’.

Nasihat ? Hurm.. buat tak tau je la.. Satu hari nanti , diorang akan senyap.. Yelah , dah bosan isu tu.. Kena cari isu lain lak la.. Diorg tak sedar yang diorang sedang sedekahkan pahala diorang pada orang yang diumpat ..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "

(Surah al-Hujurat ayat 12)

Hantu Magnum !

 

“ Dah dah.. Jangan nangis.. Kang kita gi beli as syam .. beli ais krim ? Nak tak ? “

“ Nak nak .. “ . Dia jawab..

Modal tinggi betul nak pujuk si abang long ni ..Bawak gi masuk kedai Shell atau pasaraya , mmg dia cari ais krim ni dulu.. Ada dua pilihan. Satu Cornetto dan satu lagi Magnum. Kalau takde Magnum , dia akan amik yang Cornetto.. Aiskim pong pong , dia tamo.. Ais krim Malaysia ? Takde jual .. kalau ada , aku beli dulu ..

Alhamdulillah.. kalau bawak gi kedai pon ,dia takde la byk ragam. Amik aiskrim dia , terus letak di kaunter. Tunggu bayar , dia mintak balik ais krim tu.. pastu suruh aku bukak.. Selebihnya , dia dan ais krim dia !

“ Nak skit.. “. Aku ngangakan mulut.

Dia bagi ! Tak kedekut pon.. Kekadang aku sakat .. Aku makan semua bila dia sua gitu ! Meraung beb ! Hahahaha.. Membebeli dia .. hahaha .. Pastu aku kasi lain la kat dia .. saja sakat ..

Aku tak bagi satu batang tu kat dia.. aku makan setengah dulu baru kasi dia.. Tak elok kan ? Manis .. Hurmmm ..

Ops.. nanti akan ada tanya , Halal ke Magnum ni ? Google cepat !! Dan .. Tadaaa.. SIJIL HALAL AISKRIM MAGNUM WALLS DRPD MAJLIS ULAMA INDONESIA yang mana bada Islam yang diiktiraf oleh JAKIM dan ais krim ni dikilangkan di INDONESIA. Wallahualam ..

Bantu anak anda hadapi peperiksaan–Bertindak Sekarang !

 

juzQ30 Promo

JuzQ30 Diadun BUKAN dengan air biasa, TETAPI sebaliknya Air ZamZam yang telah ditulis dengan 6,236 ayat al-quran menggunakan zaffaran dan dibacakan 30 juz al-Quran.

Dengan izin Allah, antara khasiatnya yang paling utama ialah:
>> Menyuburkan sel-sel otak.
>> Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
>> Menstabilkan frekuensi minda
>> Memberikan ketenangan dan mampu mengawal emosi
>> Terang hati
>> Melembutkan hati yang degil.
>> Mudah faham, cepat ingat dan ligat berfikir.
>> Meningkatkan semangat belajar.
>> Memudahkan hafalan.

Digunakan secara berterusan sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal serta melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu , daya ingatan , tegang fikiran (stress), gugup , gementar dan menambah tenaga..

1902794_270690866439219_1363065296_n1505330_270690909772548_708653825_n

RM80.00 (SM)
RM90 (EM)

Free postage / C.O.D at Jb & Pasir Gudang

Contact Number

Juliana 019-798 7749

Hayati 019-232 5102

Payahnya dia nak tidur !

 

Adeh… setiap malam , pasti bergaduh dengan aku atau mak dia ! Kalau tak dengan aku , dia akan cuba cari gaduh dengan Zahra ! Caranya ? Dia ganggu adik dia tidur … Dia nak bermanja sebenarnya tu..

Dia lompat lompat atas katil.. Saja bagi adik dia terjaga.. Aku tengok je ? Geram laaa wooooo .. Rasa nak geget dia jer ! Haish.. bila geget dia , lagi dia buat ! Hurmm..

Tu berlampin je tu.. Kenapa ? Sebab lepas mandikan dia , dia akan lari satu rumah .. kejarlah dia sampai dapat.. pastu sila berusaha pakaikan baju dia… Hurmm..

Camana nak bagi dia tidur ? Selagi mana aku ada depan dia , dia akan berjaga ! Kalau aku menyorok atau naik ke bilik atas , barulah dia cari mak dia.. Tak sampai 5 minit .. lena !

Bila dah dapat tidur .. Tak hengat dunia dahhhhh .. dua dua sama !

Sedikit nasihat untuk sahabat ..

 

Sebelum aku ‘ sekarang ini ‘ , aku adalah manusia yang sekadar bernyawa utk esok hari .. Takde perancangan untuk ‘berjaya’ di masa hadapan . Memadailah dapat makan hari ini supaya bertenaga esok hari. Tu jer..

Setelah aku mengalami zaman kejatuhan.. aku sedar segalanya punya hikmah. Antara kita sedar atau tidak.. atau kita nampak atau tidak.. Aku bangkit dengan cabaran.. Menyahut cabaran mereka yang memperlekehkan aku..

Akhirnya aku berjaya buktikan .. Dengan status seorang ayah kepada dua orang anak .. seorang suami kepada isterinya .. aku berjaya membuka mata ramai orang ! Yer , berjaya ! Yang selama ini memandang aku seperti kertas ditiup angin..

Aku berjaya menyentuh ‘dunia’ ! Yang aku langsung tak pernah impian walau sesaat !

Kawan , nasihat aku.. Jika punya impian , kejarlah.. Berusahalah dengan cara yang redhaiNYA.. bukan dengan menjatuhkan orang lain.Kita ada pilihan samada buang hasad dalam diri jika ingin ‘melihat dunia’ atau akan terus berada di dalam tempurung , bersama sama hasad itu ! Sesungguhnya hasad tu mengikat kita selagi tidak kita sendiri cuba melepaskan diri darinya !

Kawan , telah Allah berjanji setiap manusia punya rezeki masing masing. Segalanya terletak pada diri sendiri ! Untuk berjaya , melangkahlah ke depan bersama rakan rakan yang seimpian atau duduklah terkepit dengan rakan yang tidak ingin maju walaupun setapak !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI